APA ITU VITAMIN C?

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang tubuh kita perlukan tapi ia tak mampu dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Maka, vitamin C boleh didapati melalui pemakanan. Larut air pula bermaksud Vitamin C akan hilang dari tubuh melalui air kencing, najis. Maka, kita perlukan Vitamin C setiap hari sebab nak gantikan balik Vitamin C yang dah hilang tadi.



Kita tak macam haiwan, ada yang boleh menghasilkan vitamin C sehingga 18 000mg (18g) untuk memenuhi keperluan dirinya..contohnya Arnab. 

MANFAAT VITAMIN C...PENTING SANGAT KE?

Ya, Vitamin C sangat penting! Mari baca untuk ketahui manfaatnya kepada kesihatan tubuh anda!

Yang Ramai Dah Tahu..

Manfaat #1 : Vitamin C VS Selsema
Yang paling kerap kita dengar Vitamin C ni bagus untuk melegakan selsema dengan cepat. Benarkah fakta ni pada semua individu? Ada juga yang mendakwa dengan supplement Vitamin C boleh mengurangkan risiko mendapat selsema. Betul tak? 

Tapi sebenarnya fakta tu kurang tepat sebab bukti bukti yang didapati melalui kajian kajian saintifik adalah lemah. Yang terbukti adalah individu individu yang konsisten mengamalkan Vitamin C akan lebih cepat sembuh jika terkena selsema (menyingkatkan tempoh selsema) atau hanya dijangkiti selsema dengan simptom yang lebih ringan (mengurangkan simptom flu dan selsema). 

Orang bijak bertindak sebelum terkena! Bukan dah kena baru nak makan Vit C tau!
Tambahan lagi, kajian mendapati, mengambil supplement Vitamin C SELEPAS sudah terkena selsema didapati TIDAK MEMBANTU. Jadi...sebab tu kena konsisten. Okay?

Manfaat #2 : Peningkatan Sistem Imun
Vitamin C dapat meningkatkan sistem imuniti badan sebab ia membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Selain itu ketahanan badan terhadap alergi hidung dan kulit juga meningkat. 

Vitamin C boleh membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. 



Manfaat #3 : Mencantikkan Kulit
Selalu kan kita dengar artis artis nak jaga kulit mereka pergi ambil suntikan Vitamin C. Haa..sebab nak kulit cantiklah. Orang yang tak berapa suka nak suntik suntik elok lah cari Vitamin C jenis telan (Vitamin C Sustained Release Plus) atau kunyah (Vitamin C Chewable) aje. 

Jika anda konsisten mengambil Vitamin C anda akan dapati kulit menjadi lebih cerah dan jeragat pun berkurang sebab Vitamin C ni membantu menyekat pembentukan pigmen jeragat. Hasilnya kulit kelihatan lebih muda jelita.

Haa..mesti nak kulit cantik kan? Apa lagi..cepat cepatlah mula amalkan Vitamin C.

Manfaat #4 : Membentuk Kolagen
Haa..mai sini cheq nak habaq..Vitamin C ni diperlukan untuk menghasilkan kolagen tau. Kolagen tu sejenis protein yang mempunyai fungsi tersangat penting dalam struktur tubuh kita. Ia sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Jadi kenalah pastikan keperluan Vitamin C harian anda dipenuhi tau...barulah dapat tegangkan balik kedut2 dan menghalang otot menjadi lembik. Jadi anjal gittuuu...hehe. Nak tak?



Yang Ramai Mungkin Kurang Tahu...

Manfaat #5 : Antioksidan Memerangi Kanser
Oh, Vitamin C ni agen antioksidan rupanya.. Macam mana Vitamin C memerangi kanser? Kalau anda nak tahu Vitamin C adalah agen antioksidan yang hebat! Antioksidan tu merupakan molekul molekul yang mengawal selia tindak balas kimia (berpunca dari radikal bebas) dalam tubuh kita termasuklah ancaman dari toksin kimia dan asap rokok.



Ish, terlalu banyak radikal bebas ni bahaya tau...ni lah penyebab utama kanser. Radikal bebas ni sangat reaktif dan jika dibiarkan berleluasa di tempat yang salah dan pada masa yang salah ia akan merosakkan sel-sel dan tisu-tisu badan kita.

Caranya, antioksidan akan menghalang radikal radikal bebas daripada bermaharaja lela dalam tubuh kita. Tubuh kita akan gunakan Vitamin C untuk membantu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan dan memusnahkan radikal-radikal bebas. 

T Cell VS Free Radicals
Manfaat Vitamin C sebagai antioksidan jugalah yang membolehkan ia menukarkan zat besi kepada bentuk yang lebih mudah diserap dalam usus kita. 

Manfaat #6 : Memperbaiki Simptom Pendarahan
Sesiapa yang ada masalah gusi selalu berdarah, lebam lebam dikulit, bila cedera/luka lambat pulih, kulit kering/kasar serta ruam tu semuanya tanda tanda anda kekurangan Vitamin C sebenarnya. Yang lebih teruk lagi penyakit skurvi. 

InsyaAllah, jika anda konsisten mengambil Vitamin C pasti masalah di atas beransur ansur hilang.

Kalau anda ada ahli keluarga yang ada simptom simptom di atas, baik cepat cepat bagitau dia sekarang atau belikan je Vitamin C SR Shaklee untuknya.. Rupa rupanya kurang Vitamin C..

Manfaat #7 : Memperbaiki Insomnia dan Keresahan
Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan serotonin iaitu sejenis hormon yang mempengaruhi mood, kitaran tidur dan keresahan. 

Menurut Whfoods, pengambilan Vitamin C tidaklah serta merta akan menghilangkan masalah masalah tadi (insomnia, stress dan keresahan), tetapi ia baik untuk kesejahteraan hidup jangka panjang. 

Suka ke insomnia dan asyik resah gelisah ni? Huhuhu..tak mau..tak mau.. Silap haribulan prestasi pun menurun.

[Sumber: medlinepluswhfoods.orgWebMD. Gambar: Internet ]

Haa..apa tunggu lagi? Lagi cepat anda dapatkan Vitamin C anda lagi cepat anda dapat merasai manfaatnya.. Takkan tak nak tengok je orang lain sihat, kulit cantik menawan.

Shaklee menawarkan 2 jenis Vitamin C..
VITAMIN C SUSTAINED RELEASE dan VITAMIN C CHEWABLE.. 

Psstt..bulan ni promo VIT. C SR tau..
Beli 6 botol percuma 1 botol
atau..
Beli 2 botol dapat less 5%!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail 

 ✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat 

 ✉ Email: sniar11@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 

 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam
NewerStories OlderStories Home