Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap, Wajib Cuba!

Hai uolls.. Assalamualaikum.

Malam malam buta ni tetiba pulak geng geng cikgi cikgi cik kioss duk sembang pasal cheesekut lepas dikongsikan gambar hasil cheesekut oleh seorang kawan kami. Hehe.

Nad pun dengan senang hati nak share jugak la gambar hasil tangan yang Nad buat sebelum ni. Hahaha.. Jeng jeng jeng!



Jangan marah uolls. Kalau marah sila salurkan tenaga marah tu untuk menghasilkan cheesekut yang mudah, tapi mabeles sedap.

Lebih lebih lagi kalau takde mixer kat rumah. Haa..eloklah korang salurkan amarah tu, untuk pukul whipping cream dan cream cheese sampai gebu gebas punya kembang. 😂😂😂

Okay..resepi ni memang sangat mudah. Malas malas pun boleh buat..hahaha. Meh kita tengok summary dulu. Kalau nak pegi shopping korang save je gambar ni. Senang kan?




Okay, bahan bahan yang perlu disediakan.

Bahan bahan:

Adunan cream cheese 
(boleh buat 4 @ 5 bekas macam Nad buat tu. Banyak ni. Sebab sukatan ni Nad buat untuk topping kek birthday Aisyah..Kek cheezy leleh)

250 gram cream cheese 
( Nad guna brand Tatura, seketul tu memang 250gm..senang uols)

250 gram whipping cream
(Ni kakak Nad suruh beli emborg, rasanya mana2 brand pun ok je kot. Tapi adik kami tersalah beli yang 1 litre punya..haihh boleh buat 4 kali le jawabnya. 😅😅)

4-5 sudu susu pekat manis
(sukatan boleh ubah ikut selera tekak masing masing ye..Nad tak suka manis sangat. Hehe.)

Ada orang suka rasa perahan lemon, so boleh perah sikit. Nad tak letak sebab takde lemon kat umah. 

Biskut 
Nad guna biskut Golden Cream Cracker Julies. Tapi ikut kata kawan Nad, nak guna mana2 jenis biskut pun boleh. Guna oreo ke..layankan aje buat eksperimen ikut selera tekak masing masing ye.

Susu full cream atau susu segar
Untuk rendam biskut barang seketika sebelum dilapiskan dengan cream cheese. Bagi jelira orang tganu kata. Haha.

Nestum / milo / chocolate rice
Bagi hiasan dan tambahan rasa kat setiap lapisan. Ikut kreativiti dan selera korang juga ni.

Cara Buat:

Putar cream cheese dan whipping cream dengan kelajuan tinggi hingga kembang gebu.

Masukkan susu pekat manis dan perahan lemon. Putar kejap lagi sampai sebati bercampur. 

Kemudian Nad masukkan dalam plastik jernih buat macam nak pam icing tu sebab nanti senang picit je masa nak layer tu nanti. 



So lepas siap adunan ni..apalagi, kita siapkan bekas untuk mula melapislah.



Nad sengaja lapikkan plastik tu bagi senang nak keluarkan nanti. Kalau yang nak buat dalam bekas kecik2 tu..sesuai untuk terus ngapp..hidangkan untuk majlis majlis kan. Nad ni buat untuk ngapp kat rumah je jadi guna bekas ni je la.

So, first step nak melapis ialah kena celup dulu biskut dalam susu. Pastu susunkan, dan lapiskan dengan adunan cream cheese.



Macam dalam gambar ni, Nad menyesal letak sikit je masa melapis tu. Lepas makan, Nad rasa lagi sedap kalo lapis adunan ni tebal sket..hehe. Sebab bila sejuk nanti ada rasa macam aiskrim gitu. Huihh..sedap. So, kalau korang penggemar cream cheese boleh lapis tebal sket adunan ni tau.

Lepas ratakan adunan cream cheese tu bolehlah nak tabur nestum ke, milo ke, pape yang korang rasa sedap kat tekak. 

Lepas tu ulang ulang layer tu setinggi yang korang nak.

Lapisan 1: biskut yang dicelup susu
Lapisan 2: adunan cream cheese
Lapisan 3: topping pilihan (nestum/ milo tabur/ choc rice
Lapisan 4: ulang semula dari yang pertama.

Macam yang Nad buat ni, Nad buat dalam 5 atau 6 lapisan biskut. 

Lepas siap lapis. Lapisan paling atas tu kasi la hiasan paling gempak. Sori tak gempak mana sebab nak cepat siap je. Hahaha.



Lepas siap macam ni.. boleh sejukkan dalam peti ais. 

Haritu Nad pegi sejukkan kat frozen tu. Abis beku. Nak makan pun tak feel sebab payah nak potong. Hahaha.

Jadi pengajarannya..letak kat sejuk freezer je la. Jangan frozenkan. 

Hasilnya..Taraaa!



Selamat mencuba! Kalau anda guna resepi Nad ni silalah tinggalkan komen kat bawah ye. 

Lepas makan ni jangan lupa telan Omega/ Lecithin ye..hehe.

Nad jual Shaklee
ID: 962833
Hp: 019.7000.938
COD Area: Kuala Terengganu, Pengadang Baru, Padang Midin, Gong Badak, Wakaf Tengah.
NewerStories OlderStories Home

2 comments:

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...