Sunday, 22 January 2017

TESTIMONI VIVIX UNTUK MATA SIHAT TERPELIHARA

Nad nak kongsikan satu testimoni vivix untuk jaga kesihatan mata dengan korang hari ni.

Hm..banyak sungguh khasiat vivix ni kan?
Untuk mata pun bagus rupanya.

Vivix ni salah satu ramuannya adalah purple carrot tau. Purple carrot ni la yang kaya dengan beta carotene yang membantu jaga kesihatan mata anda.

Lepas ni bolehlah korang cuba amalkan vivix untuk diri sendiri ye.

[MATA SIHAT TERPELIHARA DENGAN VIVIX]
.
Assalammualaikum...saya Hafzazuraein a.k.a Hafza Aein..Kalau anda masih ingat lagi..saya pernah tuliskan kisah suami saya yang menghidapi stroke pendarahan sehingga menyebabkan masalah pertuturan..
.
Dan mungkin tamai yang tak menyangka suami saya sekarang makin beransur pulih dari masalah itu..Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah s.w.t, keluarga dan juga rakan2 yang lain..
.
Tapi kali ni saya nak share sikit pasal suami saya juga...yang dah consume dengan Vivix lebih setahun..untuk bantu atasi masalah stroke beliau..
.
Kebiasaannya, orang stroke ini mempunyai masalah mata kan.. Kadang-kadang sukar untuk melihat...akibat dari sel-sel yang dah mati di otak mereka.. Begitu juga dengan suami saya..


.
Pada mulanya, beliau hanya menghadapi masalah pertuturan..Tapi tidak diketahui juga menghadapi masalah mata..mungkin sebab silau..atau pun masalah saraf pada mata..
.
Kami dapat tahu bila membuat pemeriksaan susulan di bahagian Rehab di Hospital..Selepas itu, doktor menyarankan untuk melakukan pemeriksaan mata di bahagian pakar mata..
.
Tapi..apa yang memeranjatkan saya dan juga doktor mata..semua ujian mata yang dijalankan tidak menunjukkan pun beliau menghadapi masalah mata..Malah semuanya 'perfect' ...Sampaikan doktor pun berkata "Saya sendiri pun tidak dapat bacaan macam ni"
.
Ini lah hasilnya setelah consume Vivix..yang dah lebih setahun..Alhamdulillah..Dengan izin Allah s.w.t...mata suami semakin baik walaupun beliau sudah pun berumur hampir 40 tahun..
.
Malah kalau dilihat pun..tiada satu uban pun ada di kepalanya..dan kelihatan awet muda lagi..Memang terbaiklah Vivix..
.
Terima kasih Vivix kerana menjadikan saya dan keluarga semakin sihat..
#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse


Peluang Bisnes Online, Modal Serendah RM80, Produk Hebat, Risiko Rendah!

Hai semua!

Adakah anda yang kami cari? Ada mana2 ciri di bawah?
 Suka online
 Ada facebook/ Instagram/ Blog/ dan lain lain laman sosial
 Suka berkongsi info bagus
 Suka cabar diri

Sedang dalam mana2 situasi berikut?
Bekerja tapi nak cuba tambah pendapatan?
Kali pertama nak bisnes online?
Surirumah tapi nak ada pendapatan sampingan sambil jaga anak2 di rumah?
Masih belajar tapi nak belajar skill bisnes sambil cari duit lebih?

Mari join biz shaklee bersama saya!



Saya sedang mencari bisnes partner dari serata Malaysia!
Shaklee, produk paling hot di pasaran. Semua produk shaklee diakui hebat!
Shaklee sentiasa permintaan tinggi, tak bermusim.
 Shaklee dijamin selamat, semulajadi, berkesan.
 Satu satunya produk yg disokong oleh #landmarkstudy
 Orang gigih boleh jana pendapatan melebihi mentor.
Patuh syariah. Ada sijil halal oleh badan yang diperakui JAKIM.
 Semua produk lulus KKM
Tak perlu simpan stok jika mahu
Tak perlu urus pos2 jika mahu. Ada cara shaklee uruskan semua tu. Klik2 online saja.



Jom bersama saya dibawah group iReach & Supermom!
Modal hanya serendah RM80 untuk pendaftaran dan postage kit keahlian (semenanjung malaysia)!

Whatsapp saya segera!
0197000938
0197000938
0197000938

Hari ini!
Bertindak segera, coaching bermula segera!
#tsunamishaklee
#liveamazing
#tim6awesome
#greatsid

Monday, 9 January 2017

ESP ke SCP? Beza Antara Protein dan Kolagen..Perlu Dua Duakah?

