PENGALAMAN MENYUSU (KALI PERTAMA)

               Alhamdulillah, Aisyah Madihah masih bf.. 6 bulan pertama yang dilalui ini agak menabar bagi saya selaku ibu baru yang masih menimba ilmu dlm bf..

       Sungguh, kalau tak kerana sokongan dari suami, dan pengasuh aisyah..serta keluarga kami..mungkin saya dah hampir putus asa. Nak tau kenapa? Jemputlah baca serba sedikit pengalaman saya yang dicoretkan di sini ye.. Moga serba sedikit memberi manfaat kepada pembaca2 semua.


SEBELUM BERSALIN

Teringat pesanan kakak2 saya: 

1) Jangan beli susu formula masa menyediakan keperluan bayi sebelum bersalin tu.

2) Bear in your mind that you MUST breastfeed your baby. WAJIB SET MINDA! So saya dah start cari ilmu dan mula mengumpul serba sedikit maklumat tentang breastfeeding. Kadang2 saya baca di Internet, kadang2 bertanya pada kakak2 saya. Macam2 jugak panduan pertama kali menyusu yang mereka ajar..cara nak handle stok ebm..cara nak panaskan. Hehe..Thank you sisters!

3) Saya juga dipesan untuk mula berdoa agar Allah izinkan saya menyusu bayi saya nanti. 

4) Selain itu saya juga selalu motivate diri dengan berkata Mak kita yang zaman dulu takde peralatan canggih pun boleh...kenapa tak saya..betul tak? Prepare mental pun sangat penting..saya baca kisah2 ibu yang menyusu, pengalaman mereka, what to expect when you bf..& macam2 lagi.. Saya baca nukilan ibu2 lain tentang apa rasanya kali pertama menyusu..sakit ke tak..apa persediaan mental dan fizikal yang perlu saya ada.

5) Kemudian saya dicabar pula oleh kak ana saya utk full bf aisyah sbb kata mak, saya sepenuhnya susu ibu jgk masa kecil. Sanggup berlapar menanti mak balik kerja..hehe. Punyala tak nak susu formula..


BAYI AWAK TAK PANDAI MENYUSU

Day 1 - di Hospital

        Aisyah selamat lahir jam 8.55 malam pada 10 Mac 2014 di HSNZ Kuala Terengganu secara normal. Sejurus selepas dilahirkan Aisyah (ketika itu belum dibersihkan, belum di potong tali pusat) diletakkan diatas dada saya.  Rasa tenang dan lega melihat wajah comelnya. Saya disuruh cuba meyusukan Aisyah tapi Aisyah hanya mengemam sahaja...dia tidak pandai menghisap.

Di wad pula, sekali lagi saya mencuba untuk menyusukan Aisyah..tapi sama sahaja.. Aisyah cuma menjilat dan mengemam. Bimbang dia lapar, saya menyapu air zamzam ke bibirnya. Emak dan suami juga ada menyuakan kurma..Aisyah cuma menjilat2 kurma tersebut. Kemudian terlena dalam dakapan saya.

Keesokkan harinya, pagi2 lagi Aisyah dah berak. Kemudian menangis minta disusukan. Tapi lidahnya selalu menolak2 keluar apabila puting disuakan kepadanya. Kemudian merengek2 kerana lapar. Memang situasi yang mencemaskan bagi ibu baru seperti saya. 

Saat itu, saya teringat pesan mak..katanya tenangkan bayi dulu, barulah menyusu. Saya peluk dan dakap aisyah kemas2...bisikkan di telinganya untuk memujuk Aisyah mencuba lagi. 

Alhamdulillah setelah 5-6 kali mencuba akhirnya dia mula menghisap dan akhirnya tertidur selepas kekenyangan. 

Setiap 2 jam saya akan cuba susukan Aisyah, walaupun Aisyah tidak merengek mahukan susu sebab saya mahu menggalakkan pengeluaran susu. Selain itu, nak melatih Aisyah menghisap.

