Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung Tanpa Pil Tahan Sakit

Sakit gigi memang azab. Padanlah orang kata sakit gigi tu ibarat sakit kedua paling menghampiri mati lepas sakit beranak.
Sakit gigi masa mengandung pulak perghhh..berganda ganda sakitnya ooii. Memang tak tau dah nak meraung ke apa sakitnya. Nak guling guling sakit pun tak boleh pasal perut dah boyot. Makkk...sakit gilerrr!




Memang Nad dah rasa dah waktu mengandung anak kedua. Masa tu kandungan rasanya 6 bulan camtu. Perut dah besar la juga kan. Kena pulak waktu malam. Haru..tak boleh tidur.

Walaupun ada je pil tahan sakit yang doktor kata selamat untuk diambil oleh ibu mengandung...tapi Nad sendiri memang mengelak dari ambil pil tahan sakit ni. Memang akan cuba cari cara yang lebih natural la kata orang.

Kenapa sakit gigi sering mengganggu waktu mengandung? Apakah puncanya? Apa pula cara nak atasi sakit gigi semasa mengandung tanpa pil tahan sakit? Mari Nad kongsikan beberapa info yang Nad tahu.


Punca Sakit Gigi Pada Ibu Mengandung

Pereputan gigi lebih cenderung terjadi ketika mengandung dan tandanya seperti gusi bengkak dan gigi sakit. Nak tahu kenapa? Ada beberapa sebab.


1) Perubahan Selera Makan


Semasa mengandung biasanya ibu ibu cenderung mempunyai perubahan selera makan. Ibu juga lebih kerap minum susu (dalam susu biasanya ada gula tambahan). Kadang-kadang mengidam nak makan makanan yang manis manis la. Sekali tengok iklan makanan sedap kat FB/IG semua rasa nak cuba. Kek lava berhantu la..cheesy leleh..tart gebu gebas.. Alahai..menggoda sungguh la.

Ingat ibu ibu..itu salah satu punca kaviti penyebab sakit gigi tau!


2) Gingivitis Semasa Mengandung


Perubahan hormon dalam badan ibu juga penyebab terjadinya bengkak gusi dan seterusnya sakit gigi. Gingivitis masa mengandung ni bukan menyebabkan gusi bengkak, malah boleh timbul juga sakit gigi. Ada kes tu.sampai bernanah gusinya. Aduh, sakitnya!

Ini memang fenomena biasa. Sebab tu perasan tak ibu ibu, bila kita mengandung masa mula mula buka buku pink tu kita ada temujanji cek gigi juga. Nak cegah masalah macam ni la. Jadi lepas ni jangan culas pergi jumpa doktor gigi ya! 

3) Morning Sickness/ Alahan Mengandung


Ibu ibu yang selalu muntah muntah masa mengandung, perasan tak tekak kita selalu rasa pedih dek kerana terlalu kerap muntah tu..betul tak? Itu berlaku sebab asid dari perut naik ke keluar sama, kena gigi..jadi boleh juga jadi punca kaviti pada gigi. Ish..patutlah gigi boleh reput juga ye walaupun dah kerap gosok gigi.

4) Masalah Kekurangan Kalsium.


Wanita ni memang perlukan kalsium lebih banding lelaki sebab masa biasa tu, bila datang bulan pun akan kehilangan kalsium. Masa mengandung apatah lagi..ye tak?

Kalsium diperlukan untuk bantu pertumbuhan tulang fetus anda. Walaupun dah ambil pil kalsium, jangan pelik benda ni masih lagi kurang. Lebih lebih lagi kalau ambil pil kalsium yang semata mata kalsium tu. Kalsium nak diserap dengan baik perlukan magnesium, vitamin D dan mineral lain seperti boron dan mangan.

Kalau yang semata mata minum susu tu..lagi lah payah nak cukup.


5) Masalah Oral Hygiene/ Kebersihan Mulut


Ni pun satu hal lagi. Time mengandung ni kadang kadang nak gosok gigi pun sengsara sebab alah dengan rasa dan bau ubat gigi tu. Huhu.. Maka, ada ibu terpaksa kurang kerap memberus gigi berbanding biasa. Memanglah risiko kaviti lagi tinggi kan?


Patutkah Sakit Gigi Dirawat Semasa Mengandung?


Bagi Nad, jika ibu ibu ada masalah sakit gigi yang perlu dicabut ke..ditampal ke..sila jumpa doktor dan dapatkan nasihat mereka. Itu yang terbaik.

Sebab Nad sendiri pernah je cabut gigi masa mengandung Ammar. Ada yang kata tak boleh kan? Tapi pergi je cek kat klinik. Kalau doktor cakap boleh..sila dengar. Hehe..

Kalau yang kronik sampai perlukan x-ray gigi pun ada cara juga sebenarnya. Jadi jumpalah Doktor Gigi dan dapatkan nasihat mereka ye.


Cara Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung Secara Semulajadi


Banyak sebenarnya petua orang orang tua yang kita boleh cuba untuk atasi sakit gigi masa mengandung ni secara semulajadi tanpa ubat tahan sakit. Antaranya

1) Tuam Panas.


Ambil tuala suam suam yang lembap dan tekap pada pipi tempat gigi sakit tu. Kaedah ni tingkatkan pengaliran darah ke tempat yang sakit dan membantu sistem imunisasi tubuh untuk tackle punca sakit tu.

