Hai semua..
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hari ni saya nak kongsikan sebuah resepi hasil bersilat kat dapur pagi tadi..iaitu..Spirals Carbonara.
Pagi tadi saya makan dengan pasta jenis spirals tapi sos carbonara ni anda boleh try dengan mana2 jenis pasta jugak sebenarnya..fetucini, spageti, angel hair dll.


Resepi ni sebenarnya diinspirasikan daripada buku Senangnya Memasak  Makanan Barat, Puding & Desert oleh Chef Hanieliza..tapi saya dah ubah ikut bahan2 yg available kat rumah dan juga selera saya! Hehe

FETUCINI CARBONARA (resepi asal oleh Chef Hanieliza)
Bahan2:
Pasta:
300 gram fetucini (direbus hingga lembut) ---- saya guna dua mangkuk pasta spirals..
didihkan air, masukkan dua sudu besar minyak zaitun, sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente

Sos Carbonara:
Bahan2:
2 sudu makan minyak jagung ---- saya guna minyak masak je, tapi extra sket..dlm 4 sudu besar
10 batang sosej ----- saya guna 5 batang sahaja, potong kecik2, dan goreng terlebih dahulu dgn minyak utk menumis tu.
1 cawan susu segar ---- saya guna 1 tin susu cair (evaporated milk) sbb takde susu segar
10 biji cendawan butang ---- ikut selera anda (dipotong nipis)
1 biji capsicum hijau & merah (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji capsicum hijau shj sbb tu je available td
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang) ---- saya guna 3 ulas..hehe
2 biji tomato (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji je
1 sudu makan serbuk lada hitam ---- saya tak guna sebab ayah allergik lada hitam
125 gram keju cheddar, 100 gram keju parmesan, 1 sudu makan serbuk oregano ---- semua ni saya tak guna, saya gantikan dengan 1 tin sos prego tin warna kuning (cheese and herbs)...tetap rasa keju dan oreganonya..dan jimat kos! Hehe..
Garam secukup rasa
Dan..
Saya tambah air 2 gelas sbb saya lebih sukakan tekstur yang sedikit cair (watery) ala2 mushroom soup gitu.

Cara Masak Carbonara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga bangkit bau. (Jangan tunggu layu sangat, cukup sekadar naik bau je).

2) Masukkan cendawan butang, tomato dan capsicum. Kacau rata.

3) Agak2 yang tiga tu (cendawan, tomato, capsicum) cam dah masak sket..Kemudian baru masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu tu dan juga sos pasta prego (cheese and herbs). Kacau rata lagi.

4) Masukkan air, dan susu cair. Kacau rata lagi sekali.

5) Kemudian tambah garam secukup rasa. Sos pasta tu dah masin..so tak perlu tambah garam banyak2..sila rasa dulu sebelum tambah garam. Jika dah sesuai dgn selera, tak perlu tambah garam.

6) Tuang sos atas pasta anda..hias dengan daun parsli/keju parmesan parut jika ada dan pasta carbonara anda siap untuk dihidangkan! (saya tak guna pun daun parsli/keju...sebab semua takde tadi..kalau anda peminat keju boleh add on)

Senang sangat nak buat ni..saya siapkan pagi tadi tak sampai 30 minit (dengan tahap diriku yang amatur ini)

Selamat mencuba! 

Kalau dah cuba jangan segan2 tinggalkan komen tau!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau nak jadi ahli Shaklee, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ FB: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat
✉ Email: sniar11@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938
➲ COD Area: 
(WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
(WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam






Haii..Assalamualaikum dan selamat pagi!

Hari ini saya nak memperkenalkan satu lagi produk Shaklee yang bukan dari jenis vitamin iaitu Get Clean® Water Pitcher! Ianya adalah sebuah jag air special yang mudah alih serta lengkap dengan sistem penapisan air tanpa perlu menggunakan elektrik.


Get Clean® Water Pitcher
Kod Produk: 52114. 

Untuk pengetahuan pembaca semua, sistem penapis air Get Clean® Water ini mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat untuk anda seisi keluarga

KELEBIHAN GET CLEAN® WATER PITCHER

Nak tau apa bezanya dengan penapis air lain? Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum! 