Arini nad nak citer pasal protein
dan kolagen.

Kita belajar biologi sket deh. Hihi..

Ada satu produk shaklee ni nama dia ESP. Produk paling hot..paling ramai peminat.

Dari anak dara, anak teruna..mak bapak budak..atuk nenek semua boleh ambil esp ni.

Esp ni protein soya tau. Antara sumber protein paling clean ialah daripada soya. Spesifik..non GMO soy protein. Terbaik tu.

Kalo tak percaya sila google..banyak je journal citer pasal ni.

Yang bestnya..esp ni dapat bekalkan 9 asid amino perlu yang badan kita sangat perlukan tapi tak mampu nak hasilkan sendiri.

Pastu ada pulak satu lagi produk shaklee namanya Shaklee Collagen Powder. Nama glemer dia SCP.

SCP ni kolagen kualiti premium dari sumber sisik ikan merah. Ditambah pula bahan2 aktif bagi ummppp lagi efek dia.

Yang ni kalo dah mencecah usia 25 tahun ke atas tu Nad memang suggest sangat la korang mula ambil.

Sebab kolagen dalam badan kita ni mula berkurang start masa umur kita 25 tahun.

Walaupun badan kita memang dapat hasilkan kolagen sendiri..tapi kemerosotan kolagen dalam badan mulai usia 25 tu lagi cepat dari penghasilannya.

Sebab tu korang mula ada jeragatlah..sakit lututlah..mata makin kaburlah..kulit dah geleber sana sini..rambut gugur..pasal kesan kemerosotan kolagen tu mula menyerlah.

Eh..tapi korang tau tak satu fakta..kolagen tu pun protein jugak?

Kolagen adalah protein yang terbina daripada asid amino jugak.

Aik?

Sekali baca rasa macam sama je ESP dengan SCP ni kan?

Esp (soy protein) = protein = asid amino

Scp (kolagen)= protein = asid amino

Laaa..kalau dah sama buat apa nak ambil dua dua..ambil satu je la cukup. Ye tak? Patutnya gitulah..

Tapi..tapi..tapi..

Bunyi je cam sama..tetap juga kita PERLU AMBIL DUA DUA!

Konfius?

Meh..baca penerangan Nad ni dulu.

Kolagen VS Protein
------------------------------

Kolagen ni satu struktur protein yang terbina daripada 4 jenis asid amino iaitu:
🍀glycine
🍀proline
🍀hydroxyproline
🍀arginine

30% daripada protein dalam badan kita ni jadi kolagen tau.

Kolagen ni dia kuat. So dia penting untuk tulang, tendon dan ligamen.

Kiranya dia ni la yang tukang pegang sel sel tisu dalam organ penting badan kita ni.

Kat kulit pun penting ada kolagen ni..kolagen cukup, kulit jadi segah, anjal dan tegang.

Kolagen kurang kulit jadi kendur.

Tu belum lagi citer pasal organ lain cam jantung, pundi kencing, buah pinggang semua..kat situ semua ada perlukan peranan kolagen nal bagi kuat.

Abis tu protein tu buat apa? Ha..protein ni pulak penting dalam proses penghasilan sel sel dalam badan.

Kulit bukan setakat nak bagi tegang..kita juga nak kulit kita lasak..tak mudah rosak dek pencemaran sekeliling ni.

Kulit kan barisan pertahanan badan kita yang pertama. Wajib bagi dia sihat.

So kat sini protein lebih afdal membantu. Mana mana sel yang rosak..perlu membaharui..protein diperlukan.

Samalah juga organ2 lain tu. Nak bagi sihat dan kuat...perlu protein.

Nak tambah mantop perlu kolagen.

Ingat tak dulu belajar biologi sel sel bergabung jadi tisu..pastu tisu tisu pulak membentuk organ. Beberapa organ jadilah pulak sistem..Gittew

Dari asid amino nak bentukkan kolagen makan masa sket.

Ibaratnya korang tengah lapar kebulur (kurang kolagen), Nad bagi korang dua pakej..

1) Bahan bahan mentah..korang sila masak sendiri.

2) Makanan siap..Nah, pakej lengkap nasi putih lauk ikan siakap masak tiga rasa dengan telur dadar, kailan ikan masin dengan tomyam putih.

Ha..orang bijak ambil je dua dua.

