Cabaran Hari ke 4 | Vitamin Shaklee Pertama Yang Saya Makan

Cabaran dah masuk hari ke 4. Kali ini kami diminta menceritakan tentang vitamin shaklee pertama yang dimakan. Cinta pertama kami dengan Shaklee...hehe. Walaupun saya masih baru bergelar Pengedar Shaklee yang aktif (sebelum tu jadi ahli sebab nak harga murah je), tapi sebenarnya saya dah lama makan supplement Shaklee. Nak tau apa ceritanya? Jemput baca!




POST ACDF: Asyik Demam Urat Je..

Seperti yang telah saya ceritakan sedikit sebelum ini, semuanya bermula sejurus selepas pembedahan ACDF yang saya lalui pada Ogos 2011. Proses pemulihannya agak memakan masa dan saya telah perlu kembali bekerja pada awal 2012. Bertugas di sekolah yang ketika itu baru sahaja diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), komitmen yang tinggi amat diperlukan. Tanpa alasan! Lebih2 lagi sekolah saya sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang sememangnya perlukan guru2 yang aktif dan cergas untuk melaksanakan pelbagai program yang telahpun dirancang. Lebih2 lagi apabila bergelar guru SPM, yang mengajar Tingkatan 5. Waktu bekerja kami 7.35 pagi - 4.35 petang. Kemudian disambung pula kelas tambahan petang atau malam (petang biasanya 5 - 6 petang, malam pula 9 - 11 malam..waktu gila kelas tambahan ni kami panggil..haha..sekarang dah kurang sikit)


nak tau info tentang sekolah saya? Lawatlah portal ni ye..


Seminggu setelah mula bertugas saya demam urat. Seharian tak dapat bangun. Dek kepenatan, 7 hari sebelumnya bertugas di sekolah (weekend pun ada kursus dan kelas tambahan). Bagi orang sihat mungkin kepenatan seperti itu mudah untuk diubati. Tapi bagi saya yang telahpun bercuti sakit selama lebih 5 bulan memang terkejut badan ni. Pada waktu ini saya masih lagi meneruskan ubat ubatan yang diberi doktor (tak ingat dah nama apa) dan pain killer  bernama Arcoxia dan Paracetamol memang sentiasa ada dalam bekalan saya. Tapi saya tak berapa suka sangat nak kerap2 makan pain killer tu. Sebab saya tau benda tu tak elok dan boleh memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Lantas saya bertindak pantas mencari supplement2 yang boleh membantu saya untuk lebih sihat cergas. Kalau diikutkan ketika belajar dahulu saya cuma pernah mengambil B Complex sahaja..tapi bukan jenama Shaklee. Pernah juga ketika itu saya ke farmasi dan Guardian, kononnya nak beli supplement. Tapi bila sampai situ saya jadi blur..apa nak dibeli ek? Apa yang sesuai dengan saya? Ingatkan nak beli jugak kalsium sebab kerap juga cramp kaki ketika itu. Tapi selalu pergi sia2.je..tak beli pun sebab tak konfiden nak pilih apa. Nak tanya pekerja farmasi saya tak suka. Sebab dalam fikiran saya, ala..memang keje dia menjual..nanti mengarut2 je yang dia syorkan. Haha, curiga tinggi!


muka konfius tak tau nak ambil supplement apa..

Kemudian teringatkan seorang sepupu yang bekerja sebagai doktor, (saya menginap di rumahnya beberapa hari untuk proses menjalani rawatan di HRPZ, Kota Bharu) saya lihat jadual waktu kerjanya memang padat dan dalam masa yang sama belajar juga. Antara supplement yang dia ambil adalah vitamin Shaklee. Setiap pagi sebelum keluar kerja mesti dia makan sebiji yang warna hijau, dan sebiji yang kuning (masa tu tak tau nama pun..haha). Juga supplement lain jugak, tapi brand tu mahal sangat, saya kurang mampu sebab perpindahan saya dari Sarawak ke Terengganu menyebabkan saya kehilangan lebih kurang RM 1K elaun bulanan. Jadi kenalah pilih yang murah2 jugak supaya dapat maintain bulan2.

Akhirnya Shaklee Jadi Pilihan

Sebenarnya masa tu kakak saya, Ida dah mula menjadi pengedar sah Shaklee. Memang penuh wall FB dia dengan iklan Shaklee masa tu. Tapi tak teracun pun pada mulanya. Sebab saya rasa Shaklee pun mahal. Tapi last2 tergerak juga hasrat nak bertanya, lebih kepada masa tu rasa nak tolong dia. Tolong beli. Hehe.. Ala, beli dengan dia mesti dia akan dapat komisyen..yang dapat untung kakak sendiri, kan bagus tu. Maka, tergeraklah hati nak minta consultation dari dia, apa yang sesuai dengan keadaan saya sekarang...saya cepat letih..kerja sibuk. Pastu selalu sakit urat. Dia suggest set yang ada B Complex, Vitalea, Vit C (Set Kesihatan Optimum). Kemudian bulan seterusnya saya minta Ostematrix pula (teracun dengan promosi FB dia ni..sebab selalu nampak katanya kalsium untuk tulang, eloklah untuk tulang saya yang masih belum bercantum ni)
Cinta pertama dengan Shaklee

Lepas hampir setengah bulan ambil ada rasa macam segar sikit, ada perubahan. Rasa bertenaga, jalan pun makin laju. Walaupun penat tu masih terasa (sebab banyak keje) tapi takde la sampai perlu telan painkiller lagi. Takde la balik mengajar je terus pengsan. Saya juga dah tak perlu lagi buat follow up. Hm, serasi rupanya Shaklee dengan saya. Lepas satu satu saya order. Habis je botol Pertama saya repeat order lagi. Tak lama kemudian try Slimming Set (Cinch Shake Latte, Lechitin) pada akhir 2012 pasal nak kurus menjelang wedding. Lepas tu Set Kesuburan (April 2013), Set Mengandung (Jun 2013).

Nak kata banyak duit sangat masa tu takde la. Tapi sebab dah beli botol besar2 tu..lama sikit la boleh makant Untuk repeat order tsaya takde la beli semua 1 set sekaligus. Contohnya beli Vitalea..pastu bulan depan B Complex pulak, lepas tu Vitamin C..bla bla bla and so on.. Haha.. Lepas satu satu saya try.. Tapi yang kelakarnya masa tu punyalah banyak jenis saya cuba, tak jadi ahli pun. Hahaha.. ala, dah kakak sendiri yang jual..minta je la diskaun kan...apa susah2 nak jadi ahli kan..hehe. Rugi pulak bila dikenangkan kembali. Saya mula makan kalau tak silap. Mac atau April 2012, akhirnya Julai 2013 barulah jadi ahli (daftar bawah Kak Ana saya sebab senang nak ambil stok) Kenapa saya jadi ahli? Sebab dah rasa berbaloi sangat2 dan malas asyik nak minta diskaun. Jadi ahli confirm dapat murah.

Ok, anda dah tau Vitamin Shaklee pertama saya..anda pula bagaimana? Masih tercari2 supplement yang sesuai untuk diri sendiri atau insan2 tersayang? Jom cuba Shaklee..anda pasti jatuh cinta! Kalau konfius tak tahu apa yang sesuai, jangan risau...kami SID dilatih untuk memberi konsultasi juga.. Sebagaimana saya telah mendapat manfaat kesihatan dari Shaklee, harapan saya begitu juga untuk pembaca semua. Jom Shaklee sama2! Better Health, Better Future!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:


✍ PM: Siti Nadiah Ismail (962833)






✉ Email: sniar11@gmail.com



✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938



➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam









NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...