Showing posts with label belajar blogging. Show all posts
Showing posts with label belajar blogging. Show all posts
Alahai..topik ni susah sikit sebab jarang benor snap gambar kat restoran kegemaran tu. Apabila saya ceritakan tentang topik entri ini pada encik suami terus dia tanya..restoran kegemaran kita yang mana?? Adoi..pulak dah!

Tapi lepas fikir2kan untuk diklasifikasikan sebagai kegemaran tentulah yang paling kerap dikunjungi kan..jadi inilah dia..siap Google Earth lagi tu.. Ada 2 tempat yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian.


1) Warung Sup Gear Box, Durian Burung, Kuala Terengganu.

Waktu malam akan meriah dengan lampu


Lokasinya di Kampung Durian Durian Burung. Restoran ni tutup di siang hari dan hanya buka waktu malam je. Memang senang sangat nak cari. Restoran ni bersebelahan dengan Kedai Barang & Alatan Perkahwinan D'Nur Aisyah. Biasanya saya gunakan Stesyen Minyak Caltex yang berada bertentangan sebagai panduan. Dah nampak Caltex maksudnya sila perlahankan kereta. Ruang parking kereta memang banyak kat tepi jalan.


Kedai yang selalu kami jadikan landmark untuk cari, selain Caltex yang juga menandakan dah hampir sampai


Hm, sebenarnya saya pun tak tahu apa nama restoran kegemaran saya tu..hahaha [aci ke gitu?]. Sebabnya kitorang selalu drive je ke situ, sampai, cari tempat duduk, order, makan, siap bayar...blah..haha. Tapi selalunya kami repeat order menu yang sama..SUP GEAR BOX! Sedap... Semangkuk besaaaaar! Biasanya saya dan suami berkongsi aje..sebab memang dah cukup untuk kami berdua.

Di sini ada pelbagai jenis menu iaitu aneka jenis sup (sup gear box, sup perut, sup daging, sup campur, sup tulang, sup belut, dll), aneka jenis makanan panas, masakan ala Thai (tomyam dia pun best..ade banyak yang saya tak pandai nak sebut), bakar2 (ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, dll), pelbagai jenis roti canai atau anda boleh juga request untuk masakan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, sotong celup tepung dan pelbagai lagi. Memang variety sangat. Sedap dan harganya berpatutan. Memang terbaikkk la!


2) Warung Norazila, Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Ok, yang ni pula letaknya di tempat yang biasa jadi tumpuan setiap pelancong yang datang melawat Terengganu iaitu Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai). Rasanya buka jugak siang hari tapi biasanya ke waktu petang sikit la..dan juga malam (sampai lewat malam juga..tapi tak pasti pukul berapa).

Google Earth je la..haha. Banyak tempat parking kat kedai ni.

Apa yang best kat sini? Saya suka masakan panasnya. Setakat yang pernah saya cuba semuanya memuaskan. Ada stesen2 kecil yang jual Western Food, Char Kuew Tiaw, Nasi Lemak, Burger, Kerang Bakar, Mini Pizza, Laksa Penang, Pau, dan macam2 lagi.. Kami memang suka pilih kedai makan yang macam ni sebab kadang2 selera tak menentu dan berbeza..hehe. Saya selalu order Char Kuew Tiaw (biasa dan special). Memang sedap! Kerangnya banyak sungguh! Yang biasa pun banyak kerang. Kalau yang special tu akan ada telur goreng separuh masak..Best! Murah pulak tu..bawah RM 5.00. Kat sini juga ada stesen jus dan jus yang paling digemari ialah jus buah naga dan jus mangga. Memang pure sangat!

