Adakah anda pengguna setia Shaklee?


Atau anda rasa produk Shaklee sesuai dengan diri dan keluarga anda?


Atau anda suka membeli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?


Atau anda tercari cari bisnes yang EVERGREEN dan SENTIASA MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI SEPANJANG TAHUN? Penat dah jadi agen produk tapi untung ciput je..?


Ketahuilah..anda sangat sesuai mendaftar jadi ahli Shaklee. 



Cara Daftar Ahli Shaklee


Terdapat 2 cara untuk DAFTAR AHLI SHAKLEE.


1) Yuran pendaftaran sebanyak RM 80 (WM) dan RM 90 (EM) termasuk postage. Dengan membayar yuran tersebut, anda akan memperolehi BUSINESS KIT SHAKLEE yang mengandungi katalog, resit, product guide, sistem bisnes shaklee dan lain – lain.



ATAU

\
\


2) Anda juga boleh mendapat keahlian PERCUMA dengan setiap pembelian sebanyak 200UV (Unit Value). Ini bersamaan dengan pembelian barang RM700++ (harga ahli) dan secara automatic akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA. Malah anda juga akan mendapat CASH BONUS (bernilai RM30++)

Untuk melengkapkan 200 UV tu kalau tak tahu nak ambil barang apa saya boleh consult. Ada banyak set Shaklee tawarkan untuk dapat free membership ni.

Paling senang..anda boleh pilih untuk beli 2 botol Vivix. Memang cukup dah UV tu. 

Sekiranya anda berminat untuk jadi ahli, anda boleh hubungi saya

Nadiah di talian 0197000938



Apa Anda Boleh Buat Setelah Mendaftar Ahli Shaklee?

Ramai yang sangka rugi mendaftar jadi ahli Shaklee jika tak nak buat bisnes Shaklee. Silap tu..silap sangat. Sebenarnya daftar ahli Shaklee sangat menguntungkan.


1) Anda akan dapat User Id No. dan Password untuk login www.shaklee2u.com.my . 

Di website ini anda boleh buat pembelian produk Shaklee kegemaran anda sendiri. Belek belek katalog produk, tengok promo terkini dari Shaklee dan dapat download buletin online Shaklee yang ada banyak sangat info. Contohnya: 7 Days Meal Plan untuk buat detoks.



2) Beli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih jimat.

Ya, kini setelah mendaftar anda tak perlu lagi bersusah payah nak tawar menawar harga la..duk survey survey harga daripada pengedar Shaklee la..sebab memang anda dah dapat beli dengan harga yang lebih murah! Yeay!! Boleh jimat hampir 15% tau!



3) Kutip point atas pembelian produk Shaklee.

Ha..macam kita jadi ahli kad Jusco, Bonuslink ke apa semua tu kan, anda akan dapat kutip mata point. Dalam Shaklee pula mata point tu, jika melebihi 150 uv bagi setiap bulan, anda bakal dapat cash rebate daripada Shaklee. Ye..duitlah. Dan duit tu akan terus dimasukkan ke dalam akaun anda pada bulan berikutnya.



4) Berhak rebut promo istimewa Shaklee setiap bulan.

Ha..Shaklee tiap tiap bulan ada promo tau. Macam sekarang, biasanya promo Purchase WIth Purchase (PWP) la. Yang ni, kalau anda daftar dengan Nad, jangan risau takut terlepas info sebab Nad memang akan update setiap bulan pasal promo yang ada.



5) Boleh mulakan bisnes Shaklee bila bila saja anda mahu!

Bila dah suka guna produk Shaklee, anda mesti suka nak cerita kat orang lain kan? Ye la..biar orang lain turut dapat manfaat macam yang anda dapatlah. Jadi, secara tak langsung nanti mesti ada orang yang nak order Shaklee dari anda. So, tunggu apa lagi..kalau itu berlaku, memang elok sangat anda mulakan bisnes Shaklee!

