Showing posts with label shaklee gong badak. Show all posts
Showing posts with label shaklee gong badak. Show all posts

Alhamdulillah. Pagi tadi selesai COD kepada customer Nad yang sangat sporting, Firdaus namanya.


Firdaus ni beli Set Resdung Shaklee dengan Nad. Dia tinggal jauh sikitlah dari tempat tempat yang Nad biasa COD. Memang tak pernah sampai lagi kampung dia duduk tu. Hehe.


Kenapa Nad kata dia sporting?


Sebab dia bereh je bila Nad bagitau Nad caj sikit untuk COD memandangkan luar kawasan kan..Tak banyak pun..RM 5 sahaja cajnya. Kalau pos lagi mahal kan? Minyak petrol pun dah naik harga..jadi gitulah kekdahnya kami seller sekarang kena buat.


Kalau nak free COD boleh berjumpa kat Desa Murni Pengadang Baru atau Stesen Minyak Petronas Padang Midin. Kat Masjid Bukit Payong pun boleh. Tiap hari Nad boleh COD kat sini kecuali Sabtu. Sebab Sabtu biasanya Nad keluar COD kat belah Batu Enam, Gong Badak, Wakaf Tengah, Batu Rakit dan sekitarnya. 


Satu lagi dia sudi bersabar dengan tempoh Nad nak order barang, tunggu barang dia sampai untuk Nad COD. Tak lama pun. Dia confirm order dan bank in duit hari Ahad. Nad terus order. Selasa dah dapat barang, tapi Nad pula yang kena ke Besut pada hari Rabu. Khamis pun ada komitmen kerja (Nad ni seorang guru..if readers belum tahu..hihi).


Owh ye..Nad memang ada simpan sikit ready stok, tapi certain item saja la. Kebetulan Alfalfa Complex yang dia nak tu habis dah dalam ready stok Nad. Tak caj pun postage order barang tu kat customer. Sebab memang waktu Nad restock. Kalau order Ahad, kena sabar sikit sebab hari Isnin baru barang jalan dari KL tu. So, sampai biasanya Selasa kalau barang tu tak sangkut sebab masa hantar takde orang kat umah atau Gdex tak buat hal (Kat tracking tulis keluar hantar, tapi kita tunggu dari pagi sampai petang barang tak sampai sampai..sabor je la..huhu) 


Nad dah deal semua tu, bagitau adik Firdaus ni yang Nad tak dapat hantar awal..dia setuju je. Dia juga percayakan Nad, bank in duit siap siap dah..sekali dengan caj COD tu. Alhamdulillah..gembira sangat bila dapat customer yang memahami dan tak mendesak macam ni. Ni pun kira satu rezeki tau. Kawan Nad cakap, rare! Hehe..


Nad pun sebenarnya kalau boleh nak hantar cepat cepat juga. Setiap seller mesti nak bagi servis terbaik kan? Tapi bila dah bertembung dengan tugas hakiki memang tak dapat nak elak. 


Nak main pass je COD kat orang, macam tak puas hati pulak. Sebab biasanya Nad akan consult cara makan tu masa jumpa tu la. Kalau by pos..bila customer cakap barang dah sampai.


Hari Jumaat, pagi pagi lagi dah bersiap..breakfast dulu dengan family. Pastu ajak Ayah Nad teman COD. Ayah pun sporting je ikut. Mak pun nak ikut juga. Haha. So, meriah tadi perjalanan nak COD. Aisyah bila Tok dan Tokki ada sama apa lagi..nak bermanja dengan Tok la dia. Duk berkepit aje dengan Tok. Lupa dah Ummi ni. Haha..



Alang alang tadi COD di Kampung Star Kanan, Ayah ajak lajak ke Kampung Pengkalan Berangan pulak. Tempat lama mereka bertugas mula2 jadi cikgu dulu. Mula mula berkenalan dan bercinta. Ecewahh. Kat situ juga tempat Nad tinggal masa kecik kecik dulu..sampai umur 4 tahun kalau tak silap. Mak Ayah pergi ziarah kawan lama mereka yang sedang uzur sekarang.. Pakcik Yusof.




Apa pengajaran dari COD kali ni?

1 - Online seller kena jujur dan berterus terang supaya customer tahu perkara sebenar dan tak anggap seller menipu. 

2 - Teruskan deal jika dua dua pihak puas hati dan setuju. Kalau tak setuju, bukan rezeki la tu.


Korang nak order Shaklee?

Boleh hubungi Nad, Pengedar Shaklee Terengganu di 019.7000.938

Nombor ID Nad: 962833

COD atau pos ke seluruh Malaysia.




Arini nad nak citer pasal beza protein
dan kolagen dan kenapa kita perlukan mereka ni. Kita belajar biologi sket deh. Hihi..



Ada satu produk shaklee ni nama dia ESP. Produk paling hot..paling ramai peminat.
Dari anak dara, anak teruna..mak bapak budak..atuk nenek semua boleh ambil esp ni.