Nah, layankan gambar ni dulu..Sedap jus ni!
(Gambar sumber Internet)

Hm, kalau anda datang melawat Terengganu jangan lupa singgahlah di dua2 warung ni ye..pasti puas hati ;)





Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail (962833)

 ✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat
 
 ✉ Email: sniar11@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 

 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam
Untuk menyahut cabaran seterusnya saya akan singkapkan resepi rahsia Lasagne Daging Woww! yang selalu jadi special request adik beradik saya tatkala sekali sekala mereka berpeluang pulang ke kampung halaman. Haa..special ni..terlajak lazat gitteww..ngehehehe [masuk bakul angkat sorg2]

Pertama kali buat akhir tahun 2013, masa tu tengah pregnant, mengidam sangat tengok gambarnya, nak tempah tak tahu sapa yang ambil tempahan..lagi satu makanan macam ni memang mahal kalau nak dibeli..saya memang suka makanan yang cheesy2 macam ni. Haihh..mana puas kalau dapat makan sikit2 je..hihi. Jadi langkah terbaik ialah kita cuba buat sendiri. [peringatan: makanan ini tinggi kalori].

Resepi asal saya ambil dari Cik Epal. Tapi yang ni saya dah ubah resepinya ikut selera saya..haha. First time buat rushing2 siapkan dalam masa 2 jam sebab adik saya mengejar masa nak naik bas. Mujur sempat siapkan untuk makan sama2 dengan dia sebelum dia naik bas.

Limpahan sos keju yang memikat....fuh, rase nak buat lagi bila teringat

Jom, kita tinjau dulu bahan2nya..

Dari atas, ikut pusingan jam: Bahan A untuk intinya, Bahan B untuk sos putih yang cheezy lazat, Keju Pizza Plus untuk topping, dan paling penting pasta  untuk kulit Lasagne
BAHAN2NYA

1) Kulit Pasta Lasagne:
Saya guna brand Agnesi, celur dalam air mendidih sampai lembut macam kita rebus spageti atau pasta yang seangkatan dengannya. Masukkan minyak masak@olive oil dan sedikit garam masa nak merebus tu. Kalau ikut panduan selama 25 minit, tapi pandai2lah cek ye..jangan sampai terlajak lembik..nanti terjejas kelazatan..hehe.

ni la rupa Lasagne sheet yang belum rebus. Leceh jugak nak merebus sebab tak mahu melekat2, nanti koyak pulak


2) Bahan A: Inti Daging

  • 1 labu bawang besar - dicincang halus
  • 6 ulas bawang putih - dicincang halus juga
  • 1 tin sos pasta Prego (nak guna yang tin hijau pun boleh. Resepi asal guna tomato puree, tapi saya tak suka sebab kadang2 masam sangat jadi saya tukar guna sos Pasta.)
  • 1 tin cendawan butang - dihiris, (cincang pun boleh..terpulanglah)
  • 400 gram daging kisar - (saya suka guna jenama Ramly..dijamin halalan toyyiban,,hehe)
  • 2 sudu besar Sos Cili
  • sedikit Oregano (resepi asal ada serbuk lada hitam juga tapi saya tak masukkan sebab ayah saya alah dengan lada hitam)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak@olive oil untuk menumis


3) Bahan B: Sos Putih Cheezy

  • Keju Cheddar - guna setengah ketul sahaja
  • Mentega Buttercup - setengah ketul
  • 600 ml susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum, untuk pekatkan tekstur sos
  • garam secukup rasa

4) Topping Atas
  • Saya suka guna campuran keju parut dari 3 jenis keju iaitu Mozarella (yang ni kita selalu guna untuk topping pizza juga, kasi boleh tarik2 macam dalam iklan pizza tu), Cheddar, dan Parmesan. Hasilnya memang wow! Korang cari je Pizza Plus jenama Perfect Italiano tu..dah siap parut, kita buka terus tabur je. Senang kalau takde pemarut. Jimat masa dan tenaga kat situ.

CARA MASAK

Bahan A (Inti Daging)
1) Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. 
2) Masukkan sos pasta dan sos cili.
3) Masukkan daging kisar dan cendawan butang. 
4) Perasakan dengan Oregano dan garam. Gaul rata dan masak hingga daging kisar tu korang nampak dah masak. 

