Showing posts with label meal shakes. Show all posts
Showing posts with label meal shakes. Show all posts
Bismillah..

Resepi ni diinspirasikan dari Mangoesteen Energizer yang telah dikongsikan di FB Shaklee Malaysia. Terliur benor dah melihat jus dalam gelas tu jadi cepat2 saya ajak encik suami ke Sabasun 2 Hypermarket sebab nak cari jus manggis. Buah manggis di luar musim..kita pakai jus ready made dah la ye.. Saya pilih jus Manggis jenama Fruit Tree sebab kandungan gula yang kurang berbanding jenama Marigold. Tapi yang Fruit Tree ni ada campuran delima..Marigold memang hanya jus Manggis.

jana idea dari gambar ni le..meleleh2 air liur mengidam nak minum ni tau.. [hyperbolic statement je tu..hehe]

Balik umah je terus capai shaker tudung hijau ni..mix2 bahan2 dalam gambar tu..pastu kocak2..siap! Dari pengalaman ini baru saya tau rupanya ESP dan Meal shakes boleh larut dengan mudah dengan air sejuk.. Selama ni saya ingatkan kena guna air suam je..huhu [padah kerana kurang membaca!]

Bancuhan yang saya suka macam ni caranya:

200ml jus Manggis & Delima Fruit Tree
100ml air sejuk2 dari peti ais
2 sudu besar Meal Shakes
1 sudu besar ESP

Saya suka keharuman vanilla dari Meal Shakes..jadi, saya add on Meal Shakes jugak..best! 

Bagi yang masih mencari macam mana nak dapatkan bancuhan ESP yang digemari, bolehlah cuba resepi ini!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Jom Sihat ✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras


Assalamualaikum,

Anda pernah cuba Meal Shakes Shaklee? Nak tau apa kebaikan Meal Shakes? Hmm...siapa pula yang sesuai menikmati Meal Shakes Shaklee ni ye.?

Meal Shakes Shaklee adalah hidangan air yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga. Ya..diulangi..SEISI KELUARGA. Mak, bapak, anak-anak, atuk, nenek...semua boleh menikmati keenakan rasa Meal Shakes Shaklee dengan haruman perisa French Vanillanya yang sungguh memikat ini..haaa, belum cuba belum tau, dah cuba cuba pasti teringat ingat selalu.

Golongan-golongan di bawah ni terutamanya sangat la sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee sebagai makanan tambahan:
  • Bayi bermula 1 tahun ke atas – Meal Shakes berfungsi sebagai multivitamin utk membantu pembesaran yang sihat dan kuat.
  • Kanak-kanak yang selalu sembelit
  • Kanak-Kanak yang kurang selera makan
  • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua dan seisi keluarga
  • Para atlet yang inginkan hidangan segera yang cepat, lazat dan berkhasiat

Tapiiii, ingat tau..JANGAN pula diberi Meal Shakes Shaklee ni kepada bayi anda yang berumur 1 tahun ke bawah..TAK BOLEH!


Rm113.75 (SM @ SS)
544 gram

Tertanya tanya kenapa Meal Shakes Shaklee ni berkhasiat sangat??

Hmm..sebabnya, Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

p/s: Ada promosi best untuk Meal Shakes Shaklee sepanjang Mei 2014 ni..Beli 6 PERCUMA 1! Tunggu apa lagi..jom order sekarang!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: http://sitinadiah-superummi.blogspot.com
✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA