Showing posts with label esp shaklee. Show all posts
Showing posts with label esp shaklee. Show all posts

SENANGNYA IBU MENYUSU NAK KURUS!

Semalam saya bawak Ammar ke klinik untuk check up 5 bulan..Alhamdulillah, berat Ammar naik 700g berbanding bulan lepas. So sekarang dah 7.3kg..patutlah bila dukung tu terasa lebih berat sekarang.

Sambil2 timbang berat anak tu, saya memang suka timbang berat diri sendiri juga kalau ke klinik. Hehe.. Yang bestnya, berat saya pun dah hampir kembali ke berat sebelum mengandungkan Ammar. Yeay!! 🙆🙆

Sebelum preggy, berat saya 52kg..BMI 21. Di akhir fasa kehamilan berat saya mencecah 73kg. Kira ringanlah sikit banding pregnant Aisyah dulu (78kg). Haha. Selepas bersalin dan dalam pantang berat saya 62kg. Dan sekarang ketika Ammar berusia 5 bulan, berat saya dah turun ke 55kg. 😄😄 Tinggal 3 kg je lagi yang perlu dihilangkan (target nak kembali ke berat 52 kg).

Bagi saya, dalam tempoh menyusu ni memang senang sangat nak kurus berbanding masa sebelum kawin dulu. Sebab..walaupun tanpa senaman berat dan konsisten, ada juga makan lewat malam sekali sekala, tanpa berdiet (saya makan nasi 2 @ 3 kali sehari), saya masih lagi boleh menurunkan berat badan tanpa menjejaskan proses penyusuan untuk anak saya. Best kan?

Meh nak share sedikit TIPS IBU MENYUSU KEMBALI KURUS TANPA JEJASKAN SUSU UNTUK ANAK.

1) 2 bulan pertama, fokuskan pada nak mantapkan penghasilan susu aje tau. Fokus pada pemulihan kesihatan diri luar dan dalam aje masa ni.

2) Susukan bayi secara kerap dan tanpa had. Senang citer layan je bila2 baby nak menyusu tu. Jangan duk sibuk nak timing masa sangatlah. Sebab menyusu pun dah bakar kalori tau!

3) Jangan skip sarapan dan lunch. Penting untuk kekalkan bertenaga sepanjang hari. Pastikan juga ambil makanan lengkap tau. Jangan tinggalkan sayur sebab tu membantu banyakkan susu jugan

4) Pilih snek sihat untuk kudapan seperti buah, salad, oat.

5) Jauhi makanan ringan (jajan), air berkarbonat, makanan segera. Sebab tak berkhasiat, kalori tinggi pulak tu. Gula/garam pun banyak woo = musuh turun berat.

6) Minum air secukupnya. (kira untuk nisbah berat 25kg, perlu 1 liter air)

7) Pastikan penghadaman dan pembuangan normal. Kalau ada masalah kat sini memang payah nak turun berat juga, khasiat dari makanan pun tak dapat diserap usus. Rugi je. Pastikan membuang setiap hari tau.

Tak perlu terburu2 nak kurus. Biarkan berat turun secara perlahan2.. Jaga pengambilan kalori 1500 - 1800 kalori sehari. Jika ambil lebih dari yang diperlukan memang tak heranlah jadi gemuk. Gemuk tak menjamin susu banyak tau!

Selain itu, saya juga ambil ESP (kawal selera makan), lecithin & omega (bakar lemak), & alfalfa (bantu sistem penghadaman dan fungsi usus). Ketiga2 ni juga membantu dalam penyusuan. Selamat untuk ibu menyusu.

Nak tips lagi?
Whatsapp 0197000938

#tsunamishaklee
#liveamazing
#setkurusibumenyusu
#greatSID
#tim6awesome

Anda pemin dapat 7 daat tegar ESP? Anak anda penggemar meal shakes Shaklee? Dah jatuh cinta dengan ESP dan meal shakes?? 


Wah, berita baik bulan ini untuk anda! Inilah peluang terbaik anda untuk beli ESP dan meal shakes banyak2...buat stok banyak2! Stok untuk setahun gitu...haha


Shaklee kasi Double Promo lagi bulan ni!


ESP beli 6 dapat 7!
Meal shakes beli 3 dapat 4!

Jangan lepaskan peluang ini tau! 



E
Bismillah..

Resepi ni diinspirasikan dari Mangoesteen Energizer yang telah dikongsikan di FB Shaklee Malaysia. Terliur benor dah melihat jus dalam gelas tu jadi cepat2 saya ajak encik suami ke Sabasun 2 Hypermarket sebab nak cari jus manggis. Buah manggis di luar musim..kita pakai jus ready made dah la ye.. Saya pilih jus Manggis jenama Fruit Tree sebab kandungan gula yang kurang berbanding jenama Marigold. Tapi yang Fruit Tree ni ada campuran delima..Marigold memang hanya jus Manggis.

jana idea dari gambar ni le..meleleh2 air liur mengidam nak minum ni tau.. [hyperbolic statement je tu..hehe]

Balik umah je terus capai shaker tudung hijau ni..mix2 bahan2 dalam gambar tu..pastu kocak2..siap! Dari pengalaman ini baru saya tau rupanya ESP dan Meal shakes boleh larut dengan mudah dengan air sejuk.. Selama ni saya ingatkan kena guna air suam je..huhu [padah kerana kurang membaca!]