Tapi sebab korang tengah lapar..mesti nak pilih makanan siap tu untuk hilangkan kelaparan segera.

Tinggal nak ngapp je pastu terus memenuhi keperluan perut lapar yang tengah keroncong dondang sayang bagi korang power bertenaga superman kembali.

Pastu bahan mentah tu kita simpan buat bekalan hari lain pulak.

Ada paham?

Jadi..kesimpulannya..kena ambil dua dua..😆😆

Protein dari esp..kolagen dari scp.

Pilih produk shaklee sebab shaklee terbukti selamat semulajadi berkesan.

Begitu teliti saintis shaklee buat kajian semata mata nak bagi produk terbaik untuk kita.

Apa?

Belum ada ESP dan SCP? 😱😱

Meh order dengan Nad!

Redi stok available!

0197000938
0197000938
0197000938

Sekian..
Nad, Cikgu add math peminat biologi..ahaks 😝??.

#tsunamishaklee #liveamazing #greatsid #tim6awesome

Inspirasi Hidup daripada filem Shawshank Redemption

Sape penah tengok citer Shawshank Redemption? Boleh la try tengok kalau rasa nak cari motivasi cara santai ni.

Satu quotes glemer watak utama citer tu..

"Remember Red, hope is a good thing, maybe the best of things, and good thing never dies"
-Andy Dufresne-

Cerita ni pasal seorang lelaki, Andy, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di Shawshank State Prison atas kesalahan membunuh 2 jiwa iaitu wife dia dan skandal wife dia tu.

Tapi..Andy ni tetap pertahankan bahawa dia tak bersalah..tak bunuh pun dua orang tu.

Biasalah kata Red (best friend Andy dalam penjara)..semua yang masuk penjara kata diri tak bersalah. Kau tak kena hukuman mati pun dah kira baik.

Life dalam penjara memang teruk. Semua orang dah tak berharap lagi dah. Bagi diorang memang mati mereput dalam penjara tu je la akhirnya.

Bagi Andy visi misi hidup dia berbeza. Dia berani ada impian nak keluar dari penjara tu..nak hidup bebas kat luar sana padahal dah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup ni. Andy siap imagine satu tempat tu..lupa dah nama tempat impian Andy tu.

Karisma Andy sebagai seorang bekas banker terserlah kat satu babak atas bumbung..Nyaris nyaris dia nak mati kena campak dari bumbung sebab buat warden penjara marah.

Tapi last last dia berjaya buat kawan2 banduan dia dapat merasa beer..Banduan beb..dapat bersantai dengan beer atas bumbung tu pun dah rasa macam free man.

Andy bijak grab peluang yang terlintas. Dia gunakan ilmu dia as banker..jadi penasihat kewangan pulak kat warden dan pengawal penjara. Time tu dia amek peluang kaw kaw.

Andy ni bukan pentingkan diri. Dengan kebijaksanaan dan pengaruh dia..sebab dah tawan hati warden penjara dengan khidmat free dia kan...dia cuba ubah hidup dalam perkara tu jugak.

Dia buat banduan banduan lain mulai rasa harapan baru. Siap bina library tu dalam penjara. Banduan boleh pinjam buku macam macam. Hebat giler penangan pengaruh Andy. Ada banduan siap sambung belajar dari dalam penjara..nak amek exam semua.

Pendekkan cerita...korang rasa dapat tak Andy keluar penjara?

Mestilah dapat..tu la part paling best dalam citer ni. Memang bijak arr ending dia. Korang akan rasa wow sangat!

Tak penah ada banduan terlintas nak buat apa yang Andy buat. Andy plan dan usahakan hari kebebasan dia tu selama 20 tahun tau. Semua orang rasa mustahil. Tapi Andy berjaya.

Sebab apa?

Sebab harapan dalam diri Andy yang tak pernah padam tu la jadi kekuatannya. Lagipun Andy tau dia tak bersalah tapi dikambing hitamkan oleh orang lain. Orang takkan percaya dah dia tak bersalah so dia usaha la cara lain.

Life must go on walaupun sedasyat mana pun dugaan yang menimpa. Harapan adalah milik kita. Berani bermimpi dan mulakan langkah..usaha usaha usaha!

Movie ni bagi Nad ada mesej yang sangat kuat. Banyak pengajaran yang kita boleh teladani.

Bagaimana impian boleh jadikan kita manusia yang kuat jiwanya.
Kekuatan jiwa ni boleh buat diri ni hebat tau. Takkan mati walaupun dicampak ke tempat paling teruk macam dalam penjara Shawshank tu. Orang kaunseling kata intrinsic motivation lah.

