Resepi Kek Coklat Cheese Leleh Yang Lembut dan Sedap. Mudah, Hanya Guna Sukatan Cawan!

Baru baru ni Nad ada belajar buat kek Coklat Topping Cheese Leleh dari kakak sulung Nad iaitu Kak Ana. Lama betul tak buat kek ni. Ni pun paksa diri jugak buat untuk birthday Aisyah.

Last time buat kat umah mertua memang tak jadi. Haha. Mulanya berdebar juga takut tak menjadi. Tapi Alhamdulillah resepi yang ni hasilnya sangat puas hati tau!




Supaya ilmu ni mengalir berterusan..ada baiknya Nad kongsikan resepi Kek Coklat Kukus sedap yang dapat beri hasil kek coklat yang bukan sahaja lembut dan lembap, yang paling penting cara nak sukat bahannya pun mudah sangat. Guna cawan je tau!

Untuk resepi ni pastikan korang guna cawan yang sama sepanjang menyukat tau. Nad guna cawan tupperware 250 ml. Lepas siap kek coklat kukus tu, Nad letak topping cream cheese dan cheese parut kat atasnya tu..maka, jadilah kek coklat cheese leleh! 

Ni la cawan yang Nad guna. Kalau secawan tu just ambil sukatan hampir hampir penuh. Kalau setengah tu..yang takat separuh yang bertakak tu la..

Kalau korang tak suka cheese boleh ganti ganache coklat. So, akan dapat kek coklat basah/ moist chocolate cake! Baca sampai habis..Nad akan share dengan korang cara buat topping cream cheese dan juga ganache coklat tu.

Sebelum tu..yang paling penting.. Jom intai resepi kek coklat kukus dulu ye..

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus 
( Menggunakan sukatan cawan )


1 cawan serbuk koko 7 
(Nad guna yang jenama MyRasa dari Mydin tu je..hihi)

1 cawan gula pasir 
(kalau guna gula kastor yang dah halus tu lagi senang nak larut..so, hasil lagi cantik kata kakak Nad)

1 cawan susu cair 
(Kakak kata kalau ada susu tepung anak pun boleh bancuh ganti susu cair ni. Bancuh je 5 sudu besar dalam 250 ml air masak. Tapi yang Nad buat memang guna susu cair sebab kat umah takde susu tepung)

1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
(Nad guna minyak masak sawit aje..jenama apa pun boleh)

1/2 cawan susu pekat manis
(Kalau suka manis boleh tambah sukatan..aritu Nad guna sukatan ni je)

1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
(orang kata lagi elok diayak dulu tepungnya..tapi Nad aritu tak ayak pun sebab tak jumpa alatnya.. Haha)

1 sudu baking powder

1 sudu soda bikarbonat

4 biji telur (saiz gred B, kalau rasa gred C tu kecik sangat tambah la lagi sebiji)

1 sudu besar esen vanilla 
(Saja letak lebih kasi flavour lagi best. Haha)



Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, minyak dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata2


(Untuk step pertama ni, Nad campurkan je semua bahan di atas dan gaul dalam bekas besar aje..tak masak atas api pun. Malas. Hahaha. Tujuan dia nak bagi gula tu larut sempurna aje pun.. yang Nad buat tu tetap menjadi aje..hihi)


Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.


Pukul telur hingga kembang. Maksud kembang di sini korang just pukul pukul pakai sudu/garfu pun dah cukup..bagi yang putih dan kuning telur tu bercampur je la. Tak perlu pakai mixer pun. Tu yang bestnya resepi kek coklat ni..tanpa alatan canggih pun boleh buat.


  Kemudian, masukkan campuran pertama (iaitu campuran minyak, gula, susu pekat, susu cair, serbuk koko) tadi ke dalam adunan telur.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.


Ala..ketul sikit sikit tu boleh abaikan aje. Yang penting kacau guna senduk kayu/plastik pun boleh..guna kaedah kaup balik. Nak masuk dalam blender pun boleh..tapi tak digalakkan sebab nanti kurang udara pulak dalam adunan tu.


Panaskan pengukus. Oh ye..langkah ni boleh buat awal awal lagi sebab kena pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.



Sapukan marjerin pada loyang. Nad sapu minyak je. Lepas dah sapu minyak tu barulah tuang adunan ke dalam loyang. Tujuan sapu minyak tu supaya nanti senang nak keluarkan kek.


Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek. Tapi jangan bungkus rapat sangat tau. Kena bagi ade ruang untuk udara masuk juga..



Kukus kek selama 1 jam. Api sederhana..


Sebelum angkat kasi test guna garfu ke..pisau ke..cuba cucuk tengah kek. Kalau pisau atau garfu tu keluar bersih, tandanya dah masak la kek tu.


Sejukkan dulu kek sebelum nak hias dengan cream cheese or whatsoever.


Cara Menyediakan Topping Cream Cheese Untuk Kek Coklat Cheese Leleh


250 g cream cheese Tatura

250 ml whipping cream 
(Nad guna jenama Emborg)

4-5 sudu besar susu pekat manis
(boleh adjust manis sesuka rasa..ikut selera tekak masing masing)

Cheddar Cheese Beqa untuk hiasan snow

Cara-cara:

Pukul whipping cream laju laju sampai kembang. Nad memang guna mixer sebab tak pandai buat manual..lenguh wehhh..

Lepas agak dah kembang tu masukkan cream cheese, pukul lagi sampai sebati adunannya.  


Macam ni la rupanya bila dah pukul whipping cream dan cream cheese tadi tu.

Lepas tu masukkan susu pekat manis. Kacau lagi supaya sebati.


Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum guna untuk hias kek nanti.

Lepas dah sapu rata cream cheese tu boleh parutkan cheddar cheese untuk bagi efek snowy tu
 (Nad guna jenama Beqa)

Pastu hiaskan kek sesuka hati.


Okay...ni resepi bonus untuk korang. Yang tak suka topping cream cheese boleh buat topping coklat ni

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus


1 cawan susu pekat manis

1 sudu makan serbuk koko

2 sudu mentega

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU


500 gram coklat masakan

220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Paling penting dan seronok bila kita buat kek dan ada tukang makan..betul tak? Haha..



Hai..Nad adalah Pengedar Aktif Shaklee untuk sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan juga boleh pos ke seluruh Malaysia.

 Anda Nak Kurus? Nak Cantik? 
Nak Sihat? Nak Bersih? 
Nak Yang Selamat? Nak Yang Berkesan? 

SEMESTINYA SHAKLEE! NAK SHAKLEE CARILAH NAD! 

 Untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin menjadi ahli SHAKLEE, bolehlah berhubung dengan Nad seperti berikut: 

 ✍ FB: Siti Nadiah Ismail 
 ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 
➲ COD Area: (WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. (WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam
NewerStories OlderStories Home

1 comment:

  1. Sedapnya..nk cuba buatlah nanti...blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Kalau sudi masukkanlah blog saya lam bloglist awak ye.

    ReplyDelete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...