Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang tubuh kita perlukan tapi ia tak mampu dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Maka, vitamin C boleh didapati melalui pemakanan. Larut air pula bermaksud Vitamin C akan hilang dari tubuh melalui air kencing, najis. Maka, kita perlukan Vitamin C setiap hari sebab nak gantikan balik Vitamin C yang dah hilang tadi.
Kita tak macam haiwan, ada yang boleh menghasilkan vitamin C sehingga 18 000mg (18g) untuk memenuhi keperluan dirinya..contohnya Arnab.
MANFAAT VITAMIN C...PENTING SANGAT KE?
Ya, Vitamin C sangat penting! Mari baca untuk ketahui manfaatnya kepada kesihatan tubuh anda!
Yang Ramai Dah Tahu..
Manfaat #1 : Vitamin C VS Selsema
Yang paling kerap kita dengar Vitamin C ni bagus untuk melegakan selsema dengan cepat. Benarkah fakta ni pada semua individu? Ada juga yang mendakwa dengan supplement Vitamin C boleh mengurangkan risiko mendapat selsema. Betul tak?
Tapi sebenarnya fakta tu kurang tepat sebab bukti bukti yang didapati melalui kajian kajian saintifik adalah lemah. Yang terbukti adalah individu individu yang konsisten mengamalkan Vitamin C akan lebih cepat sembuh jika terkena selsema (menyingkatkan tempoh selsema) atau hanya dijangkiti selsema dengan simptom yang lebih ringan (mengurangkan simptom flu dan selsema).
Orang bijak bertindak sebelum terkena! Bukan dah kena baru nak makan Vit C tau! |
Manfaat #2 : Peningkatan Sistem Imun
Vitamin C dapat meningkatkan sistem imuniti badan sebab ia membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Selain itu ketahanan badan terhadap alergi hidung dan kulit juga meningkat.
Vitamin C boleh membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
Manfaat #3 : Mencantikkan Kulit
Manfaat #4 : Membentuk Kolagen
Haa..mai sini cheq nak habaq..Vitamin C ni diperlukan untuk menghasilkan kolagen tau. Kolagen tu sejenis protein yang mempunyai fungsi tersangat penting dalam struktur tubuh kita. Ia sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
Jadi kenalah pastikan keperluan Vitamin C harian anda dipenuhi tau...barulah dapat tegangkan balik kedut2 dan menghalang otot menjadi lembik. Jadi anjal gittuuu...hehe. Nak tak?
Yang Ramai Mungkin Kurang Tahu...
Manfaat #5 : Antioksidan Memerangi Kanser
T Cell VS Free Radicals |
Sesiapa yang ada masalah gusi selalu berdarah, lebam lebam dikulit, bila cedera/luka lambat pulih, kulit kering/kasar serta ruam tu semuanya tanda tanda anda kekurangan Vitamin C sebenarnya. Yang lebih teruk lagi penyakit skurvi.
InsyaAllah, jika anda konsisten mengambil Vitamin C pasti masalah di atas beransur ansur hilang.
Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan serotonin iaitu sejenis hormon yang mempengaruhi mood, kitaran tidur dan keresahan.
Menurut Whfoods, pengambilan Vitamin C tidaklah serta merta akan menghilangkan masalah masalah tadi (insomnia, stress dan keresahan), tetapi ia baik untuk kesejahteraan hidup jangka panjang.
Suka ke insomnia dan asyik resah gelisah ni? Huhuhu..tak mau..tak mau.. Silap haribulan prestasi pun menurun.
Haa..apa tunggu lagi? Lagi cepat anda dapatkan Vitamin C anda lagi cepat anda dapat merasai manfaatnya.. Takkan tak nak tengok je orang lain sihat, kulit cantik menawan.
vitamin C memang best
ReplyDeletejom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!
Yer..banyak sebenarnya manfaat vitamin c ni..
ReplyDeletesuka bab kulit la..