Tapi peristiwa pagi hari itu, memang mengecewakan saya. Masa tu doktor baru memulakan sesi round wad. Bila dah hampir nak sampai ke katil saya, kebetulan ada nurse yang datang untuk bagi suntikan imunisasi pertama Aisyah. Lepas kena cucuk of course la baby menangis kan? Sebab sakit. Aisyah menangis, jadi nurse2 yang lain suruh saya susukan Aisyah. 

Melihatkan kepayahan Aisyah nak mula menghisap, (kena cuba banyak kali baru berjaya) nurse tersebut terus mengambil Aisyah dari saya. Katanya "bayi awak ni tak pandai menghisap, dia perlukan bantuan"...Saya terpinga2...bantuan apa yang dimaksudkan? Aisyah diletakkan dalam baby cot dan terus dibawa pergi dari saya. 

Rupa2nya bantuan itu adalah susu formula! Ya, anak saya diberi susu formula tanpa keizinan saya! Sedih rasanya.. Apabila tindakannya itu dipersoalkan, nurse itu menjawab bayi awak boleh dehydrate sebab dia tak pandai menyusu. 

Mungkin kerana saya ibu baru..ini bayi pertama, maka dia tak percaya bila saya beritahu bahawa Aisyah memang payah sikit nak menyusu..tapi saya dah berjaya susukannya tadi. Dituduhnya saya ini cepat give up..sebab tu anak tak dapat menyusu..haisshhh...nak meletup je rase..

Tak lama lepas tu, datang seorang nurse berpangkat sister (nurse berbaju biru..kalau salah istilah tolong betulkan ye..hehe)..datang nak melihat dan mengajar saya menyusu Aisyah. Tapi kebetulan masa tu Aisyah dah tidur lena...dek susu formula. Beberapa.kali dia dtg.menjenguk..akhirnya boleh jgk sy buktikan pada dia yang Aisyah boleh menyusu dengan sedikit usaha.. 

Perasaan pertama kali menyusukan Aisyah agak menarik..sebab selama ni saya selalu fikir macam sakit je menyusu ni..ataupun geli. Tapi rupa2nya bila mulut bayi melekap dengan betul pada breast ibu, tak sakit langsung. Melihat bayi yang kita kandung 9 bulan tu berada dalam dakapan kita, hmm..sungguh indah perasaannya..tak pandai nak cerita...hehe

#nota: 
Peristiwa sebegini memang sentiasa berulang setiap kali menyusukannya dalam tempoh sebulan yang pertama. Aisyah selalu menolak bila cuba disusukan..walaupun ketika dia lapar dan mahu menyusu. Seboleh2nya saya cuba elakkan menyusu di hadapan orang2 yang saya telah kenal pasti kurang menyokong penyusuan ibu (sebab asyik suggest saya beri susu formula..kononnya eloklah train sebelum saya masuk bekerja). Setiap kali terjadi begitu saya akan sentiasa cuba mengawal perasaan. Jangan sampai timbul rasa marah, atau putus asa. Saya juga selalu bisikkan pada Aisyah bahawa dia pandai menyusu dan suka menyusu dengan umminya ini.

#tips: selawat dan zikir boleh membantu ibu menenangkan fikiran.

DISCAJ AKHIRNYA..

Setelah semuanya dipastikan normal (baby dah buang air besar dan kecil, Ummi pun takde masalah membuang juga, baby boleh menyusu, dll), saya dan Aisyah akhirnya discaj pada petang 11 Mac 2014. Tengahari tu pun dah boleh keluar kata doktor...tapi menunggu encik suami datang uruskan proses keluar wad (bagi can dia tidur dulu sepanjang pagi sebab seharian dah dia tak tido sepanjang berdebar tunggu waktu bersalin saya)..

Nak baca pengalaman penyusuan saya di rumah pula?
Klik SINI!
          
        






NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...