Bancuhan yang saya suka macam ni caranya:

200ml jus Manggis & Delima Fruit Tree
100ml air sejuk2 dari peti ais
2 sudu besar Meal Shakes
1 sudu besar ESP

Saya suka keharuman vanilla dari Meal Shakes..jadi, saya add on Meal Shakes jugak..best! 

Bagi yang masih mencari macam mana nak dapatkan bancuhan ESP yang digemari, bolehlah cuba resepi ini!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Jom Sihat ✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras
Keterangan Produk:

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


ESP ~ RM 150.00 per canister


Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormone semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.




Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail
 ✐ Blog: Super Ummi
 ✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA
Satu hari di sebuah rumah di bandar Kuala Terengganu..Si adik sedang membancuh 2 sudu ESP Shaklee di dapur.

Adik : "Erk..tak leh telan la air ni..nampak macam air gandum je..Ishh, kenapa pulak berketul ketul ni?? Nampak macam tak sedap je..menyesal aku beli..huh".

Terus hilang mood nak minum air tadi. Si adik mengambil gelas tersebut lalu membuang segala isinya ke dalam sinki.

..............Hari demi hari, canister ESP Shaklee tadi terus terbiar di ceruk dapur hinggalah satu hari.................

Kakak : Eh, ESP sape ni? Akak nak sket..

Adik : Adik punye tu..nak ke? Amek je semua...adik tak minum pun..nanti expired membazir pulak..

Kakak : [Tercengang seakan akan tak percaya] Eh, biar betul ni..ye ke tak nak? Akak amek k..jangan menyesal..akak minum ni kejap je abes akak sorang..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ahahaha..kalau diingat kembali pengalaman pertama mengenali ESP Shaklee memang rasa rugi sangat2..betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak dapatlah hasilnya..free free je saya bagi secanister tu kat Kak Ana saya.. [ Ishh, aci claim balik tak agaknya ye..hehehe :p ]

Dulu memang saya tak suka dengan rasa ESP Shaklee ni..sebab saya bukanlah seorang penggemar soya. Kalau datang angin kus kus pelik je saya minum air soya, tu pun memilih la sangat2.. Time mesyuarat atau program kat sekolah, air kotak soya paling tak diingini...rela bagi kat orang lain jek..

Tapi dengan ESP Shaklee ni macam dah jatuh cinta la pulak. Sejak dah jumpa resepi bancuhan rahsia yang ngamm sangat2 dengan selera saya..aduh, rasa nak minum berkali-kali la pulak..hahaha..bahaya..bahaya.. [p/s: dicadangkan pengambilan maksimum ESP Shaklee adalah 3 sudu sehari sahaja okayyyy]

Sejak peristiwa "beli dan derma" ESP tu saya memang serik nak beli ESP lagi sebenarnya. Sehinggalah tiba ketika saya mengandungkan aisyah. Masa tu saya menghadapi kesukaran untuk mengawal selera makan yang meluap-luap..asyik rasa nak makan je. Berat naik tak payah cakap la. Memang sangat mendadak. Nasib baik ujian air gula (MOGTT) lepas, jadi doktor cuma order untuk ambil biweekly bp (pegi klinik cek tekanan darah ibu dan baby dalam perut 2x seminggu) je.

Alhamdulillah, selera makan agak terkawal sebab ESP ni membuatkan saya rasa kenyang je. Tidur pun lebih lena (Erk...macam baby la pulak..hihi). Walaubagaimanapun berat tetap naik dengan jayanya..sampai 18kg! Hehe.. Tapi bebas GDM (diabetes masa mengandung). Minggu berganti minggu..sedar tak sedar habis sampai 2 canister ESP Shaklee saya habiskan. Fuh, memang best! (Dah jatuh cinta la katakan)

Yang lagi best tentang ESP Shaklee ni adalah bila si kecil Aisyah dah lahir..kulitnya halus mulus..gebu pulak tu..tapi tahan lasak (macam barang ape pulak kan..hahaha). Maksud saya..bukan kulit sensitif la..dan Aisyah langsung takde masalah ruam susu walaupun dia sangat kuat menyusu. Haa..kalau dah si kecil comel pun dapat tempias bagus, si ibu apatah lagi kan. Hmm..selain kulit ibu turut sama jadi halus mulus sehalus kulit bayi tu, berat badan yang dah naik 18kg sepanjang mengandung tu pun senang je diturunkan. Sekarang saya masih lagi meneruskan pengambilan ESP Shaklee untuk menyokong proses penyusuan kepada si kecil saya sambil2 menguruskan badan. Saya berazam nak susukan Aisyah hingga usianya 2 tahun (Doakan saya berjaya ye)

Ok, meh kita silau2 apa lagi yang menyebabkan anda patut mencuba ESP Shaklee segera.



Berminat nak cuba ESP Shaklee??

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Jom Sihat
✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA
OlderStories Home