Untuk entri yang lepas kita dah berkenalan dengan Alfalfa Complex Shaklee. Kali ni saya nak cerita dengan lebih lanjut tentang manfaat Alfalfa Complex Shaklee yang dah buat ramai ibu2 tak mahu berpisah dengannya...suami isteri mahu memilikinya..yang masih single pun turut ingin mengamalkannya..ishh..senang cerita orang ramai memang tergila-gilakannya!





Persekitaran yang kita diami hari ini memang terlalu banyak pencemaran kan? Tanpa kita sedari toksin2 dan toksid tadi turut terkumpul dalam badan kita melalui pengambilan makanan mahupun udara yang kita sedut. Masalah toksin dan toksid yang terkumpul dalam badan boleh menimbulkan masalah lain pula seperti:

Sebelum kita bercerita lanjut tentang alfalfa, cuba anda teliti dan buat sedikit analisa tentang masalah-masalah ni..pernah tak anda hadapi? Kalau jawapannya ya, apa kata anda cuba Alfalfa Complex Shaklee ni dan rasai perbezaannya.
  • kerap sakit kepala
  • PMS (pra menstrual syndrome)
  • sakit sendi
  • keletihan
  • masalah kulit
  • masalah pencernaan
  • halitosis (nafas berbau)
  • infeksi berulang (kurap air, kayap, athlete foot dll)
  • imuniti badan lemah

#1 : Sebagai Ejen Detoks Badan



Salah satu pilihan yang anda ada ialah Alfalfa Complex Shaklee. Ia bersifat alkali. Maka ia dapat membantu proses detoksifikasi badan anda seterusnya akan membersihkan hati, kolon (usus) dan juga darah. InsyaAllah dengan konsisten mengamalkan Alfalfa ni yang ada masalah badan berbau atau nafas berbau pun boleh beransur-ansur hilang hingga anda tak perlu lagi pakai deodorant.

Nak bermesra dengan pasangan pun dah takde masalah bau. Yang belum berpasangan tu lagi lah patut mencuba. Bila masalah bau hilang, ramailah yang selesa mendekati kita.


Pengalaman saya: 
Satu lagi yang saya perhatikan, sejak mengamalkan Alfalfa Complex bukan saya sahaja yang lawas membuang angin, Aisyah pun sama. Hasilnya Aisyah tiada lagi masalah kembung perut dan tentulah dia tidak lagi meragam. Perut selesa, si manja pun mestilah ceria kan? Si manja ceria, ibu bahagia :)




#2 : Melawan Alahan

Alfalfa berfungsi sebagai anti inflamasi dan detoksifikasi yang membantu memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif. Jika anda diselubungi masalah resdung setelah sekian lama, anda patut mencuba Alfalfa Complex. Ia sangat disyorkan kepada pesakit resdung kerana Alfalfa kaya dengan klorofil yang bertindak sebagai anti keradangan akibat ekzema, resdung (sinus), alergi dan gegata.


#3 : Sebagai Diuretic Semulajadi a.k.a Pelawas Kencing

Tak lawas kencing? Risau nak minum air banyak2 sebab tak kencing2? Ishh bahaya, jangan ditahan kencing lama2 kerana ia boleh mengakibatkan masalah batu karang atau kencing kotor. Jom..anda patut cuba Alfalfa segera!

Alfalfa bertindak sebagai pelawas kencing kerana sifatnya sebagai diuretic semulajadi. Jangan risau jika anda terasa kerap membuang air kecil kerana itulah cara toksin disingkirkan melalui badan kita. Dengan cara ini 'water retention' atau bengkak air dapat dikurangkan. Jika anda jenis gemuk air, Alfalfa dapat membantu mengurangkan berat badan anda dengan faedah ini! Menarik bukan?

#4 : Menyingkirkan Lemak dan Kolestrol

Alfalfa juga mampu membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol kerana ia mengandungi serat. Serat dalam alfalfa membantu anda lebih lawas (dibantu dengan pengambilan air sekurang2nya 3 liter sehari).


#5 : Mencegah/ merawat arthritis

Pesakit arthritis biasanya selalu mengalami kekakuan dan kekejangan pada sendi2 seperti pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan terutamanya pada waktu bangun pagi. Kadang2 juga apabila terlalu lama kaki berada dalam keadaan statik seperti ketika menaiki kenderaan dalam tempoh masa yang lama pesakit akan merasa sakit untuk mula menggerakkan kaki mereka. 