# Ala2 sos bolognese tu la jadinya nanti. Boleh rujuk kat blog Cik Epal untuk gambar yang lebih jelas..haha, i tak nyempat nak snap.

Bahan B (Sos Putih)
1) Guna api yang sangat kecil..ala2 hidup segan mati tak mahu tu..haha
2) Mula2 cairkan mentega.
3) Dah beres cair semuanya bolehlah tuangkan susu segar pula.
4) Masukkan keju cheddar yang dah dipotong kecil2 supaya lagi cepat dan senang cair.
5) Masukkan tepung gandum.
6) Perasakan dengan garam secukupnya.

# Sepanjang proses buat sos ni mesti kacau sokmo supaya sos ni hasilnya cantik tak berketul2..

Kat bawah ni rupa sos in the making. Gambar ni saya pinjam dari SINI sebab saya tak snap gambar masa proses memasak..

disturb me please... [baca: sila kacau saya] :p

Seterusnya, kita kena melapis pulak

CARA MELAPIS:

1) Lapisan 1 (paling bawah): saya letak kepingan pasta dulu sebab nak bagi senang masa nak hidang. (Ada orang letak inti daging dulu, ikut suka anda la..sama je sebab semua nak masuk dalam perut)
2) Lapisan 2 : ratakan inti daging.
3) Lapisan 3: ratakan sos putih

Ulang langkah 1 hingga 3 itu untuk beberapa kali mengikut berapa lapisan yang anda nak buat. Biasanya saya ulang 3 kali. Nak lagi tebal boleh buat banyak2 lapis. Part ni la yang paling best sebab kita boleh letak inti dan sos ikut selera kita. 

Pastikan lapisan terakhir ialah sos putih sebelum anda tabur keju parut untuk topping.



Saya suka tabur cheese banyak2 macam ni..

Dah sedia untuk dibakar. Jangan lupa panaskan oven awal2 ye..kalau tak jenuh pulak nak menunggu oven panas. Kita bakar lasagna ni pada suhu 180 degrees selama 30 - 40 minit. Gunakan api atas dan bawah. (bergantung pada saiz lasagna anda juga). Saya tak ikut sangat masa macam tu. Kalau nampak dah keemasan cantik macam dalam gambar kat bawah tu bagi saya dah elok lah.


Owh..dah start bau yang semerbak dah kalau macam ni..tak sabar nak ngapp!

saiz loyang 8 x 8. Boleh makan puas2

Untuk hidang, boleh potong macam ni ha..


Lelehan keju yang sangat memikat. Kita lupakan kalorinya...hahaha (gelak jahat)

Yang ni pulak versi lain, buat bersama2 adik ipar. Anda boleh pelbagaikan lasagna anda dengan mencuba inti ayam atau ikan atau sayur2an. Lasagna memang sedap bila dipasangkan bersama salad segar.. Nak resepi salad? Tanya pakcik google. Hahaha [Lain kali i buat entrynya].

Selamat mencuba!

Ngapp sekali pasti nak lagi!

Hmm, plan diet anda hancur musnah lepas tengok gambar2 di atas? Jangan risau...makanlah selagi boleh makan..itu nikmat untuk disyukuri. Jangan membazir sudahlah..

Kalau takut kalori dan lemak2 yang meleleh2 tu anda patut cuba tips Shaklee saya..

Siapkan awal2 untuk dimakan: Phytocol-St, Omega Guard, Alfalfa dan Herblax.