Macam kita nak buat bisnes ni. Kalau tak kuat..memang ke laut. Pastu bisnes bukan sebab saja ikut mengikut. Dalam diri sendiri tu kena ada matlamat apa ko berbisnes ni. Pastu jangan cepat mengalah. Sikit sikit takpe..tapi kena ada improvement.

Dalam berusaha, kena peka dengan peluang yang datang. Kau nampak je peluang terus sambar. Pastu kena kreatif dan inovatif dalam usaha ni. Barulah kejayaan tu akan menyapa..

Sape belum pernah tengok movie ni boleh la try tengok. Serius best!

"Get busy livin' , or get busy dying"
"Fear can hold you prisoner, hope can set you free".

#tsunamishaklee #liveamazing #tim6awesome #greatsid #itstartswithyou

Tuesday, 13 December 2016

Nak Susukan Anak? Wajib Ada 2 Kriteria Utama Ni!

Every mommy-to-be yang berazam nak menyusukan anak mesti ada ilmu yang betul dan tekad yang kuat.

Tanpa ilmu yang betul anda mungkin akan tewas dengan cakap2 orang sekeliling.

Orang kata..sian anak nangis2. lapar tu..tak cukup susu, bagilah susu botol ni baru cepat kenyang.

Anda stress

Orang kata..sian anak tak lena tidur, kejap2 bangun nak susu..kejap2 bangun nak susu. Bagilah susu campur nestum cair2..baru lena dia tidur.

Arggghhh..anda lagiiii bertambah stress.

Tambah pulak bila pam susu tak keluar..setitik dua je. Almaklumlah baru minggu pertama berpantang.

Konon try perah guna tangan..picit2 macam takde susu pon..anak aku hisap angin je ke??

Anda fikir..mungkin dah jenis aku ni takde susu kot.

Mengalah..terus suap susu botol je la senang. Baru diam lena anak tu tidur berjam2.

Orang sekeliling pun menambah..haa, kan dah kata..baby lapar tu.

Tanpa tekad yang kuat pula anda mungkin tewas dengan diri sendiri.

Ala..penatnya..nak tidurlah..nape baby ni asyik nak susu aje..sakit dah pinggang duk menyusu aje tak henti2.

Ala..lecehnya nak kena pam2 bagai pulak..suami pulak jauh tak dapat suruh dia tolong.

Ala..peti ais kat umah pulak kecik. Camane nak simpan stok frozen banyak2 ni. Wajib ada deep freezer jugak ke baru boleh berjaya..?

Alamak..banyaknya keje kat pejabat ni..tak sempatlah nak mengepam.

bla..bla..bla..banyak lagikan alasan.

Tak salah pun kalau memang nak bagi susu formula je..lebih2 lagi jika anda mampu.

Tapi bagi yang nak berjimat..susu ibu adalah pilihan terbaik. Macam saya, masa anak sulung dulu..belanja bulanan saya RM 300 (pengasuh), pampers 2 peket besar sebulan sahaja. Kos untuk susu anak?  Tiada 😊

Fahamkan situasi setiap masalah penyusuan yang anda alami dengan ilmu. Tangani dengan ilmu. InsyaAllah anda dapat bertahan lama.

Saya pilih breastfeeding sebab saya nak rasa bonding dengan anak 😊.

Hidup anda..anda tentukan.

Inginkan tips dari saya?

Hubungi 0197000938

Perkongsian dari seorang ibu untuk ibu2 lain 😄

#tipsmenyusu #mybfjourney
#breastfeeding

Friday, 9 December 2016

My Dream HandPhone

Henfon ni dah ibarat macam nyawa bisnes saya. Kalau tiada, macam mana customer nak hubungi. Tutup kedai la jadinya.

Memilih henfon yang memenuhi keperluan bisnes sangat penting. Setakat ni henfon saya masih belum dapat mempunyai ciri2 yang diperlukan. Pakai Samsung Ace murah2 aje. Hihi. Tapi bisnes tetap boleh jalan juga sebab yang lebih kuatnya adalah tekad..bukan gadjet semata2..gittew.

Walau bagaimanapun..jauh di sudut hati tetap juga berangan nak henfon yang lagi best. Hihi. Manusia..😂😂

Smartphone pertama saya..Samsung Ace kot nama dia. Ia adalah hadiah dari encik suami masa baru2 kenal dulu. Dia buat suprise lagi tu..chewwahh. Hehe.. Bagi orang yang belum pernah pegang smartphone dah ok sangat tu..pasal saya kedekut sangat nak keluar duit beli smartphone..haha!