Tapi jika belum bersedia nak berbisnes tak apa. Jangan bimbang sebab Nad tak akan paksa anda bisnes. Boleh jadi ahli untuk makan sahaja. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekiranya anda berminat untuk jadi ahli, anda boleh hubungi saya

Nadiah di talian 0197000938
Hai semua pembaca setia.. Assalamualaikum. Hari ni Nad nak update senarai harga TERKINI semua produk Shaklee supaya uols semua senang nak plan your shopping nanti. Harga baru ni berkuatkuasa mulai 1 Mei 2017 tau.


Ni harga untuk set set Shaklee.. Ada macam macam jenis set yang pastinya sesuai untuk seisi keluarga tak kira tua atau muda. 



Yang kat bawah ni harga untuk semua vitamin nutrisi Shaklee. So, kalau tak nak beli by set...boleh plan beli secara loose..satu satu. 



Okay..yang ni pulak.. Cinch tu untuk yang nak badan fit, jaga otot.. Pastu Herbal Blend yang famous tu. Skincare Shaklee pun ada..pilih je nak Enfuselle atau NutriWhite.



Untuk penjagaan rambut pula..ni ha, harga untuk set hair care Shaklee..iaitu Prosante. Favourite ramai rakyat Malaysia ni. Terutamanya untuk menangani masalah rambut gugur, rambut kelemumur dan rambut rosak.

Set Get Clean pula ialah produk untuk rumah anda. Ada pencuci, sabun basuh, sabun basuh pinggan, pelembut kain. Juga ada penapis air.



So, korang boleh save senarai harga ni dalam HP..nanti nak shopping senang.

Nak order Shaklee dengan saya? Jom! 

 Anda inginkan penjimatan extra? 

Jom daftar keahlian
 dan anda bakal menikmati penjimatan sebanyak 15% - 25% bagi setiap pembelian. 
 Hubungi saya di talian 019-7000 938 (Nadiah) 

 Nak Kurus? Nak Cantik? 
Nak Sihat? Nak Bersih?
 Nak Yang Selamat? Nak Yang Berkesan? 

SEMESTINYA SHAKLEE! NAK SHAKLEE CARILAH SAYA! 

0197000938 (Nadiah)


Kalau malas nak mesej2..nak beli sendiri aje pun boleh. 
Boleh guna Debit Card atau Credit Card. Klik kat bawah ni..


 Untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin menjadi ahli SHAKLEE, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
 FB: Siti Nadiah Ismail 
 ✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 
➲ FREE COD Area: 
 (WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa.
 (WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam

Alhamdulillah. Pagi tadi selesai COD kepada customer Nad yang sangat sporting, Firdaus namanya.


Firdaus ni beli Set Resdung Shaklee dengan Nad. Dia tinggal jauh sikitlah dari tempat tempat yang Nad biasa COD. Memang tak pernah sampai lagi kampung dia duduk tu. Hehe.


Kenapa Nad kata dia sporting?


Sebab dia bereh je bila Nad bagitau Nad caj sikit untuk COD memandangkan luar kawasan kan..Tak banyak pun..RM 5 sahaja cajnya. Kalau pos lagi mahal kan? Minyak petrol pun dah naik harga..jadi gitulah kekdahnya kami seller sekarang kena buat.


Kalau nak free COD boleh berjumpa kat Desa Murni Pengadang Baru atau Stesen Minyak Petronas Padang Midin. Kat Masjid Bukit Payong pun boleh. Tiap hari Nad boleh COD kat sini kecuali Sabtu. Sebab Sabtu biasanya Nad keluar COD kat belah Batu Enam, Gong Badak, Wakaf Tengah, Batu Rakit dan sekitarnya. 


Satu lagi dia sudi bersabar dengan tempoh Nad nak order barang, tunggu barang dia sampai untuk Nad COD. Tak lama pun. Dia confirm order dan bank in duit hari Ahad. Nad terus order. Selasa dah dapat barang, tapi Nad pula yang kena ke Besut pada hari Rabu. Khamis pun ada komitmen kerja (Nad ni seorang guru..if readers belum tahu..hihi).