Fungsinya:
  • Phytocol-St - sekat lebihan kolestero dari makanan anda daripada memasuki salur darah. 
  • Omega Guard - akan menyingkirkan kolesterol jahat (LDL) yang baru atau dah lama terenap dalam saluran darah anda. InsyaAllah tercegahlah dari tersumbatnya salur darah. Juga untuk menjaga salur darah dari inflamasi.
  • Alfalfa - detox. Memastikan lemak2 tadi dapat keluar dari usus anda.. Jangan biarkan ia terperap di dalam usus sahaja..Bahaya..
  • Herblax - untuk detoks usus yang lebih powerr! Kesan dapat dirasai seawal 6 jam selepas pengambilan


Jom dapatkan produk Shaklee anda dengan menghubungi saya!

 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail (ID: 962833)

 ✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat

 ✉ Email: sniar11@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 

 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam
Cabaran dah masuk hari ke 4. Kali ini kami diminta menceritakan tentang vitamin shaklee pertama yang dimakan. Cinta pertama kami dengan Shaklee...hehe. Walaupun saya masih baru bergelar Pengedar Shaklee yang aktif (sebelum tu jadi ahli sebab nak harga murah je), tapi sebenarnya saya dah lama makan supplement Shaklee. Nak tau apa ceritanya? Jemput baca!




POST ACDF: Asyik Demam Urat Je..

Seperti yang telah saya ceritakan sedikit sebelum ini, semuanya bermula sejurus selepas pembedahan ACDF yang saya lalui pada Ogos 2011. Proses pemulihannya agak memakan masa dan saya telah perlu kembali bekerja pada awal 2012. Bertugas di sekolah yang ketika itu baru sahaja diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), komitmen yang tinggi amat diperlukan. Tanpa alasan! Lebih2 lagi sekolah saya sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang sememangnya perlukan guru2 yang aktif dan cergas untuk melaksanakan pelbagai program yang telahpun dirancang. Lebih2 lagi apabila bergelar guru SPM, yang mengajar Tingkatan 5. Waktu bekerja kami 7.35 pagi - 4.35 petang. Kemudian disambung pula kelas tambahan petang atau malam (petang biasanya 5 - 6 petang, malam pula 9 - 11 malam..waktu gila kelas tambahan ni kami panggil..haha..sekarang dah kurang sikit)


nak tau info tentang sekolah saya? Lawatlah portal ni ye..


Seminggu setelah mula bertugas saya demam urat. Seharian tak dapat bangun. Dek kepenatan, 7 hari sebelumnya bertugas di sekolah (weekend pun ada kursus dan kelas tambahan). Bagi orang sihat mungkin kepenatan seperti itu mudah untuk diubati. Tapi bagi saya yang telahpun bercuti sakit selama lebih 5 bulan memang terkejut badan ni. Pada waktu ini saya masih lagi meneruskan ubat ubatan yang diberi doktor (tak ingat dah nama apa) dan pain killer  bernama Arcoxia dan Paracetamol memang sentiasa ada dalam bekalan saya. Tapi saya tak berapa suka sangat nak kerap2 makan pain killer tu. Sebab saya tau benda tu tak elok dan boleh memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Lantas saya bertindak pantas mencari supplement2 yang boleh membantu saya untuk lebih sihat cergas. Kalau diikutkan ketika belajar dahulu saya cuma pernah mengambil B Complex sahaja..tapi bukan jenama Shaklee. Pernah juga ketika itu saya ke farmasi dan Guardian, kononnya nak beli supplement. Tapi bila sampai situ saya jadi blur..apa nak dibeli ek? Apa yang sesuai dengan saya? Ingatkan nak beli jugak kalsium sebab kerap juga cramp kaki ketika itu. Tapi selalu pergi sia2.je..tak beli pun sebab tak konfiden nak pilih apa. Nak tanya pekerja farmasi saya tak suka. Sebab dalam fikiran saya, ala..memang keje dia menjual..nanti mengarut2 je yang dia syorkan. Haha, curiga tinggi!


muka konfius tak tau nak ambil supplement apa..

