ESP Shaklee...Huh, sedap sangat ke??

Satu hari di sebuah rumah di bandar Kuala Terengganu..Si adik sedang membancuh 2 sudu ESP Shaklee di dapur.

Adik : "Erk..tak leh telan la air ni..nampak macam air gandum je..Ishh, kenapa pulak berketul ketul ni?? Nampak macam tak sedap je..menyesal aku beli..huh".

Terus hilang mood nak minum air tadi. Si adik mengambil gelas tersebut lalu membuang segala isinya ke dalam sinki.

..............Hari demi hari, canister ESP Shaklee tadi terus terbiar di ceruk dapur hinggalah satu hari.................

Kakak : Eh, ESP sape ni? Akak nak sket..

Adik : Adik punye tu..nak ke? Amek je semua...adik tak minum pun..nanti expired membazir pulak..

Kakak : [Tercengang seakan akan tak percaya] Eh, biar betul ni..ye ke tak nak? Akak amek k..jangan menyesal..akak minum ni kejap je abes akak sorang..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ahahaha..kalau diingat kembali pengalaman pertama mengenali ESP Shaklee memang rasa rugi sangat2..betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak dapatlah hasilnya..free free je saya bagi secanister tu kat Kak Ana saya.. [ Ishh, aci claim balik tak agaknya ye..hehehe :p ]

Dulu memang saya tak suka dengan rasa ESP Shaklee ni..sebab saya bukanlah seorang penggemar soya. Kalau datang angin kus kus pelik je saya minum air soya, tu pun memilih la sangat2.. Time mesyuarat atau program kat sekolah, air kotak soya paling tak diingini...rela bagi kat orang lain jek..

Tapi dengan ESP Shaklee ni macam dah jatuh cinta la pulak. Sejak dah jumpa resepi bancuhan rahsia yang ngamm sangat2 dengan selera saya..aduh, rasa nak minum berkali-kali la pulak..hahaha..bahaya..bahaya.. [p/s: dicadangkan pengambilan maksimum ESP Shaklee adalah 3 sudu sehari sahaja okayyyy]

Sejak peristiwa "beli dan derma" ESP tu saya memang serik nak beli ESP lagi sebenarnya. Sehinggalah tiba ketika saya mengandungkan aisyah. Masa tu saya menghadapi kesukaran untuk mengawal selera makan yang meluap-luap..asyik rasa nak makan je. Berat naik tak payah cakap la. Memang sangat mendadak. Nasib baik ujian air gula (MOGTT) lepas, jadi doktor cuma order untuk ambil biweekly bp (pegi klinik cek tekanan darah ibu dan baby dalam perut 2x seminggu) je.

Alhamdulillah, selera makan agak terkawal sebab ESP ni membuatkan saya rasa kenyang je. Tidur pun lebih lena (Erk...macam baby la pulak..hihi). Walaubagaimanapun berat tetap naik dengan jayanya..sampai 18kg! Hehe.. Tapi bebas GDM (diabetes masa mengandung). Minggu berganti minggu..sedar tak sedar habis sampai 2 canister ESP Shaklee saya habiskan. Fuh, memang best! (Dah jatuh cinta la katakan)

Yang lagi best tentang ESP Shaklee ni adalah bila si kecil Aisyah dah lahir..kulitnya halus mulus..gebu pulak tu..tapi tahan lasak (macam barang ape pulak kan..hahaha). Maksud saya..bukan kulit sensitif la..dan Aisyah langsung takde masalah ruam susu walaupun dia sangat kuat menyusu. Haa..kalau dah si kecil comel pun dapat tempias bagus, si ibu apatah lagi kan. Hmm..selain kulit ibu turut sama jadi halus mulus sehalus kulit bayi tu, berat badan yang dah naik 18kg sepanjang mengandung tu pun senang je diturunkan. Sekarang saya masih lagi meneruskan pengambilan ESP Shaklee untuk menyokong proses penyusuan kepada si kecil saya sambil2 menguruskan badan. Saya berazam nak susukan Aisyah hingga usianya 2 tahun (Doakan saya berjaya ye)

Ok, meh kita silau2 apa lagi yang menyebabkan anda patut mencuba ESP Shaklee segera.



Berminat nak cuba ESP Shaklee??

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Jom Sihat
✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...