Owh ye..Nad memang ada simpan sikit ready stok, tapi certain item saja la. Kebetulan Alfalfa Complex yang dia nak tu habis dah dalam ready stok Nad. Tak caj pun postage order barang tu kat customer. Sebab memang waktu Nad restock. Kalau order Ahad, kena sabar sikit sebab hari Isnin baru barang jalan dari KL tu. So, sampai biasanya Selasa kalau barang tu tak sangkut sebab masa hantar takde orang kat umah atau Gdex tak buat hal (Kat tracking tulis keluar hantar, tapi kita tunggu dari pagi sampai petang barang tak sampai sampai..sabor je la..huhu) 


Nad dah deal semua tu, bagitau adik Firdaus ni yang Nad tak dapat hantar awal..dia setuju je. Dia juga percayakan Nad, bank in duit siap siap dah..sekali dengan caj COD tu. Alhamdulillah..gembira sangat bila dapat customer yang memahami dan tak mendesak macam ni. Ni pun kira satu rezeki tau. Kawan Nad cakap, rare! Hehe..


Nad pun sebenarnya kalau boleh nak hantar cepat cepat juga. Setiap seller mesti nak bagi servis terbaik kan? Tapi bila dah bertembung dengan tugas hakiki memang tak dapat nak elak. 


Nak main pass je COD kat orang, macam tak puas hati pulak. Sebab biasanya Nad akan consult cara makan tu masa jumpa tu la. Kalau by pos..bila customer cakap barang dah sampai.


Hari Jumaat, pagi pagi lagi dah bersiap..breakfast dulu dengan family. Pastu ajak Ayah Nad teman COD. Ayah pun sporting je ikut. Mak pun nak ikut juga. Haha. So, meriah tadi perjalanan nak COD. Aisyah bila Tok dan Tokki ada sama apa lagi..nak bermanja dengan Tok la dia. Duk berkepit aje dengan Tok. Lupa dah Ummi ni. Haha..



Alang alang tadi COD di Kampung Star Kanan, Ayah ajak lajak ke Kampung Pengkalan Berangan pulak. Tempat lama mereka bertugas mula2 jadi cikgu dulu. Mula mula berkenalan dan bercinta. Ecewahh. Kat situ juga tempat Nad tinggal masa kecik kecik dulu..sampai umur 4 tahun kalau tak silap. Mak Ayah pergi ziarah kawan lama mereka yang sedang uzur sekarang.. Pakcik Yusof.




Apa pengajaran dari COD kali ni?

1 - Online seller kena jujur dan berterus terang supaya customer tahu perkara sebenar dan tak anggap seller menipu. 

2 - Teruskan deal jika dua dua pihak puas hati dan setuju. Kalau tak setuju, bukan rezeki la tu.


Korang nak order Shaklee?

Boleh hubungi Nad, Pengedar Shaklee Terengganu di 019.7000.938

Nombor ID Nad: 962833

COD atau pos ke seluruh Malaysia.




Hai uolls.. Assalamualaikum.

Malam malam buta ni tetiba pulak geng geng cikgi cikgi cik kioss duk sembang pasal cheesekut lepas dikongsikan gambar hasil cheesekut oleh seorang kawan kami. Hehe.

Nad pun dengan senang hati nak share jugak la gambar hasil tangan yang Nad buat sebelum ni. Hahaha.. Jeng jeng jeng!



Jangan marah uolls. Kalau marah sila salurkan tenaga marah tu untuk menghasilkan cheesekut yang mudah, tapi mabeles sedap.

Lebih lebih lagi kalau takde mixer kat rumah. Haa..eloklah korang salurkan amarah tu, untuk pukul whipping cream dan cream cheese sampai gebu gebas punya kembang. 😂😂😂

Okay..resepi ni memang sangat mudah. Malas malas pun boleh buat..hahaha. Meh kita tengok summary dulu. Kalau nak pegi shopping korang save je gambar ni. Senang kan?




Okay, bahan bahan yang perlu disediakan.