Kemudian teringatkan seorang sepupu yang bekerja sebagai doktor, (saya menginap di rumahnya beberapa hari untuk proses menjalani rawatan di HRPZ, Kota Bharu) saya lihat jadual waktu kerjanya memang padat dan dalam masa yang sama belajar juga. Antara supplement yang dia ambil adalah vitamin Shaklee. Setiap pagi sebelum keluar kerja mesti dia makan sebiji yang warna hijau, dan sebiji yang kuning (masa tu tak tau nama pun..haha). Juga supplement lain jugak, tapi brand tu mahal sangat, saya kurang mampu sebab perpindahan saya dari Sarawak ke Terengganu menyebabkan saya kehilangan lebih kurang RM 1K elaun bulanan. Jadi kenalah pilih yang murah2 jugak supaya dapat maintain bulan2.

Akhirnya Shaklee Jadi Pilihan

Sebenarnya masa tu kakak saya, Ida dah mula menjadi pengedar sah Shaklee. Memang penuh wall FB dia dengan iklan Shaklee masa tu. Tapi tak teracun pun pada mulanya. Sebab saya rasa Shaklee pun mahal. Tapi last2 tergerak juga hasrat nak bertanya, lebih kepada masa tu rasa nak tolong dia. Tolong beli. Hehe.. Ala, beli dengan dia mesti dia akan dapat komisyen..yang dapat untung kakak sendiri, kan bagus tu. Maka, tergeraklah hati nak minta consultation dari dia, apa yang sesuai dengan keadaan saya sekarang...saya cepat letih..kerja sibuk. Pastu selalu sakit urat. Dia suggest set yang ada B Complex, Vitalea, Vit C (Set Kesihatan Optimum). Kemudian bulan seterusnya saya minta Ostematrix pula (teracun dengan promosi FB dia ni..sebab selalu nampak katanya kalsium untuk tulang, eloklah untuk tulang saya yang masih belum bercantum ni)
Cinta pertama dengan Shaklee

Lepas hampir setengah bulan ambil ada rasa macam segar sikit, ada perubahan. Rasa bertenaga, jalan pun makin laju. Walaupun penat tu masih terasa (sebab banyak keje) tapi takde la sampai perlu telan painkiller lagi. Takde la balik mengajar je terus pengsan. Saya juga dah tak perlu lagi buat follow up. Hm, serasi rupanya Shaklee dengan saya. Lepas satu satu saya order. Habis je botol Pertama saya repeat order lagi. Tak lama kemudian try Slimming Set (Cinch Shake Latte, Lechitin) pada akhir 2012 pasal nak kurus menjelang wedding. Lepas tu Set Kesuburan (April 2013), Set Mengandung (Jun 2013).

Nak kata banyak duit sangat masa tu takde la. Tapi sebab dah beli botol besar2 tu..lama sikit la boleh makant Untuk repeat order tsaya takde la beli semua 1 set sekaligus. Contohnya beli Vitalea..pastu bulan depan B Complex pulak, lepas tu Vitamin C..bla bla bla and so on.. Haha.. Lepas satu satu saya try.. Tapi yang kelakarnya masa tu punyalah banyak jenis saya cuba, tak jadi ahli pun. Hahaha.. ala, dah kakak sendiri yang jual..minta je la diskaun kan...apa susah2 nak jadi ahli kan..hehe. Rugi pulak bila dikenangkan kembali. Saya mula makan kalau tak silap. Mac atau April 2012, akhirnya Julai 2013 barulah jadi ahli (daftar bawah Kak Ana saya sebab senang nak ambil stok) Kenapa saya jadi ahli? Sebab dah rasa berbaloi sangat2 dan malas asyik nak minta diskaun. Jadi ahli confirm dapat murah.