2) Tuam Sejuk


Ambil beg pek ais bungkus dengan tuala ATAU rendam tuala kecil bersih dalam air sejuk kemudian perah sebelum guna. Tekap pada pipi. Cara ni akan kebaskan pipi kita dan saraf penyebab sakit gigi tu. 

3) Cengkih


Ni memang kaedah legend la kot. Nad sendiri dari kecil lagi memang suka guna kaedah ni. Senang je.. Ambil cengkih sebatang atau dua..gigit/ kunyah pastu tepek kat gigi yang sakit tu. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan letak kat lubang tu. Pastu kemam kuat kuat. Efek berangin cengkih tu buat sakit gigi kita lega. Cengkih juga boleh berfungsi sebagai antiseptic yang boleh redakan simptom infeksi pada gigi yang reput tu.


4) Bawang Putih & Bawang Merah


Bawang putih mengandungi allicin, agen antibiotik yang boleh serang balik bakteria punca infeksi pada gigi tu. Cara guna..tumbuh atau kunyah (Err..tak mampu Nad nak buat ni) bawang putih tu..letak kat gigi yang sakit.

Bawang merah pula..cubalah kunyah hirisan nipis tu untuk beberapa minit. (Err..tak sangguppp..haha). Orang kata oleh redakan sakit juga ni.


5) Bayam


Wah..petua daun bayam pun ada rupanya. Boleh lumatkan daun bayam sampai jadi pes dan letak pada gigi yang sakit tu. 

6) Daun Jambu Batu


Ada juga petua buat jus dari daun jambu batu lepas tu guna buat kumur. Kalau malas nak kisar, kunyah je la..hahaha. Tapi kena kumur sekuat hati tau..sampai terkesan kat tempat sakit tu. Kumur ayu ayu tak jalan juga.


7) Air Suam + Garam


Air garam ni buat kumur ye. Boleh buang sekali sisa sisa makanan yang terlekat celah gigi atau lubang dan kurangkan sakit gigi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Nad Atasi Sakit Gigi Masa Mengandung Tanpa Pil Tahan Sakit



Berbalik kepada cerita Nad awal tadi..Nad pernah sakit gigi yang amat gara gara gigi berlubang masa 6 bulan mengandungkan Ammar (anak kedua)

Sakit tapi tak boleh guling-guling. Pastu masa tu Aisyah (anak sulung) pulak masih menyusu. Huuu..cuba ibu ibu bayangkan..betapa sengsaranya lahai nak melayan anak nak menyusu, kita tengah preggy..sakit gigi pulak tu. Bila sakit gigi tu..automatik sakitnya berdenyut denyut sampai kepala tau!

Selepas semua petua tak jalan, Nad tawakal cuba telan Nutriferon, Ostematrix, dan B Complex pula secara mega dose. Tak sangka betul..sikit sikit sakit tu makin reda dan lepas dua jam Nad boleh lena tidur sampai pagi. Tak perlu pil tahan sakit. Hilang sakit gigi tu.

The next day, Nad pergi klinik gigi untuk rawatan. Mujur sakit tu dah hilang, jadi doktor kata selamat untuk dicabut. So..hilanglah sebatang gigiku masa mengandung anak kedua. Hahaha.. Takpelah.. Nad redha..daripada sakit tu terus berulang lagi (sebab doktor kata gigi tu dah tak dapat diselamatkan..cabut is the only way), kita dengarlah kata doktor.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


1) NUTRIFERON


Nutriferon mengandungi biji plantago yang bagus untuk redakan sakit gigi. Ia juga bertindak sebagai antibiotik/ anti bakteria...bantu lawan punca sakit gigi.

Sekotak ni ada 30 sachet. Tak rugi kalau simpan NF ni kat rumah tau. Sebab masa demam pun boleh makan. Bagi anak anak makan untuk tingkatkan imunisasi. Tak mudah demam, lelah dan berjangkit sakit dari pusat asuhan.


2) OSTEMATRIX





Ostematrix ialah pil kalsium dari shaklee yang lengkap dengan magnesium, vitamin D dan mineral boron dan mangan. Jadi jika sakit gigi berpunca dari masalah kekurangan kalsium ia boleh diatasi segera sebab kalsium dalam OsteMatrix mudah diserap. Ibu juga boleh gunakan untuk masalah sembelit masa hamil tau.


3) B COMPLEX




B Compleks pula memang terkenal sebagai vitamin untuk saraf. Ia lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan. Sambil tu, boleh juga bantu redakan masalah mual dan loya ibu ketika hamil.


Nak order sendiri? Klik SINI


Jom! Anda inginkan penjimatan extra? 
Jom daftar keahlian dan anda bakal menikmati penjimatan sebanyak 15% - 25% bagi setiap pembelian. 

 Hubungi saya di talian 019-7000 938 (Nadiah) untuk tempahan.
ID Shaklee: 962833

 Nak Kurus? Nak Cantik? 
Nak Sihat? Nak Bersih?
 Nak Yang Selamat? Nak Yang Berkesan?

 SEMESTINYA SHAKLEE! NAK SHAKLEE CARILAH SAYA! 

 Untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin menjadi ahli SHAKLEE, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
 ✆ WhatsApp: 019-7000938 
➲ COD Area: 
 (WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
 (WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam

NewerStories OlderStories Home

1 comment:

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...