Antara kelebihan lain jag ini juga ialah, Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Apa bagusnya bila sedemikian? Anda tau tak, langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Kita semua kan Pencita Alam Sekitar, betul tak? 

Selain itu, ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis. Haa..best kan? Kita dapat air yang lebih bersih dan bumi kita juga turut lebih bersih dan lebih sihat. Anda memang patut memilikinya! 


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula


Pilihan Bijak! 
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos


Keunikan Shaklee


Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).


Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.


Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.


Mesra Alam

  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.

Perbandingan Get Clean® Water Pitcher dengan leading brands yang lain



Testimoni Pengguna Get Clean® Water Pitcher

Air keruh kembali jernih!











Senang dibawa ke mana sahaja!







Nak dapatkan lebih penjimatan semasa membeli Water Pitcher ini? Jom hubungi saya!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat
✉ Email: sniar11@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938
➲ COD Area: 
(WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
(WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam
Hai.. Assalamualaikum.

Pernah tak anda tertanya-tanya atau terlintas dihati persoalan-persoalan begini... "Shaklee ni ada vitamin je ke?", "Orang kata Shaklee ni selamat dan berkesan, tapi saya tak suka telan-telan..takde ke produk untuk cantik2 yang tak perlu telan/minum?"

Eh..eh..eh..mestilah ada!

Haa...jangan tak tau ye Shaklee juga ada Rangkaian Produk Penjagaan Wajah. Salah satu daripadanya ialah Set Nutriwhite, yang sesuai untuk kulit yang tidak bermasalah. Set Nutriwhite ini juga sesuai digunakan wanita mahupun lelaki seawal usia remaja! Anda mesti teringin nak cuba kan?





Set Nutriwhite mengandungi 7 item. Haa..meh kita tinjau-tinjau dulu apa item yang terkandung dalam set ini.


1) Gentle Action Make Up Remover

Bagi anda yang gemar bersolek, mesti guna make up remover kan? Saya pun dulu memiliki make up remover tapi kebanyakan jenama make remover tu mesti berminyak. Memang rimas masa pakai tu sementara tunggu nak bilas dengan air. Ishh..tak suka..tak suka..
Haa..jangan risau. Gentle Action Make Up Remover Shaklee ni tak berminyak tau. Rumusannya ringan dan berserta pula aroma yang menyegarkan. Ia juga mengandungi Aloe untuk menyegarkan dan menegangkan kulit anda. Wah, anda pasti jatuh cinta seawal penggunaan kali pertama!
Kod Produk:14580 (150ml)
Lagi saya nak bagitau, anda yang tak make up pun digalakkan guna sebab ia juga dapat berfungsi sebagai exfoliater (gosok-gosok boleh tanggalkan daki!). Eh..bestnya kan? Nak tau sebab ape? Sebab..Tunas Pokok Bic yang terkandung dalam make up remover ni la yang bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit anda.
Selain itu, Gentle Action Make Up Remover Shaklee ni juga dapat membantu melicinkan dan melembutkan kulit anda. Soo..confirm lepas tu anda tambah berseri-seri gitteww. Hmmm..best ke best?


2) Gentle Deep Foaming Cleanser

Item kedua pula ialah Gentle Deep Foaming Cleanser a.k.a Pencuci Muka. Lepas dah tanggalkan make up/ daki..kita kasi cuci bersih-bersih la pulakk. Antara kandungan cleanser yang glemer lagi terlajak laris ni ialah rumpai laut, alga hijau dan strawberi begonia. 


Kod Produk:14581 (150ml)

Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran, dan secara lembut mengelupaskan sel-sel mati (jangan risau, wajah anda tidak akan ada kesan kulit mengelupas) serta dapat menegangkan kulit.

Alga hijau pula membantu membekalkan lembapan kepada kulit dan berupaya membersih hingga jauhhh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin. Sementara strawberi begonia pula berfungsi membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit. Aduhh..mesti kulit anda terasa moist je lepas pakai. Nak tak?
Semua kebaikan ini dapat dimiliki walaupun dengan hanya penggunaan dalam kuantiti yang kecil (sebesar biji kacang soya sahaja). Hasilnya...pastilah anda mendapat wajah segar yang lembut dan bersih! Walaupun anda belum mandi pagi...(eh?) Hahaha..
Satu tiub Gentle Deep Foaming Cleanser mampu bertahan sehingga lebih 9 bulan hingga setahun (hasil pemerhatian daripada pengalaman saya sendiri!) So, memang jimat dan berbaloi!