Sempat pakai dua tahun, henfon tu bermasalah sket sebab asyik jatuh kot. Masa tu juga belum lagi start biz shaklee ni.

Maka, belilah yang kedua iaitu Asus Zenphone6. Maybe cara handling saya tak bagus kot. Built in battery sampai kembang. Masa ni dah start berjinak2 nak biz shaklee. Kamera dia cantik..tak perlu guna apps 360 pun. Tapi jodoh tak lama.. Bateri kembang sampai terkopak skrin. Last2 mati.

So pastu kembali kepada Samsung. Prime Ace ke apa dah nama. Yang saya pakai sekarang ni. Tak pandai sangat saya ni bab2 henfon. Asal boleh guna jalann. So far, dalam keadaan retak2 skrin pun masih lagi henfon ni berguna. Tapi sebab memori full sangat..tak dapat dah install apps untuk edit2 gambar ke ape..sedihhh.

Kesnya..mula2 dulu dapat. Tapi pastu bila kawan2 shaklee duk citer pasal snapseed tu..konon nak try la install jugak. So uninstall la photo grid. Sekali tu..aih..dua2 tak dapat pulak. Ibaratnya..dengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan. 😅😅😅😅. Haru bangett.

So sekarang ni saya go on je dulu..belajar bersyukur dengan henfon saya ni. Dalam masa sama syukur jugak tak pegi uninstall blogger. At least dapat lagi update blog via henfon. Fuh!

Jika berpeluang, duk la berangab jugakan..saya inginkan henfon yang lebih besar kapasiti memorinya untuk membolehkan saya install semua apps yang diperlukan seperti :
🍀snapseed, picsart: apa2 apps untuk buat poster
🍀buffer: setup post entri ketika sibuk
🍀email, gmail: ni memang wajib supaya senang berhubung
🍀facebook, instagram: follow up dan update kedai online saya
🍀blogger, blogger manager ke ape tah: untuk update blog melalui henfon
🍀whatsapp, telegram: berhubung dengan pelanggan.

Henfon tu juga mesti tahan lasak. Pasal anak2 kan suka je main rebut2 dengan Ummi..tahap jatuh berjuta kali pun still ok lagi. Samsung la kot ek.

Ada banyak lagi apps yang belum saya terokai. Henfon sekarang memang masih terhad untuk semua tu. Huhu..

Tapi..itu semua bukanlah penghalang untuk saya teruskan bisnes.

Manfaatkan apa yang ada hingga maksimum sambil2 mengumpul duit untuk beli henfon idaman.

Doakan saya ye..

Dan jangan lupa..belilah shaklee dengan saya..barulah lebih cepat saya capai target beli henfon idaman tu..hahaha 😂😂😂

#pengedarshakleeterengganu
#tsunamishaklee
#liveamazing
#tim6awesome
#greatsid

Thursday, 1 December 2016

KEPAKARAN SAYA: SET KESIHATAN IBU WANITA

Dah masuk disember dah kita ye. Mengimbau balik mula2 start biz shaklee ni..nak jual setong esp pun tak pandai. Bila customer tanya mulalah gelabah. Hahaha..😂😂
.
Tapi tu dulu. Sekarang lebih konfiden.
.
Dah banyak set pernah berjaya jual dan consult.
.
SET HAMIL
SET MENYUSU
SET BERPANTANG
SET KESIHATAN ASAS
SET KULIT CANTIK
SET DIABETES/ ANGIN AHMAR
SET KURUS
SET GET CLEAN WATER PITCHER
SET SAKIT SENDI
NUTRIWHITE
.
Kalau set berkaitan ibu2 ni memang paling dekat di hatilah..sebab saya melalui semua tu jugakan.
.
Tips hadapi masalah penyusuan, pilih pam yang sesuai pun saya suka share juga dengan customer.
.
Anda ada masalah dalam penyusuan?
.
Pertama kali nak menyusu?
.
Tak tahu camana nak kurus dengan menyusu?
.
Ibu bekerjaya yang nak menyusu anak sepenuhnya dengan susu ibu tapi tak tahu cara?
.
Jom kita sembang2. Saya guide 😉
0197000938
0197000938
0197000938

#tsunamishaklee
#suplementibu2
#tim6awesome
#greatsid