PENGALAMAN MENYUSU PART 2

DUGAAN DI RUMAH


Saya dan Aisyah discaj pada petang hari pertama, 11 Mac 2014..(masih dikira hari pertama sebab Aisyah lahir malam). Saya berpantang di rumah mak, dan bergilir2 juga di rumah mertua sebab dekat je. Sepanjang berpantang terutamanya hari2 awal selepas bersalin, suami memang banyak membantu memandangkan bahagian badan saya dari pinggang ke bawah sangat lemah ..hampir tak mampu bangun tanpa susah payah. Rasa macam masih ade 20kg kt perut tu..Bila dah baring nak mengiring pun payah. Memang rasa macam orang nak lumpuh. Mungkin efek saraf yang terhimpit sepanjang kehamilan. Tambahan pula saya memang ada sejarah sakit berkaitan saraf.

Mujur suami sangat memahami. Jadi dialah yang turut bangun mengambil aisyah dari tempat tidurnya, meletakkan aisyah ke pangkuan saya. Adakalanya dia lah tempat bersandar saya sepanjang menyusukan aisyah. Membancuhkan segelas susu utk saya juga. Dari mula, dia tak pernah membiarkan saya keseorangan menjaga aisyah. Terima kasih abang!


Aisyah: Hari Ke-2

Malam selepas discaj adalah hari kedua Aisyah. Sejak petang Aisyah asyik nak menyusu. Macam tak puas. Mungkin sebab dah merasa kenyang dengan susu formula petang tadi, jadi bila menyusu dengan saya rasa tak puas sebab susu masih sedikit..perlahan pula tu yang keluar. Masa ni memang saya belum mulakan apa2 supplement sebab saya nak tengok macam mana progress permulaan saya tanpa supplement.

Malam itu saya dan suami langsung tak dapat tidur. Penatnya Allah je tahu. Masa tu pinggang dah rasa macam nak tercabut. Puting pun dah sakit dan merah. Tapi lagi kasihan dengan suami..Bila Aisyah tidur, cepat2 dia suruh saya tidur. Bila Aisyah menangis dia la orang pertama bangun mendukung Aisyah...menenangkan si kecil itu.

Sepanjang malam itu, Aisyah tidur tak sampai 10 minit...kemudian nak susu lagi.. Dengan keadaan saya yang masih lemah suami saya memang tak sampai hati tengok saya terpaksa kerap bangun menyusu sambil duduk, tak boleh baring (sebab saya belum pandai menyusu sambil baring). 

Keesokkan harinya ketika saya diurut, mak menyuruh suami membelikan susu formula untuk Aisyah. Jadi belilah Lactogen. Masa ni sedih sangat tapi terpaksa saya relakan je sebab mengurut tu mengambil masa yang agak lama. Cubaan untuk mengepam pun tak berhasil. Keluar setitik dua je dan sangat pekat. Sebelum diurut saya dah menyusukan Aisyah agak lama..hampir 1 jam, tapi masih belum mencukupi

Pertama kali bancuh 2 oz, saya pum terkejut tengok Aisyah dah pandai hisap dari botol..lebih mudah dari menghisap dengan saya sendiri..dan si kecil ummi itu minum hingga kekenyangan. Lama juga dia tidur lepas tu (Kenyang sangat la tu). Suami pun gembira tengok Aisyah tidur lama sebab saya pun dapat rehat juga!

Melihatkan situasi itu..encik suami bagi cadangan supaya saya memberi susu saya, berselang seli dengan susu formula kepada Aisyah. Dengan berat hati, terpaksa jugak mengikut cadangan itu sebab turut kasihankan suami yang belum berehat kerana menjaga kami berdua. Dalam hati ni menjerit2 tak rela! Huhu..

Aisyah: Hari Ke-3

Jadi pada malam itu kali kedua kami memberi Aisyah susu formula.. 1 oz sahaja. Kemudian menyusu pula dengan saya. Ya, Aisyah memang tidur lena. Kami pun dapat tidur lena. Tapi tanpa kami sedar sesuatu yang lain bakal terjadi..

Pagi keesokkannya, saya diurut untuk kali kedua. Sekali lagi Aisyah diberi susu formula kerana saya masih belum dapat menyediakan ebm. 

Sebenarnya, saya dah mula bimbang. Aisyah tak buang air besar sejak semalam hari tersebut. Macam sembelit. Kerisauan itu saya panjangkan kepada JM yang datang melawat ke rumah. JM cakap tak perlu risau kalau perutnya tak keras dan Aisyah juga kerap buang angin. Tapi kalau nak sure boleh bawa ke klinik katanya, ada ubat nak kasi baby poo poo [baca: berak]. 

Kemudian JM suruh kami ke klinik kesihatan untuk memeriksa tahap jaundis...kerana Aisyah dah mula menunjukkan simptomnya. Faktor risiko pula tinggi sebab saya berdarah jenis O +ve.

Bacaan Jaundis Aisyah agak tinggi..214. Kata staff nurse yang memeriksa, jika bacaan esok hari melebihi 220 maka Aisyah perlu dimasukkan ke hospital. Saya risau bacaan tersebut tidak turun ketika diperiksa esok hari kerana Aisyah masih lagi belum poo poo.

Saya menyampaikan kerisauan kepada suami dan setelah berbincang kami hentikan memberi susu formula. Ya, saya tau...bukan susu formula penyebabnya, tapi bila diberi susu formula Aisyah tidur lena terlalu lama, sedangkan saya perlu kerap menyusukannya agar dia kerap buang air kecil dan besar. Hanya cara itu yang boleh menurunkan jaundis. (Seperti yang nurse dan doktor selalu nasihatkan). Selain itu, saya berharap sembelit Aisyah akan hilang dengan kerap menyusu. Ummi perlu berkorban, tak mengapa Ummi penat sedikit asalkan Aisyah sihat dan ceria..

Aisyah:  Hari ke 4

Hari ni hari terakhir saya diurut. Gembira sangat sebab susu dah banyak. Melimpah2..
Tapi tetap juga ada kerunsingan kerana Aisyah masih lagi belum berak, cuma kencing sahaja.
Setelah dilawati JM pada petang itu, sekali lagi ke klinik pada petang itu. Tapi hati dah rasa tak sedap, sebab JM kata simptom kuning dah makin merebak ke seluruh badan Aisyah. Huhu..Perkara yang saya khuatiri akhirnya berlaku juga. Bacaan jaundis 241! Aisyah perlu warded segera! 

Hati ibu yang tak sebak tak tertahan, menangis saya di sepanjang perjalanan ke hospital. Saya rasa bersalah kerana mungkin tidak kerap menyusukan Aisyah.. Sedih jugak kerana terpaksa berpisah dengan Aisyah..hua huaaaa!!
         
        
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...