Ingat tak Nik Madihah pelajar terbaik SPM 2008 dulu tu yang mendapat 20 A, iaitu 19 A1 dan satu A2. Bukan tu aje, dalam Peperiksaan Sijil Menengah Ugama pun Nik Madihah dapat 10 A1 juga. Kerana kecemerlangan beliau dalam SPM, dan SMU, nasib keluarga beliau pun turut berubah. Daripada rumah usang, dihadiahkan sebuah rumah yang lebih selesa. Ditawarkan biasiswa dan sebagainya. Wah..bagai durian runtuh bagi keluarga beliau...berkat si anak yang bijaksana ni.
Anak bijak sering dikaitkan dengan faktor genetik. Namun, ada juga kita jumpa pasangan suami isteri bijak yang mempunyai anak tak sebijak mereka berdua. Betul ke faktor genetik je penting? Atau cara mendidik selepas anak tu lahir yang jadikan anak tu bijak? Apa amalan untuk ibu hamil lahirkan anak bijak sejak dalam kandungan?
Nad tercari-cari..dan hasilnya Nad kongsikan dengan pembaca semua dalam entri ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"What you do while you're pregnant can have as much impact on your child's brain development and future intelligence as what you do after you give birth,"
"Apa yang anda buat ketika hamil boleh beri impak besar kepada perkembangan otak dan tahap kebijaksanaan anak anda sama seperti apa yang anda lakukan setelah melahirkannya."-Diane Ashton, M.D., M.P.H., deputy medical director of the March of Dimes-
Maksudnya..ibu ibu yang nak anak bijak pintar tu kena mula awal tau..tak semestinya genetik je penting. Rangsangan yang ibu beri kepada bayi yang dikandung juga sama pentingnya dengan didikan selepas anak itu lahir
Apa yang ibu boleh buat ketika mengandung bagi merangsang perkembangan otak si manja? Ada beberapa perkara penting..
1) Kerap Bercakap dan Bercerita Dengan Bayi Sejak Dalam Kandungan
Yang nombor satu ni Nad rasa mesti ramai ibu memang suka sangat buat kan? Terutamanya masa mengandung anak sulung tu. Untunglah yang sulung ye..hehe. Bagus tu ibu ibu. Kena teruskan juga setiap kali mengandung ye walaupun mungkin ada sesetengah ibu yang rasa macam kelakar jek nak cakap dengan perut sendiri. Nad ler tu.. Hahaha..
Menurut Pengerusi Child Mind Institute, New York iaitu Harold Koplewicz, perbuatan kita bercakap cakap dengan bayi sejak dalam kandungan tu memang boleh eratkan lagi hubungan antara anak dan ibu. Kata orang tua..bagi baby kita kenal suara kita ni ha..ye tak?
Terbukti juga melalui kajian yang dijalankan, bayi beri respons positif ketika diperdengarkan kembali dengan cerita yang selalu didengari ketika dalam kandungan.
2) Amalkan Membaca Quran/ Mendengar Muzik Klasikal
Bagi ibu beragama Islam, kita memang digalakkan lebih kerap membaca Quran ketika mengandung. Lagi best jika berjaya khatam baca 30 juzuk Quran tu sepanjang mengandung. Mengaji bukan sahaja bagus untuk bayi..malah juga bagus untuk menenangkan emosi ibu. Mungkin tu juga faktor anak yang dilahirkan jadi bijak.
Jika ibu kurang mahir mengaji boleh cuba ambil inisiatif untuk pergi belajar. Sekurang kurangnya nanti dapat ajarkan kepada anak pula bila dia besar nanti. Atau..sekurang kurangnya, setiap hari cuba perdengarkan rakaman bacaan surah surah pilihan seperti Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman dan lain lain.
Bagi yang bukan beragama Islam, boleh perdengarkan muzik klasikal yang tenang tu. Elakkan muzik serabut yang bising ye. Kalau bingit dan serabut pada ibu, tentu lebih bingit lagi yang baby dengar.
3) Kerapkan Buat Latihan Matematik
Menjawab soalan-soalan Matematik ni memang satu amalan di kalangan orang Yahudi. Tak salah meniru benda baik ini sebab kita nak dapatkan manfaat tu. Soalan yang macam mana nak dijawab tu? Bolehlah cuba mulakan dengan soalan soalan mudah dan tingkatkan aras kesukarannya hari demi hari. Beli je buku latihan yang berkenan kat kedai buku tu ha..hehe. Nak mencabar lagi, boleh jawab soalan Add Math atau Matematik Level Universiti.. Adeh! hihi
Selain tu, ibu ibu juga boleh cuba jawab puzzle Sudoku. Haa..mungkin akan rasa sedikit sukar pada mulanya. Tapi lama kelamaan akan enjoy pula jadinya nanti. Bila dah mahir trick sudoku, lagi mudah nak selesaikan puzzle tu. Nad pun suka juga jawab Sudoku ni. Moga moga anak anak Nad nanti bijak bijak genius belaka.. aminnn..
4) Bersenam
Senaman ringan memang digalakkan kepada ibu ibu yang sedang hamil kerana dapat menjaga stamina ibu untuk menghadapi detik detik kelahiran nanti. Berita lagi gembira kepada ibu yang rajin bersenam..ia juga dapat menguatkan fungsi otak bayi anda tau.
