Anak Sihat Anugerah Terindah

Hari ni kebetulan Terengganu cuti am. Alhamdulillah..sempatlah spent masa dengan anak-anak. Hari-hari bekerja kadang-kadang dah sibuk sangat..sampai anak anak pun terabai. Dah la jumpa Ummi kejap je..malam malam je la sempat jumpa Ummi lama sikit. Kalau Ummi ada kelas tambahan, dalam sehari tu kejap sangat je la dapat bermanja.



Aktiviti kami cuti baru baru ni ialah ziarah rumah kakak kat Kuantan. Anak anak memang suka sangat kalau dapat ke sana. Apa taknya..boleh jumpa sepupu sepapat dia.. Lutfi, Kak Maira dan Dina la. Dalam main main tu..sesekali gaduh gaduh manja. Haha..layankan je. Bior le kan. Budak budak memang gitu pun. Kejap baik..kejap gaduh. Berebut mainan pun gaduh..Haish..

Mak mak budak pun seronok juga. Dapat sembang sembang shaklee la..apa lagi kan..hihi. Tak sama tau sembang depan depan dengan sembang dalam group whatsapp je. Sembang dalam group Whatsapp tak puas. Bila time berdepan ni lagi best nak minta kakak yang juga upline Nad tu untuk sharing lebihhhh lagi pasal strategi dan isu isu dalam biz Shaklee ni. (Padahal gosip terkini tu yang penting..hihi)

Kerana Anak Semuanya Sanggup


Kenapa Nad berbisnes shaklee ni pun sebenarnya kerana anak anak juga. Memikirkan kerja sekarang, walaupun sebagai guru..masa dengan anak anak memang terhad. Nad mula belajar nak bisnes Shaklee ni lepas kelahiran Aisyah. Tapi..serius tu rasanya masa Ammar lahir la. Masa tu baru ada semula keinginan dan kekuatan. 

Rasanya masa tu dah cukup satu per satu Allah tunjukkan..memang Nad perlu usahakan biz shaklee ni betul-betul. Lepas tu..bila mana keyakinan terhadap produk shaklee lebih kukuh dengan adanya pengetahuan tentang landmark study. Mulai rasa keseronokannya..mulai konsisten menerima bonus bulanan shaklee walaupun hanya bermula dengan dua angka sahaja permulaannya. Hahaha..

Antara keyakinan Nad dengan produk shaklee ni adalah bila mana kesannya pada Aisyah sendiri. Nad mula konsisten bagi Aisyah makan Nutriferon dan Vitalea For Child tu. Sebelum ni Aisyah macam ada healing crisi juga masa baru baru makan NF tu. Bila makan je, mesti timbul biji biji merah kat kepalanya. Macam ruam jugalah. Tapi lama kelamaan ruam tu hilang dan Aisyah sendiri payah nak jatuh sakit macam demam, batuk, selsema. Walaupun orang sekitar Aisyah macam Nad sendiri sedang batuk selsema.




Sekarang ni Aisyah pantang betul kalau nampak vitamin kegemarannya ni. Mesti minta nak lebih..Haha.. terpaksalah Ummi sorokkan takut overdose pulak karang. (Bajet weh..bajet..hehehe). Dulu Aisyah ni selalu demam. tau. Sekarang..hmm...terlebih sihat pulak dia. Makan pun selera banget.



Alhamdulillah..pada usia Aisyah tiga tahun ni..kesihatan Aisyah makin bagus..malah makin bijak juga. Dah pandai bilang 1 hingga 10..in English dan Bahasa Melayu. Yang tak tahannya..sekarang asyik nak speaking omputih aje dia ni. Ishh..ni belum lagi Ummi bagi OmegaGuard. Kalau bagi Omega ada cakap Arab pulak karang. Hahaha..



Untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin menjadi ahli SHAKLEE, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
 ✍ FB: Siti Nadiah Ismail 
Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-7000938 
➲ COD Area: (WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. (WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam
NewerStories OlderStories Home

2 comments:

  1. Untung la siapa jadi anak u. Salam kenal awak. Meh ler ke blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Kalau tak kisah, masukkan blog saya sekali dalam bloglist awak. Tq ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..salam kenal. Terima kasih sudi blogwalking ke blog saya. Blog awak pun menarik.

      Delete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...