Pengalaman sendiri:
Saya sendiri biasa mengalami keadaan ini beberapa tahun yang lalu walaupun ketika itu ujian darah Rheumatoid factor tidak menunjukkan keputusan positif. Namun, setelah mengamalkan alfalfa complex shaklee (ambil untuk membantu penyusuan pada mulanya) saya dapati kekakuan yang selalu dialami tu dah beransur2 hilang. Kalau tak setiap kali bangun pagi akan sengal2 tumit..kaki macam kebas2 dan kaku je..sakit bila digerakkan.


#6 : Sebagai Milk Booster

Haa...ni yang paling biasa kita dengar kan? Alfalfa sememangnya telah lama digunakan oleh ibu2 Malah saya sendiri mula mengambil Alfalfa Complex sejak menyusukan Aisyah. Ya, memang membantu sebab alfalfa kaya dengan protein dan kalsium. Protein pula sangat diperlukan dalam penghasilan susu. Pengambilan 10 biji Alfalfa Complex menyamai khasiat segelas susu! 

Pengambilan alfalfa secara sederhana adalah selamat dan bernutrisi kepada ibu2 yang menyusu dan juga selamat kepada bayi. Namun, jika anda telah pun berupaya menghasilkan susu yang banyak, anda boleh kurangkan dos pengambilan Alfalfa bagi mengelakkan penghasilan susu yang terlampau banyak (overabundant milk supply). 

Ibu2 yang menyusu dicadangkan mula mengambil alfalfa dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Kemudian beransur-ansur menambah dos alfalfa yang diambil. Jangan tergesa-gesa, lihat dahulu kesannya kepada bayi anda kerana alfalfa akan turut meresap ke dalam susu anda. Pengambilan alfalfa terlalu banyak boleh menyebabkan masalah cirit birit kepada bayi anda.

Pengalaman sendiri :
Saya sendiri mula mengambil Alfalfa Complex ketika bayi saya, Aisyah, berusia 4 bulan. Masa tu penghasilan susu agak merudum kerana kesibukan bekerja ditambah pula memasuki bulan Ramadhan. Kurang minum air memang akan menyebabkan penghasilan susu sedikit terjejas. Namun, Alhamdulillah saya berjaya juga mengharungi bulan puasa tanpa meninggalkan puasa malah susu untuk Aisyah tetap mencukupi seperti biasa.


Sangat banyak kegunaan Alfalfa si raja herba ini kan? Apa tunggu lagi, dapatkannya segera hari ini untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah menghantui anda sekian lama. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat masalah selesai. Penggunaan Alfalfa Complex secara konsisten mampu memberi seribu satu manfaat untuk anda dan insan2 tersayang!

Psst...bulan ni ada promo Alfalfa tau. Beli 3 botol dapat percuma 1 botol.




Nak order dengan saya? Jom! 

Anda inginkan penjimatan extra? Jom daftar keahlian dan anda bakal menikmati penjimatan sebanyak 15% - 25% bagi setiap pembelian. 

Hubungi saya di talian 019-7000 938 (Nadiah)

Nak Kurus? Nak Cantik? Nak Sihat? Nak Bersih? Nak Yang Selamat? Nak Yang Berkesan?
SEMESTINYA SHAKLEE!
NAK SHAKLEE CARILAH SAYA!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin menjadi ahli SHAKLEE, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 

 ✐ Blog: Super Ummi~Jom Siha
✉ Email: sniar11@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-7000938
➲ COD Area: 
(WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
(WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam
Hai..Assalamualaikum pembaca semua. 

Hari ni nak saya nak sharing pengalaman saya memudarkan stretch mark (kesan regangan) yang degil dan sangat susah nak dihilangkan dengan Shaklee Collagen Powder (SCP). Kesan regangan ni memang dah lama ada sebab dulu saya pernah mengalami kenaikan berat badan mendadak dan yang paling teruk ialah stretch mark ketika mengandungkan Aisyah.

Ketika mengandung, kesan regangan begini boleh timbul dan biasanya akan meninggalkan kesan jalur2 kehitaman setelah bersalin (Gambar hiasan dari Internet)


Kesan begini juga boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.  Biasanya setelah berjaya menurunkan berat badan, selain masalah kulit menggeleber, kesan-kesan regangan begini juga sangat sukar dihilangkan. Stress kan??! (Gambar hiasan dari Internet)

Sehingga hari ini saya dah habiskan 3 kotak Kolagen Shaklee. Memang dah jatuh cinta banget dengan Shaklee Collagen Powder (SCP) ni!

Sekotak ada 15 sachet.
Begini ceritanya, mulai kandungan masuk usia 23 minggu saya start kembali konsisten consume collagen ni selepas sentap cik misi (JM) tegur pasal strecthmark..masa tu JM yang memeriksa saya adalah JM gantian. Agak malu la kan..sebab dia siap tanya kenapa tak jaga..tak sapu krim/minyak ke? Huhu..bukannya tak buat kan..tapi dah jenis kulit banyak selulit kot..sapu pun tak menjadi jugak.

