COD Shaklee sekitar Terengganu: Kisah COD Minggu Ini

Alhamdulillah. Pagi tadi selesai COD kepada customer Nad yang sangat sporting, Firdaus namanya.


Firdaus ni beli Set Resdung Shaklee dengan Nad. Dia tinggal jauh sikitlah dari tempat tempat yang Nad biasa COD. Memang tak pernah sampai lagi kampung dia duduk tu. Hehe.


Kenapa Nad kata dia sporting?


Sebab dia bereh je bila Nad bagitau Nad caj sikit untuk COD memandangkan luar kawasan kan..Tak banyak pun..RM 5 sahaja cajnya. Kalau pos lagi mahal kan? Minyak petrol pun dah naik harga..jadi gitulah kekdahnya kami seller sekarang kena buat.


Kalau nak free COD boleh berjumpa kat Desa Murni Pengadang Baru atau Stesen Minyak Petronas Padang Midin. Kat Masjid Bukit Payong pun boleh. Tiap hari Nad boleh COD kat sini kecuali Sabtu. Sebab Sabtu biasanya Nad keluar COD kat belah Batu Enam, Gong Badak, Wakaf Tengah, Batu Rakit dan sekitarnya. 


Satu lagi dia sudi bersabar dengan tempoh Nad nak order barang, tunggu barang dia sampai untuk Nad COD. Tak lama pun. Dia confirm order dan bank in duit hari Ahad. Nad terus order. Selasa dah dapat barang, tapi Nad pula yang kena ke Besut pada hari Rabu. Khamis pun ada komitmen kerja (Nad ni seorang guru..if readers belum tahu..hihi).


Owh ye..Nad memang ada simpan sikit ready stok, tapi certain item saja la. Kebetulan Alfalfa Complex yang dia nak tu habis dah dalam ready stok Nad. Tak caj pun postage order barang tu kat customer. Sebab memang waktu Nad restock. Kalau order Ahad, kena sabar sikit sebab hari Isnin baru barang jalan dari KL tu. So, sampai biasanya Selasa kalau barang tu tak sangkut sebab masa hantar takde orang kat umah atau Gdex tak buat hal (Kat tracking tulis keluar hantar, tapi kita tunggu dari pagi sampai petang barang tak sampai sampai..sabor je la..huhu) 


Nad dah deal semua tu, bagitau adik Firdaus ni yang Nad tak dapat hantar awal..dia setuju je. Dia juga percayakan Nad, bank in duit siap siap dah..sekali dengan caj COD tu. Alhamdulillah..gembira sangat bila dapat customer yang memahami dan tak mendesak macam ni. Ni pun kira satu rezeki tau. Kawan Nad cakap, rare! Hehe..


Nad pun sebenarnya kalau boleh nak hantar cepat cepat juga. Setiap seller mesti nak bagi servis terbaik kan? Tapi bila dah bertembung dengan tugas hakiki memang tak dapat nak elak. 


Nak main pass je COD kat orang, macam tak puas hati pulak. Sebab biasanya Nad akan consult cara makan tu masa jumpa tu la. Kalau by pos..bila customer cakap barang dah sampai.


Hari Jumaat, pagi pagi lagi dah bersiap..breakfast dulu dengan family. Pastu ajak Ayah Nad teman COD. Ayah pun sporting je ikut. Mak pun nak ikut juga. Haha. So, meriah tadi perjalanan nak COD. Aisyah bila Tok dan Tokki ada sama apa lagi..nak bermanja dengan Tok la dia. Duk berkepit aje dengan Tok. Lupa dah Ummi ni. Haha..



Alang alang tadi COD di Kampung Star Kanan, Ayah ajak lajak ke Kampung Pengkalan Berangan pulak. Tempat lama mereka bertugas mula2 jadi cikgu dulu. Mula mula berkenalan dan bercinta. Ecewahh. Kat situ juga tempat Nad tinggal masa kecik kecik dulu..sampai umur 4 tahun kalau tak silap. Mak Ayah pergi ziarah kawan lama mereka yang sedang uzur sekarang.. Pakcik Yusof.




Apa pengajaran dari COD kali ni?

1 - Online seller kena jujur dan berterus terang supaya customer tahu perkara sebenar dan tak anggap seller menipu. 

2 - Teruskan deal jika dua dua pihak puas hati dan setuju. Kalau tak setuju, bukan rezeki la tu.


Korang nak order Shaklee?

Boleh hubungi Nad, Pengedar Shaklee Terengganu di 019.7000.938

Nombor ID Nad: 962833

COD atau pos ke seluruh Malaysia.




OlderStories Home

1 comment:

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...