Resepi Carbonara, Mudah dan Kos Murah. Makan Dengan Pasta Yang Anda Suka!

Hai semua..
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hari ni saya nak kongsikan sebuah resepi hasil bersilat kat dapur pagi tadi..iaitu..Spirals Carbonara.
Pagi tadi saya makan dengan pasta jenis spirals tapi sos carbonara ni anda boleh try dengan mana2 jenis pasta jugak sebenarnya..fetucini, spageti, angel hair dll.


Resepi ni sebenarnya diinspirasikan daripada buku Senangnya Memasak  Makanan Barat, Puding & Desert oleh Chef Hanieliza..tapi saya dah ubah ikut bahan2 yg available kat rumah dan juga selera saya! Hehe

FETUCINI CARBONARA (resepi asal oleh Chef Hanieliza)
Bahan2:
Pasta:
300 gram fetucini (direbus hingga lembut) ---- saya guna dua mangkuk pasta spirals..
didihkan air, masukkan dua sudu besar minyak zaitun, sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente

Sos Carbonara:
Bahan2:
2 sudu makan minyak jagung ---- saya guna minyak masak je, tapi extra sket..dlm 4 sudu besar
10 batang sosej ----- saya guna 5 batang sahaja, potong kecik2, dan goreng terlebih dahulu dgn minyak utk menumis tu.
1 cawan susu segar ---- saya guna 1 tin susu cair (evaporated milk) sbb takde susu segar
10 biji cendawan butang ---- ikut selera anda (dipotong nipis)
1 biji capsicum hijau & merah (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji capsicum hijau shj sbb tu je available td
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang) ---- saya guna 3 ulas..hehe
2 biji tomato (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji je
1 sudu makan serbuk lada hitam ---- saya tak guna sebab ayah allergik lada hitam
125 gram keju cheddar, 100 gram keju parmesan, 1 sudu makan serbuk oregano ---- semua ni saya tak guna, saya gantikan dengan 1 tin sos prego tin warna kuning (cheese and herbs)...tetap rasa keju dan oreganonya..dan jimat kos! Hehe..
Garam secukup rasa
Dan..
Saya tambah air 2 gelas sbb saya lebih sukakan tekstur yang sedikit cair (watery) ala2 mushroom soup gitu.

Cara Masak Carbonara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga bangkit bau. (Jangan tunggu layu sangat, cukup sekadar naik bau je).

2) Masukkan cendawan butang, tomato dan capsicum. Kacau rata.

3) Agak2 yang tiga tu (cendawan, tomato, capsicum) cam dah masak sket..Kemudian baru masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu tu dan juga sos pasta prego (cheese and herbs). Kacau rata lagi.

4) Masukkan air, dan susu cair. Kacau rata lagi sekali.

5) Kemudian tambah garam secukup rasa. Sos pasta tu dah masin..so tak perlu tambah garam banyak2..sila rasa dulu sebelum tambah garam. Jika dah sesuai dgn selera, tak perlu tambah garam.

6) Tuang sos atas pasta anda..hias dengan daun parsli/keju parmesan parut jika ada dan pasta carbonara anda siap untuk dihidangkan! (saya tak guna pun daun parsli/keju...sebab semua takde tadi..kalau anda peminat keju boleh add on)

Senang sangat nak buat ni..saya siapkan pagi tadi tak sampai 30 minit (dengan tahap diriku yang amatur ini)

Selamat mencuba! 

Kalau dah cuba jangan segan2 tinggalkan komen tau!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau nak jadi ahli Shaklee, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ FB: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat
✉ Email: sniar11@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938
➲ COD Area: 
(WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
(WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam






NewerStories OlderStories Home

6 comments:

  1. Senang sangat bahan2 dia...boleh buat pasni. sedap nmpk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat senang dan sedap...jangan lupa cuba k..

      Delete
  2. Mudah je rupanya nak buat eh. Bolehla cuba ikut resepi ni lepas ni :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini...blog saya https://cararesepi.blogspot.my

    ReplyDelete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...