So fikir2..teringatlah kat SCP ni. Saya pun terus tanya kakak saya, boleh tak kalau nak makan SCP masa pregnant ni. Katanya kalau nak makan elok lepas trimester kedua la..sebab masa ni kandungan dah agak stabil. Yes! Gembira mendengarnya..balik terus buka kotak pertama yang dah lama beli tapi duk sayang nak makan..haha (mahal pumya pasal la kan).

Kotak pertama tu saya tak konsisten makan hari2..sebab masih nak try test, pantau ada apa2 kesan pelik ke tak. So saya makan sesachet selang 3 hari kadang2 selang 2 hari. Masa ni dah mula rasa kesan kulit jadi melembap, lembut (seluruh badan boleh rasa efeknya). Perasan macam kulit baby pulak..ahaha dan saya perasan membuang pun macam lawas jugak bila makan SCP ni. Mungkin sebab SCP ni turut mengandungi Lactobacillus Acidophilus (bakteria baik yang membantu pencernaan).



Masuk kotak kedua saya mula konsisten makan hari2..Alhamdulillah.. Amazingly saya dapat perhatikan yang stretch mark lama (kulit sampai pecah2 dan hitam) kesan masa mengandungkan Aisyah dulu makin memudar jadi tona kulit sama dan kembali anjal. Takde rase pecah2 tu lagi. Dulu memang sangat dasyat sampai suami pun pernah tercakap dia kesian dan takut tengok perut saya jadi gitu..huhu. Memang macam lunyai terus. Sape ada pengalaman sama mesti faham kan? (Ketara kesannya lepas habis 2 kotak)

Dan lagi yang bestnya, tiada tanda2 nak wujud stretchmark baru walaupun perut makin membesar sekarang. Tak perlu nak sapu2 losyen anti stretchmark/bio oil ke ape..yang mana memang saya sangat tak rajin nak buat sebab dulu pun sapu jugak tapi takde kesan pape pun (kecewa punya pasal..haha). Part ni memang saya sangaattt suka. Terus nak konsisten lagi.

Selain dari tu, tang pori2 muka pula memang makin mengecil, ketara tang bahagian hidung tu (kata adik..pernah satu masa tu dia geram duk pegang2 je muka ni. Muka pun jadi less oily juga..Bila solat/turun naik tangga takde dah bunyi lutut kriuk2..(saya memang ada banyakk masalah dgn lutut sejak aktif silat zaman universiti). Dulu asyik lutut longgar je..kepala lutut ni siap boleh gerak2kan lagi..huhu..pastu naik tangga sampai ketar2 lutut menahan takut terpeleot.

Satu lagi saya ni sebenarnya masih lagi menyusu Aisyah sekarang. Sejak saya ambil SCP ni Aisyah macam makin asyik pulak menyusu.. cik B pun macam cepat terasa penuh.. Dengan Aisyah sekali dapat efek kulit lembut moist.

Nah, belanja satu gambar mak buyung yang flawless..bintik2 putih dan hitam kat hidung pun segan nak kelihatan bila ambil SCP ni..

Lepas ni teringin nak try buat masker pulak ke..macam best je (ada terbaca orang lain share pengalaman dia buat masker)
Hmm..rugi kalau korang tak cuba..sebab bulan ni (promosi sah sehingga 30 May 2016) is the right moment bagi sapa yang baru nak cuba.
Ada promosi beli 6 dapat 7, atau boleh beli 2 dapat diskaun 5% you..
Haaa..ape lagi..jom la borong banyak2 collagen bulan ni. Cantik meletop la korang raya ni..
Nak ke nak? Saya ajar cara makan sekali.

Promo bulan ni..SCP, alfalfa dan vitalea for child

Nak order dengan saya? Jom! 

Anda inginkan penjimatan extra? Jom daftar keahlian dan anda bakal menikmati penjimatan sebanyak 15% - 25% bagi setiap pembelian. 

Hubungi saya di talian 019-7000 938 (Nadiah)

Nak Kurus? Nak Cantik? Nak Sihat? Nak Bersih? Nak Yang Selamat? Nak Yang Berkesan?
SEMESTINYA SHAKLEE!
NAK SHAKLEE CARILAH SAYA!

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin menjadi ahli SHAKLEE, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 

 ✐ Blog: Super Ummi~Jom Siha
✉ Email: sniar11@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-7000938
➲ COD Area: 
(WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
(WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam
NewerStories OlderStories Home