Ok, anda dah tau Vitamin Shaklee pertama saya..anda pula bagaimana? Masih tercari2 supplement yang sesuai untuk diri sendiri atau insan2 tersayang? Jom cuba Shaklee..anda pasti jatuh cinta! Kalau konfius tak tahu apa yang sesuai, jangan risau...kami SID dilatih untuk memberi konsultasi juga.. Sebagaimana saya telah mendapat manfaat kesihatan dari Shaklee, harapan saya begitu juga untuk pembaca semua. Jom Shaklee sama2! Better Health, Better Future!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:


✍ PM: Siti Nadiah Ismail (962833)






✉ Email: sniar11@gmail.com



✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938



➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam









Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sedang menyahut Cabaran 7 Hari Entry dari super2 upline saya, Dilla Jalil. Inilah tugasan pertama saya.

Haa, jom berkenalan dengan saya. Jemput la baca.. ;)




Fakta 1: SAYA GURU IMTIAZ

Untuk pengetahuan pembaca semua Imtiaz ni adalah satu jenama sekolah yang dirintis oleh Datuk Idris Jusoh. Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, Imtiaz telah diambil alih oleh Yayasan Terengganu dan kekal hingga hari ini kebajikan Imtiaz masih dibawah Yayasan Terengganu walaupun telahpun bertaraf SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) yang diletakkan dibawah BPI, KPM (Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Terkini ada 5 buah Imtiaz di seluruh Terengganu iaitu SM Imtiaz Kuala Terengganu (tempat saya mengajar), SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kemaman, dan SM Imtiaz Kuala Berang. Bakal menyusul tak lama lagi ialah SM Imtiaz Kuala Nerus (daerah baru di Terengganu).

Specialnya Sekolah2 Imtiaz kerana para pelajarnya turut menghafaz Quran selain mengikuti kurikulum kebangsaan. Jadi, sebagai ahli akademik di Imtiaz, kami juga special sebab waktu bekerja kami yang agak rare berbanding guru2 lain di aliran perdana. 

Di Imtiaz saya diberi tanggungjawab besar sebagai guru Matematik Tambahan SPM yang sememangnya subjek killer yang digeruni oleh pelajar dan sentiasa mendapat tekanan dan perhatian juga oleh pentadbir sekolah. Puan Pengetua selalu tekankan yang gred purata sekolah sangat bergantung kepada pencapaian Matematik Tambahan (fuh, stress gak dengar..terus nak telan b complex!). Tambahan pula sekolah saya kini diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Satu pengiktirafan paling tinggi bagi sekolah2 di Malaysia. Maka, menjaga prestasi sekolah sangatlah penting dan paling utama untuk memastikan kualiti sentiasa terjamin..chewwah.. :P


Saya sendiri macam tak percaya jugak pada mulanya apabila diberi peluang mengajar di Imtiaz sebab sebelum tu 3 tahun saya bertugas di Sarawak. Masa tu masih bujang. Tapi dapat jugak balik ke negeri sendiri, dan dapat pula sekolah yang sangat la dekat dengan rumah mak, 10 minit je..melalui jalan kampung.. Wah, memang bertuah orang kata! Tak sia2 merantau jauh..akhirnya dapat balik berkhidmat di negeri sendiri. Dan inilah akhirnya yang membuka jalan kepada saya untuk memiliki fakta kedua saya. Hehe..


Fakta 2: SAYA ADALAH ISTERI KEPADA ENCIK ALIFFADILLAH DAN UMMI KEPADA AISYAH MADIHAH

Alhamdulillah, saya telahpun dipertemukan jodoh dengan suami yang amat menyayangi dan prihatin dengan tugas saya. Hebatnya suami saya ini kerana dia sentiasa ada di sisi..ketika saya perlu bertugas warden dia temankan, saya perlu ke kelas tambahan atau kem2 yang jauh dari sekolah pun dia hantarkan, tolong jagakan anak. Di waktu saya keletihan bebanan tugas di sekolah dan menjaga menyusu anak, dia tolong masakkan..menolong saya dengan kerja2 rumah jika dia lapang..dan banyak lagi..huhu, terharunya saya dengan semua itu.. Dia juga banyak mengajar saya untuk hidup bersederhana dan jangan pedulikan sangat dengan kata2 orang. Orang memang sentiasa akan menilai kita katanya. 


