Inspirasi Hidup daripada filem Shawshank Redemption

Sape penah tengok citer Shawshank Redemption? Boleh la try tengok kalau rasa nak cari motivasi cara santai ni.
Satu quotes glemer watak utama citer tu..
"Remember Red, hope is a good thing, maybe the best of things, and good thing never dies"
-Andy Dufresne-
Cerita ni pasal seorang lelaki, Andy, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di Shawshank State Prison atas kesalahan membunuh 2 jiwa iaitu wife dia dan skandal wife dia tu.
Tapi..Andy ni tetap pertahankan bahawa dia tak bersalah..tak bunuh pun dua orang tu.
Biasalah kata Red (best friend Andy dalam penjara)..semua yang masuk penjara kata diri tak bersalah. Kau tak kena hukuman mati pun dah kira baik.
Life dalam penjara memang teruk. Semua orang dah tak berharap lagi dah. Bagi diorang memang mati mereput dalam penjara tu je la akhirnya.
Bagi Andy visi misi hidup dia berbeza. Dia berani ada impian nak keluar dari penjara tu..nak hidup bebas kat luar sana padahal dah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup ni. Andy siap imagine satu tempat tu..lupa dah nama tempat impian Andy tu.
Karisma Andy sebagai seorang bekas banker terserlah kat satu babak atas bumbung..Nyaris nyaris dia nak mati kena campak dari bumbung sebab buat warden penjara marah.
Tapi last last dia berjaya buat kawan2 banduan dia dapat merasa beer..Banduan beb..dapat bersantai dengan beer atas bumbung tu pun dah rasa macam free man.
Andy bijak grab peluang yang terlintas. Dia gunakan ilmu dia as banker..jadi penasihat kewangan pulak kat warden dan pengawal penjara. Time tu dia amek peluang kaw kaw.
Andy ni bukan pentingkan diri. Dengan kebijaksanaan dan pengaruh dia..sebab dah tawan hati warden penjara dengan khidmat free dia kan...dia cuba ubah hidup dalam perkara tu jugak.
Dia buat banduan banduan lain mulai rasa harapan baru. Siap bina library tu dalam penjara. Banduan boleh pinjam buku macam macam. Hebat giler penangan pengaruh Andy. Ada banduan siap sambung belajar dari dalam penjara..nak amek exam semua.
Pendekkan cerita...korang rasa dapat tak Andy keluar penjara?
Mestilah dapat..tu la part paling best dalam citer ni. Memang bijak arr ending dia. Korang akan rasa wow sangat!
Tak penah ada banduan terlintas nak buat apa yang Andy buat. Andy plan dan usahakan hari kebebasan dia tu selama 20 tahun tau. Semua orang rasa mustahil. Tapi Andy berjaya.
Sebab apa?
Sebab harapan dalam diri Andy yang tak pernah padam tu la jadi kekuatannya. Lagipun Andy tau dia tak bersalah tapi dikambing hitamkan oleh orang lain. Orang takkan percaya dah dia tak bersalah so dia usaha la cara lain.
Life must go on walaupun sedasyat mana pun dugaan yang menimpa. Harapan adalah milik kita. Berani bermimpi dan mulakan langkah..usaha usaha usaha!
Movie ni bagi Nad ada mesej yang sangat kuat. Banyak pengajaran yang kita boleh teladani.
Bagaimana impian boleh jadikan kita manusia yang kuat jiwanya.
Kekuatan jiwa ni boleh buat diri ni hebat tau. Takkan mati walaupun dicampak ke tempat paling teruk macam dalam penjara Shawshank tu. Orang kaunseling kata intrinsic motivation lah.
Macam kita nak buat bisnes ni. Kalau tak kuat..memang ke laut. Pastu bisnes bukan sebab saja ikut mengikut. Dalam diri sendiri tu kena ada matlamat apa ko berbisnes ni. Pastu jangan cepat mengalah. Sikit sikit takpe..tapi kena ada improvement.
Dalam berusaha, kena peka dengan peluang yang datang. Kau nampak je peluang terus sambar. Pastu kena kreatif dan inovatif dalam usaha ni. Barulah kejayaan tu akan menyapa..
Sape belum pernah tengok movie ni boleh la try tengok. Serius best!
"Get busy livin' , or get busy dying"
"Fear can hold you prisoner, hope can set you free".
#tsunamishaklee #liveamazing #tim6awesome #greatsid #itstartswithyou
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...