Resepi Mangoesteen Pomegranate Shakes

Bismillah..

Resepi ni diinspirasikan dari Mangoesteen Energizer yang telah dikongsikan di FB Shaklee Malaysia. Terliur benor dah melihat jus dalam gelas tu jadi cepat2 saya ajak encik suami ke Sabasun 2 Hypermarket sebab nak cari jus manggis. Buah manggis di luar musim..kita pakai jus ready made dah la ye.. Saya pilih jus Manggis jenama Fruit Tree sebab kandungan gula yang kurang berbanding jenama Marigold. Tapi yang Fruit Tree ni ada campuran delima..Marigold memang hanya jus Manggis.

jana idea dari gambar ni le..meleleh2 air liur mengidam nak minum ni tau.. [hyperbolic statement je tu..hehe]

Balik umah je terus capai shaker tudung hijau ni..mix2 bahan2 dalam gambar tu..pastu kocak2..siap! Dari pengalaman ini baru saya tau rupanya ESP dan Meal shakes boleh larut dengan mudah dengan air sejuk.. Selama ni saya ingatkan kena guna air suam je..huhu [padah kerana kurang membaca!]

Bancuhan yang saya suka macam ni caranya:

200ml jus Manggis & Delima Fruit Tree
100ml air sejuk2 dari peti ais
2 sudu besar Meal Shakes
1 sudu besar ESP

Saya suka keharuman vanilla dari Meal Shakes..jadi, saya add on Meal Shakes jugak..best! 

Bagi yang masih mencari macam mana nak dapatkan bancuhan ESP yang digemari, bolehlah cuba resepi ini!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Jom Sihat ✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...