Sebagai Ummi kepada si kecil yang bernama Aisyah pula, saya menjadi seorang yang lebih sabar dan tidak mudah berputus asa. Aisyah bf sepenuhnya, tanpa susu formula. Bermacam dugaan telah kami lalui sepanjang hampir 7 bulan menyusu. Semuanya menjadikan saya seorang yang lebih tegar dan percaya kepada kekuatan diri. Benarlah kata2..Allah takkan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

Kalau dulu saya akan mudah sakit kepala bila tidur tak lena dan asyik terjaga..kini dah terbiasa. Aisyah kerap terjaga di waktu malam(1 - 2 jam sekali) dan akan menyusu lama tapi selalu dengan bermain2..iaitu hisap, kemudian tarik dan menjauh, kemudian datang menghisap lagi..begitulah berulang2 kali hingga dia puas kekenyangan. Lucu jugak melihat ekspresinya yang nak bergurau dan bermain2 dengan Ummi..cuma tak kena masa..sebab waktu Ummi nak berehat..hehe.


Fakta 3: SAYA ADA 'TULANG BESI' DAN SEJAK ITULAH SAYA KENAL SHAKLEE!

Haha..rasa macam Robocop la pulak bila cakap ada tulang besi.. Tapi saya tak tipu k..

Pada 23 Ogos 2011 saya telahpun selamat menjalani satu pembedahanACDF (Anterior Cervical Distectomy & Fusion) di bahagian tulang cervical (leher) level c4-c5 untuk menggantikan bahagian disc tulang yang rosak. Satu2nya pembedahan paling besar yang pernah saya lalui dan ianya memakan masa lebih kurang 3 jam kot kalo tak silap. Pembedahan ni dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu Kelantan dibawah seliaan pakar ortopedik Mr. Ahmad Sabri.


Ada jugak sekeping gambar ni buat kenangan.. Sesungguhnya kematian itu sangat dekat

Kerana pembedahan ini saya telah mendapat cuti sakit lebih 3 bulan, kemudian disambung lagi dengan cuti akhir tahun 2011 (total cuti lebih 5bulan). Pembedahan inilah juga yang menjadi asbab pertukaran saya dari Sarawak ke Terengganu diluluskan. Di Sarawak saya telah bertugas di SMKA Igan, Mukah.

Ramai juga yang tanya kenapa perlu lalui pembedahan ni..apa penyakitnya...apa puncanya? Sukar jugak nak jelaskan sebab dah lama saya menanggung kesakitan yang saya sendiri tak pandai nak ceritakan. Sakit saraf. Adakalanya tak merasa apa2..adakalanya sangat mencucuk2 macam terkena karen eletrik. Mulanya hanya di sebelah kaki..dan menjadi semakin parah bila saya banyak mengangkat barang berat sepanjang tinggal bujang di Sarawak. Sengal menjadi2..dan itulah yang mendorong saya membuat pemeriksaan..seterusnya menjalani pembedahan ini.

Ketika proses penyembuhan setelah pembedahan inilah waktunya saya kenali Shaklee. Pengedar Shaklee saya ketika itu ialah kakak saya sendiri iaitu Ida ( http://mamalutfi.blogspot.com). Supplement shaklee la yang membantu saya sembuh (dengan kehendak Allah jua). Saya juga mengambil Shaklee kerana perlu cergas selepas lama bercuti untuk memenuhi amanah besar yang digalas. Bukan senang nak jadi aktif semula ketika itu sebab terlebih aktif saya akan demam urat. Nak tau supplement apa yang saya ambil? Nantikan entry seterusnya dari saya ya!

Bagi yang berminat nak order shaklee atau COD shaklee sekitar Kuala Terengganu dan Bukit Payong, Marang...jangan segan2 call no ni tau! 0197000938..(nadiah) senang je nak ingat! 










OlderStories Home