3) Soothing Radiance Whitening Softener

Item ke-3 ini (Soothing Radiance Whitening Softener) pula bertindak sebagai Toner. Berfungsi untuk melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit anda. 
Kod Produk:14582 (150ml)
 
Kandungan ekstrak rosemary membuatkan kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary. Kudzu pula menegangkan dan mencerahkan kulit. Marshmallow membekalkan lembapan penting. 

Rumusan oleh Shaklee ini sememangnya sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit. Lepas pakai takkan terasa itchy (gatal-gatal) tau. Sesuai untuk penggunaan siang dan malam.

Toner ini memang bersifat lembut pada kulit wajah anda. Tidak menyebabkan kulit muka anda merengsa malah kulit terasa lebih anjal. Sebotol Soothing Radiance Whitening Softener ini mampu bertahan sehingga setahun! Jimat betul!


4) Daily Defense Whitening Essence

Daily Defense Whitening Essence dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli berikut agar kulit anda terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:
  • Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
  • Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
  • Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
  • Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah

Kod Produk:14583 (30ml)
Selain itu, tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit ini akan membuatkan anda terasa seperti tidak memakai apa-apa pada kulit wajah. Terasa sungguh natural! 
Ia juga tidak perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak kerana formulasinya yang tidak melekit membuatkan ia senang diratakan ke seluruh wajah. Jadi ia jimat! Sesuai untuk pemakaian siang dan malam.


5) Ultimate Protection Whitening Lotion

Yang ni pula ialah Ultimate Protection Whitening Lotion. Antara item asas yang wajib anda miliki jika anda menginginkan kulit yang sihat dan cantik. Ia bertindak sebagai pelembap wajah.

 

Kod Produk:14584 (50ml)

Rumusannya ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan keradangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

Ia juga sesuai untuk penggunaan siang dan malam. Mudah diratakan ke seluruh wajah dan sangat mudah menyerap ke liang roma kulit. 


6) Spot Whitening Treatment

Seterusnya ialah Spot Whitening Treatment. Seperti namanya, produk ini diformulasi untuk membantu mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit anda tampak lebih menawan.

Kod Produk:14586 (10ml)


Item ini mengandungi botani Cats Claw yang berfungsi menegangkan kulit. Walaupun rumusannya sedikit pekat berbanding item lain, namun ianya tidak menyebabkan kulit anda terasa terlebih tegang seperti mana pengalaman anda memakai produk jenama lain. Anda akan rasa just nice, ringan dan nipis sahaja.

Selain dari itu, kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan. Spot Whitening Treatment juga mengandungi Vitamin C aktif bagi memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit.

Item ini sesuai untuk penggunaan siang dan malam.


7) Overnight Renewal Whitening Cream

Item terakhir ini adalah antara hot item dalam set Nutriwhite iaitu Overnight Renewal Whitening Cream a.k.a Krim Malam. 

Kod Produk:14585 (48g)

Apabila anda memakai krim ini, ia bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit. Ye la, dah seharian kulit anda terdedah di luar rumah..bermacam-macam pencemaran kat luar tu sekarang. Jerebu lagi.. Sebab itulah anda memang perlukan krim malam ni.
Antara kandungan aktifnya:
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
Pendek kata, kalau anda tak mahu kulit anda terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya, JANGAN pakai krim malam ini! Hehe..


7 Langkah Mudah Untuk Kulit Lebih Cerah dan Berseri...dari SHAKLEE!


Klik SINI untuk baca testimoni penggunaan Set Nutriwhite!

Pembelian 1 Set Lengkap Nutriwhite yang mengandungi 7 item seperti di atas akan melayakkan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat
✉ Email: sniar11@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938
➲ COD Area: 
(WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
(WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam

NewerStories OlderStories Home