Hai.. Assalamualaikum.
Pernah tak anda tertanya-tanya atau terlintas dihati persoalan-persoalan begini... "Shaklee ni ada vitamin je ke?", "Orang kata Shaklee ni selamat dan berkesan, tapi saya tak suka telan-telan..takde ke produk untuk cantik2 yang tak perlu telan/minum?"
Eh..eh..eh..mestilah ada!
Haa...jangan tak tau ye Shaklee juga ada Rangkaian Produk Penjagaan Wajah. Salah satu daripadanya ialah Set Nutriwhite, yang sesuai untuk kulit yang tidak bermasalah. Set Nutriwhite ini juga sesuai digunakan wanita mahupun lelaki seawal usia remaja! Anda mesti teringin nak cuba kan?
Set Nutriwhite mengandungi
7 item. Haa..meh kita tinjau-tinjau dulu apa item yang terkandung dalam set ini.
1) Gentle Action Make Up Remover
Bagi anda yang gemar bersolek, mesti guna make up remover kan? Saya pun
dulu memiliki make up remover tapi kebanyakan jenama make remover tu
mesti berminyak. Memang rimas masa pakai tu sementara tunggu nak bilas
dengan air. Ishh..tak suka..tak suka..
Haa..jangan risau. Gentle Action Make Up Remover Shaklee ni tak berminyak tau. Rumusannya ringan dan berserta pula aroma yang menyegarkan. Ia juga mengandungi Aloe untuk menyegarkan dan menegangkan kulit anda. Wah, anda pasti jatuh cinta seawal penggunaan kali pertama!
|
Kod Produk:14580 (150ml) | | |
Lagi saya nak bagitau, anda yang tak make up pun digalakkan guna sebab ia juga dapat berfungsi sebagai exfoliater (gosok-gosok boleh tanggalkan daki!). Eh..bestnya kan? Nak tau sebab ape? Sebab..Tunas Pokok Bic yang terkandung dalam make up remover ni la yang bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit anda.
Selain itu, Gentle Action Make Up Remover Shaklee ni juga dapat membantu melicinkan dan melembutkan kulit anda. Soo..confirm lepas tu anda tambah berseri-seri gitteww. Hmmm..best ke best?
2) Gentle Deep Foaming Cleanser
Item kedua pula ialah Gentle Deep Foaming Cleanser a.k.a Pencuci Muka. Lepas dah tanggalkan make up/ daki..kita kasi cuci bersih-bersih la pulakk. Antara kandungan cleanser yang glemer lagi terlajak laris ni ialah rumpai laut, alga hijau dan strawberi begonia.
|
Kod Produk:14581 (150ml) | |
Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran, dan secara lembut mengelupaskan sel-sel mati (jangan risau, wajah anda tidak akan ada kesan kulit mengelupas) serta dapat menegangkan kulit.
Alga hijau pula membantu membekalkan lembapan kepada kulit dan berupaya membersih hingga jauhhh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin. Sementara strawberi begonia pula berfungsi membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit. Aduhh..mesti kulit anda terasa moist je lepas pakai. Nak tak?
Semua kebaikan ini dapat dimiliki walaupun dengan hanya penggunaan dalam kuantiti yang kecil (sebesar biji kacang soya sahaja). Hasilnya...pastilah anda mendapat wajah segar yang lembut dan bersih! Walaupun anda belum mandi pagi...(eh?) Hahaha..
Satu tiub Gentle Deep Foaming Cleanser mampu bertahan sehingga lebih 9 bulan hingga setahun (hasil pemerhatian daripada pengalaman saya sendiri!) So, memang jimat dan berbaloi!
3) Soothing Radiance Whitening Softener
Item ke-3 ini (Soothing Radiance Whitening Softener) pula bertindak sebagai Toner. Berfungsi untuk melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit anda.
|
Kod Produk:14582 (150ml) |
Kandungan ekstrak rosemary membuatkan kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary. Kudzu pula menegangkan dan mencerahkan kulit. Marshmallow membekalkan lembapan penting.
