Cabaran Hari ke-2 | Percutian Idaman Saya

Bila dapat je tajuk ni terus teringat balik impian percutian kami suami isteri..dulu masa baru2 kahwin berangan sangat nak pergi tempat ni. Encik suami memang suka bawa saya berjalan2 tapi sejak ada Aisyah dan si dia bertukar kerja macam terlupa kejap pasal impian kami tu..

KEMBARA BERKERETA MERENTASI NEGARA2 EROPAH

Ya, itulah percutian yang saya teringin sangat. Macam best pulak kalau dapat memandu sendiri merentasi banyak negara tu.. Setakat ni kalau di luar negara saya cuma pernah memandu di Brunei sahaja. Negara lain yang pernah saya lawati memang pakai tourist guide je la.

Bagi saya trip yang memerlukan saya memandu sendiri membolehkan saya menikmati pemandangan yang indah dengan cara tersendiri. Kalau naik bas dengan tour guide tak mungkin kita akan melalui tempat2 yang lebih terpencil kan? Sebab bas besar...jalan2 kecil tak dapat masuk. Bila berkereta kita nak berhenti bila2 pun suka hati la..hehe. Jika tiba di tempat2 indah kita boleh berhenti bergambar seketika. Berjalan pula dengan membawa anak2 kecil, rasanya memang saya perlukan trip yang lebih flexible seperti ini.

Ada satu pakej untuk guided self drive trip ini yang saya jumpa di Internet iaitu melalui 7 negara berikut: 
1) Turki
2) Bosnia
3) Croatia
4) Slovenia
5) Austria
6) Slovakia
7) Hungary


Hmm..saya dah dapat bayangkan keindahan tempat2 yang mempunyai 4 musim ini..apatah lagi jika pergi ketika musim bunga..(dah start termimpi2 dah ni). Pasti Aisyah juga akan melompat gembira. Dengan kemudahan memasak sendiri boleh la juga rasa thrill memasak sambil kembara. Macam adventure je kan?

Hasil google saya menjumpai gambar2 di bawah. Subhanallah...cantiknya!
  Sumber (info dan gambar) 









Paling best lagi kalau kita bawak supplement shaklee juga..try test sendiri..buat pengembaraan yang dikuasakan oleh shaklee. Oh yeah! Ya Allah..kabulkan target saya ini menjelang 2018!

Anda juga merancang percutian idaman?? Jangan lupa bekalkan supplement shaklee juga untuk percutian anda nanti k! Hidup sihat dengan Shaklee ;)

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

✍ PM: Siti Nadiah Ismail (962833)


✉ Email: sniar11@gmail.com

✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938

➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam

NewerStories OlderStories Home

2 comments:

  1. errrrrrr. jelajah europe 7 country ..bawa keter sendiri...errrrrr..mau sesat kemana mana nie..hhehehehe.. kalau cuti lama seronoklah drive sendiri . tapi hebatlah kalau boleh drive sendiri round 1 europe..memang salute

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak mustahil ni..dah ramai yang buat. cuma perlu cash dan masa yang extra vaganza..kalo tak memang tak sempat menikmati..

      Delete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...