Menurut satu kajian dalam Journal of the American College of Sports Medicine, anak yang berusia 5 tahun kepada ibu ibu yang bersenam ketika mengandung dapat score markah lebih tinggi dalam ujian skill dan kepandaian bahasa berbanding anak ibu ibu yang tidak mengamalkan rutin itu.
Kenapa ye?
Sebab..masa ibu ibu bersenam tu, ada satu hormon yang namanya hormon cortisol turut dirembeskan. Yang bagusnya tu, hormon ni menyokong pertumbuhan dan perkembangan otak bayi anda tu...major organs baby pun turut sama dapat faedah dari hormon ni.
Berapa kerap nak bersenam?
Pakar menyarankan bersenamlah 30 minit senaman berskala sederhana untuk wanita mengandung beberapa kali seminggu ataupun setiap hari.
5) Penuhi Keperluan Nutrisi Ibu
Keperluan nutrisi ibu mengandung boleh dipenuhi dengan dua cara iaitu melalui makanan yang berkhasiat, dan juga dengan mengambil makanan tambahan (supplemen).
Untuk makanan yang dimakan hari hari, disarankan ibu ibu kena lebihkan makan buah buahan dan sayur sayuran, sehingga lima ke enam hidangan sehari. Juga mesti pilih yang dari sumber organiklah yang terbaik.
Ibu hamil juga sangat penting ambil protein secukupnya sebab protein diperlukan untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Ikan adalah antara sumber protein terbaik. Ikan adalah sumber omega 3 yang membekalkan DHA dan EPA yang membantu perkembangan otak bayi anda. DHA penting untuk menghasilkan neuron otak, iaitu saraf otak yang menghantar isyarat impuls elektrik bagi membawa mesej penting dari otak ke seluruh badan.
Zat besi pun penting juga. Sebab bila sel darah merah banyak dan sihat, oksigen dapat dihantar secukupnya ke otak. Daging merah adalah salah satu sumber zat besi selain kekacang, bayam, tofu dan cereals yang ditambah zat besi.
Bagi ibu yang ada masalah makan ketika hamil sebab alahan teruk, cuba tambahkan buah buahan kering dalam oatmeal atau salad ye. Boleh juga cuba potong dadu atau purikan sayur sayuran dan tambahkan dalam sup atau kuah masakan. Susu jangan lupa minum..jus oren pun bagus juga.
6) Jauhi Penggunaan Bahan Pestisid Ketika Hamil
Saintis Columbia University telah membuat kajian ke atas sekumpulan kanak-kanak berusia 7 tahun dan ibu mereka, dan mendapati bahawa terdapat hubungan secara langsung antara pendedahan ibu hamil kepada pestisid yang biasa digunakan dalam pertanian dengan tahap IQ yang rendah di kalangan anak mereka!
Hmm..bab pestisid ni, kita yang tak terlibat dengan pertanian pun hari-hari ada ancaman terdedah dengan bahan ni melalui sayur dan buah yang kita makan hari-hari. Ishh..bimbang juga tu. Sebagai alternatif boleh pilih sayuran organik atau gunakan pencuci organik yang mampu membersihkan kesan pestisid dari bahan makanan kita..macam Dato' ALiff Syukri Terlajak Laris guna tu la..
Sumber: Sini
7) Jaga Emosi Ibu Sepanjang Kehamilan
Haa..yang ni kena pesan pesan juga kepada encik suami tu ye. Jagalah emosi ibu yang sedang hamil. Emosi ibu yang positif akan beri kesan positif juga kepada perkembangan otak bayi.Ibu kena selalu sentuh dan belai perut supaya bayi yang dikandung dapat merasakan mesej ketenangan yang ibu sedang rasakan. Seawal 20 minggu..bayi sudah dapat merasa kehangatan belaian ibu dari luar. Malah ada kajian mengatakan bayi dalam perut tu juga mampu bezakan sentuhan ibu ataupun bapanya! Subhanallah!
Gunakan minyak yang berbau lembut dan tenang. Waktu ni la boleh bermanja lebih dengan encik suami kan? Apa kata sekali sekala minta pertolongan suami untuk urutkan perut dan badan ibu.
Emosi ibu yang tenang juga membantu bayi lebih lama dalam kandungan. Dikatakan bahawa, pada usia 35 minggu, volume otak bayi hanya dua pertiga daripada ketika 39 atau 40 minggu. Selain faktor emosi, kesihatan ibu juga mempengaruhi jangka masa bayi dalam kandungan.
Jadi ibu ibu..lepas ni sabar je ye..jangan asyik minta baby keluar awal je..hehe. Bagi baby duduk lama sikit dalam perut tu, lagi bijak anak anda nanti (dengan izin Allah jua)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhir sekali Nad nak pesan..siapa pun anak kita, pandai ke..kurang pandai ke..terimalah dengan hati terbuka. Doa ibu merupakan senjata utama kejayaan anak anak di dunia dan akhirat. Jangan berhenti mendoakan anak anak ye ibu ibu..sepanjang hayatmu masih ada.
Didik anak kita sebaiknya agar dia nanti boleh jadi saham kita ke akhirat... :)
Anda rasa entri ini menarik? Infonya anda baru tahu? Share la dengan kawan kawan anda ye ;)
0 comments:
Post a Comment
Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...