Rumusan oleh Shaklee ini sememangnya sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit. Lepas pakai takkan terasa itchy (gatal-gatal) tau. Sesuai untuk penggunaan siang dan malam.
Toner ini memang bersifat lembut pada kulit wajah anda. Tidak menyebabkan kulit muka anda merengsa malah kulit terasa lebih anjal. Sebotol Soothing Radiance Whitening Softener ini mampu bertahan sehingga setahun! Jimat betul!
4) Daily Defense Whitening Essence
Daily Defense Whitening Essence dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli berikut agar kulit anda terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:
- Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
- Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
- Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
- Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
- Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
|
Kod Produk:14583 (30ml) |
Selain itu, tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit ini akan membuatkan anda terasa seperti tidak memakai apa-apa pada kulit wajah. Terasa sungguh natural!
Ia juga tidak perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak kerana formulasinya yang tidak melekit membuatkan ia senang diratakan ke seluruh wajah. Jadi ia jimat! Sesuai untuk pemakaian siang dan malam.
5) Ultimate Protection Whitening Lotion
Yang ni pula ialah Ultimate Protection Whitening Lotion. Antara item asas yang wajib anda miliki jika anda menginginkan kulit yang sihat dan cantik. Ia bertindak sebagai pelembap wajah.
|
Kod Produk:14584 (50ml)
|
Rumusannya ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti
Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran
matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan keradangan kulit dan
mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.
Ia juga sesuai untuk penggunaan siang dan malam. Mudah diratakan ke seluruh wajah dan sangat mudah menyerap ke liang roma kulit.
6) Spot Whitening Treatment
Seterusnya ialah Spot Whitening Treatment. Seperti namanya, produk ini diformulasi untuk membantu mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit anda tampak lebih menawan.
|
Kod Produk:14586 (10ml) |
Item ini mengandungi botani Cats Claw yang berfungsi menegangkan kulit. Walaupun rumusannya sedikit pekat berbanding item lain, namun ianya tidak menyebabkan kulit anda terasa terlebih tegang seperti mana pengalaman anda memakai produk jenama lain. Anda akan rasa just nice, ringan dan nipis sahaja.
Selain dari itu, kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan. Spot Whitening Treatment juga mengandungi Vitamin C aktif bagi memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit.
Item ini sesuai untuk penggunaan siang dan malam.
7) Overnight Renewal Whitening Cream
Item terakhir ini adalah antara hot item dalam set Nutriwhite iaitu Overnight Renewal Whitening Cream a.k.a Krim Malam.
|
Kod Produk:14585 (48g)
|
Apabila anda memakai krim ini, ia bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit. Ye la, dah seharian kulit anda terdedah di luar rumah..bermacam-macam pencemaran kat luar tu sekarang. Jerebu lagi.. Sebab itulah anda memang perlukan krim malam ni.
Antara kandungan aktifnya:
- Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
- Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
Pendek kata, kalau anda tak mahu kulit anda terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya, JANGAN pakai krim malam ini! Hehe..
|
7 Langkah Mudah Untuk Kulit Lebih Cerah dan Berseri...dari SHAKLEE! |
Klik SINI untuk baca testimoni penggunaan Set Nutriwhite!
Pembelian 1 Set Lengkap Nutriwhite yang mengandungi 7 item seperti di atas akan melayakkan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA!
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat
✉ Email: sniar11@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938
➲
COD Area:
(WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong,
Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran.
(WEEKENDS): Gong
Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam
Terliur nk pakai 1 set..kene kumpul bajet dlu..huhu..try satu2 pun xpe jgk
ReplyDeleteHa..jgn tggu lama2..jom kumpul bajet..rugi tak cuba ni..
DeleteMana tak terliur, barang baik nih!
ReplyDeleteTakpe..try beli satu2 pun boleh...macam saya! Hehe..
Betul betul betul!
DeleteMemang tergoda tengok gambar2 kat sini..aih..tergugat nak beli jugak!
ReplyDelete