Bahan bahan:

Adunan cream cheese 
(boleh buat 4 @ 5 bekas macam Nad buat tu. Banyak ni. Sebab sukatan ni Nad buat untuk topping kek birthday Aisyah..Kek cheezy leleh)

250 gram cream cheese 
( Nad guna brand Tatura, seketul tu memang 250gm..senang uols)

250 gram whipping cream
(Ni kakak Nad suruh beli emborg, rasanya mana2 brand pun ok je kot. Tapi adik kami tersalah beli yang 1 litre punya..haihh boleh buat 4 kali le jawabnya. 😅😅)

4-5 sudu susu pekat manis
(sukatan boleh ubah ikut selera tekak masing masing ye..Nad tak suka manis sangat. Hehe.)

Ada orang suka rasa perahan lemon, so boleh perah sikit. Nad tak letak sebab takde lemon kat umah. 

Biskut 
Nad guna biskut Golden Cream Cracker Julies. Tapi ikut kata kawan Nad, nak guna mana2 jenis biskut pun boleh. Guna oreo ke..layankan aje buat eksperimen ikut selera tekak masing masing ye.

Susu full cream atau susu segar
Untuk rendam biskut barang seketika sebelum dilapiskan dengan cream cheese. Bagi jelira orang tganu kata. Haha.

Nestum / milo / chocolate rice
Bagi hiasan dan tambahan rasa kat setiap lapisan. Ikut kreativiti dan selera korang juga ni.

Cara Buat:

Putar cream cheese dan whipping cream dengan kelajuan tinggi hingga kembang gebu.

Masukkan susu pekat manis dan perahan lemon. Putar kejap lagi sampai sebati bercampur. 

Kemudian Nad masukkan dalam plastik jernih buat macam nak pam icing tu sebab nanti senang picit je masa nak layer tu nanti. 



So lepas siap adunan ni..apalagi, kita siapkan bekas untuk mula melapislah.



Nad sengaja lapikkan plastik tu bagi senang nak keluarkan nanti. Kalau yang nak buat dalam bekas kecik2 tu..sesuai untuk terus ngapp..hidangkan untuk majlis majlis kan. Nad ni buat untuk ngapp kat rumah je jadi guna bekas ni je la.

So, first step nak melapis ialah kena celup dulu biskut dalam susu. Pastu susunkan, dan lapiskan dengan adunan cream cheese.



Macam dalam gambar ni, Nad menyesal letak sikit je masa melapis tu. Lepas makan, Nad rasa lagi sedap kalo lapis adunan ni tebal sket..hehe. Sebab bila sejuk nanti ada rasa macam aiskrim gitu. Huihh..sedap. So, kalau korang penggemar cream cheese boleh lapis tebal sket adunan ni tau.

Lepas ratakan adunan cream cheese tu bolehlah nak tabur nestum ke, milo ke, pape yang korang rasa sedap kat tekak. 

Lepas tu ulang ulang layer tu setinggi yang korang nak.

Lapisan 1: biskut yang dicelup susu
Lapisan 2: adunan cream cheese
Lapisan 3: topping pilihan (nestum/ milo tabur/ choc rice
Lapisan 4: ulang semula dari yang pertama.

Macam yang Nad buat ni, Nad buat dalam 5 atau 6 lapisan biskut. 

Lepas siap lapis. Lapisan paling atas tu kasi la hiasan paling gempak. Sori tak gempak mana sebab nak cepat siap je. Hahaha.



Lepas siap macam ni.. boleh sejukkan dalam peti ais. 

Haritu Nad pegi sejukkan kat frozen tu. Abis beku. Nak makan pun tak feel sebab payah nak potong. Hahaha.

Jadi pengajarannya..letak kat sejuk freezer je la. Jangan frozenkan. 

Hasilnya..Taraaa!



Selamat mencuba! Kalau anda guna resepi Nad ni silalah tinggalkan komen kat bawah ye. 

Lepas makan ni jangan lupa telan Omega/ Lecithin ye..hehe.

Nad jual Shaklee
ID: 962833
Hp: 019.7000.938
COD Area: Kuala Terengganu, Pengadang Baru, Padang Midin, Gong Badak, Wakaf Tengah.
OlderStories Home