Esp ni protein soya tau. Antara sumber protein paling clean ialah daripada soya. Spesifik..non GMO soy protein. Terbaik tu.
Kalo tak percaya sila google..banyak je journal citer pasal ni.


Yang bestnya..esp ni dapat bekalkan 9 asid amino perlu yang badan kita sangat perlukan tapi tak mampu nak hasilkan sendiri.

Pastu ada pulak satu lagi produk shaklee namanya Shaklee Collagen Powder. Nama glemer dia SCP.


SCP ni kolagen kualiti premium dari sumber sisik ikan merah. Ditambah pula bahan2 aktif bagi ummppp lagi efek dia.

Yang ni kalo dah mencecah usia 25 tahun ke atas tu Nad memang suggest sangat la korang mula ambil.


Sebab kolagen dalam badan kita ni mula berkurang start masa umur kita 25 tahun.
Walaupun badan kita memang dapat hasilkan kolagen sendiri..tapi kemerosotan kolagen dalam badan mulai usia 25 tu lagi cepat dari penghasilannya.

Sebab tu korang mula ada jeragatlah..sakit lututlah..mata makin kaburlah..kulit dah geleber sana sini..rambut gugur..pasal kesan kemerosotan kolagen tu mula menyerlah.



Eh..tapi korang tau tak satu fakta..kolagen tu pun protein jugak?

Kolagen adalah protein yang terbina daripada asid amino jugak.

Aik?

Sekali baca rasa macam sama je ESP dengan SCP ni kan?

Esp (soy protein) = protein = asid amino
Scp (kolagen)= protein = asid amino

Laaa..kalau dah sama buat apa nak ambil dua dua..ambil satu je la cukup. Ye tak? 

Patutnya gitulah..
Tapi..tapi..tapi..
Bunyi je cam sama..tetap juga kita PERLU AMBIL DUA DUA!

Konfius?

Meh..baca penerangan Nad ni dulu.

Kolagen VS Protein
------------------------------

Kolagen ni satu struktur protein yang terbina daripada 4 jenis asid amino iaitu:
🤔 glycine
🤔 proline
🤔 hydroxyproline
🤔 arginine

30% daripada protein dalam badan kita ni jadi kolagen tau. Kolagen ni dia kuat. So dia penting untuk tulang, tendon dan ligamen.
Kiranya dia ni la yang tukang pegang sel sel tisu dalam organ penting badan kita ni.

Kat kulit pun penting ada kolagen ni..kolagen cukup, kulit jadi segah, anjal dan tegang. Kolagen kurang kulit jadi kendur.

Tu belum lagi citer pasal organ lain cam jantung, pundi kencing, buah pinggang semua..kat situ semua ada perlukan peranan kolagen nak bagi kuat.

Abis tu protein tu buat apa? Ha..protein ni pulak penting dalam proses penghasilan sel sel dalam badan.

Kulit bukan setakat nak bagi tegang..kita juga nak kulit kita lasak..tak mudah rosak dek pencemaran sekeliling ni.

Kulit kan barisan pertahanan badan kita yang pertama. Wajib bagi dia sihat. So kat sini protein lebih afdal membantu. Mana mana sel yang rosak..perlu membaharui..protein diperlukan. Samalah juga organ2 lain tu. Nak bagi sihat dan kuat...perlu protein.

Nak tambah mantop perlu kolagen.

Ingat tak dulu belajar biologi sel sel bergabung jadi tisu..pastu tisu tisu pulak membentuk organ. Beberapa organ jadilah pulak sistem..Gittew

Dari asid amino nak bentukkan kolagen makan masa sket.

Ibaratnya korang tengah lapar kebulur (kurang kolagen), Nad bagi korang dua pakej..
1) Bahan bahan mentah..korang sila masak sendiri.
2) Makanan siap..Nah, pakej lengkap nasi putih lauk ikan siakap masak tiga rasa dengan telur dadar, kailan ikan masin dengan tomyam putih.

Ha..orang bijak ambil je dua dua.
Tapi sebab korang tengah lapar..mesti nak pilih makanan siap tu untuk hilangkan kelaparan segera.

Tinggal nak ngapp je pastu terus memenuhi keperluan perut lapar yang tengah keroncong dondang sayang bagi korang power bertenaga superman kembali.

Pastu bahan mentah tu kita simpan buat bekalan hari lain pulak.
Ada paham?

Jadi..kesimpulannya..kena ambil dua dua..😘😘

Protein dari esp..kolagen dari scp.

Pilih produk shaklee sebab shaklee terbukti selamat semulajadi berkesan.
Begitu teliti saintis shaklee buat kajian semata mata nak bagi produk terbaik untuk kita.

Apa?
Belum ada ESP dan SCP? 

Meh order dengan Nad!
Redi stok available!
0197000938
0197000938
0197000938

Sekian..
Nad, Cikgu add math peminat biologi..ahaks.

#tsunamishaklee #liveamazing #greatsid #tim6awesome
OlderStories Home