Cabaran Hari ke-3 | Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Alamak, malu pulak nak snap segala 'sampah sarap' dalam henbag iolls ni. Dah esaimen sifu bagi..kita kena la dengar cakap cikgu kann...hehe..iolls ni kan nak jadi murid yang baik giteww..

Oklah, ni lah 'henbag' kesayangan saya, dah setahun lebih pakai tak tukar2 lagi..sebab Encik Suami kata jangan membazir, henbag kan masih elok...dulu beli mahal2, pakailah sampai lunyai..baru kita tukar. Kata nak jadi isteri solehah...kita layann je la..(walaupun dalam hati menjerit2 nak tukar..haha). 


Beg hantaran kahwin ni...mana tak sayang..sampai sekarang masih pakai (baru kawin 1++ tahun je pon..hehe)

Kita ni walaupun meleleh2 dah air liur tengok orang lain pakai handbag baru..aishh, sabor le Nadiah..besar pahala tau bila ikut cakap suami. Lagipun logik jugak katanya kan..ada banyak2 kalau tak diguna, buat koleksi je..rasa membazir la pulak. Lagipun, saya ni memang jenis yang tak suka tukar2 handbag..Satu tu je la yang saya pakai...pegi kerja ke..jalan2 ke..kenduri ke..

 Memang saya akui, saya banyak belajar berjimat sejak kahwin ni.. Semuanya thanks to my Hubby :)



sneakpeak dari pandangan atas..macam tagline Astro, Macam Macam Ada!

Selalunya handbag ni memang 'bergembo2' (baca: gemuk kerana terlalu penuh dengan barang) sokmo.. Yang dah setahun terperap pun ada..haha..ambik kau Jah!

Kertas terselit sana sini tu memang la banyak..selain syiling yang sokmo buat beg makin berat. Mana taknya, tiap kali membeli belah tu resit shopping dan baki duit syiling tu. Selit je mana2. 

Ok, it's time to 'melembang' a.k.a 'buat hanyar' [baca: selongkar/buat sepah] pulak..Baru la tau specifically apa la yang duk bertapa dalam beg ni kan..

Jeng Jeng Jeng!!


Betul tak..Macam Macam Ada!

Ok, meh kita buat list sket..20 barang dalam beg Cikgu Nadiah!

1) Beg Duit (wajib la kan..kalo tak mana nak campak semua duit dan kad2 segala tuh)

2) 2 pendrive (apa penjodoh bilangan yang betul untuk pendrive ek?)

3) Memory card reader (dapat free masa beli henfon..sepatutnya nak simpan dalam pencil case je)

4) Peglock (tak tau camane buleh ada kat sini pulak)

5) Segugus kunci (saya sayang sangat key chain lembu tu..hehe..cute! Dapat free je dengan membeli dua kotak susu dutch lady 250ml kat & Eleven tahun lepas. Tang lembu2 ni mesti buat saya teringatkan seorang kawan yang suka gelarkan dirinya Kawaii Nino)

6) Getah ikat rambut (dapat free sebab beli shawl dengan ofismate..hehe)

7) Eyeliner Elianto, Lip Balm Maybelline, Lipstick Collagen Terlajak Laris (ni semua tak ingat dah bila last pakai..haha..sebenarnya ada jugak cita2 nak melawa tuh!)

8) Bekas Vitamin Shaklee (yang ni tak boleh miss sebab banyak supplement favourite saya dalam tu!)

9) Cinch tea mix (tersesat nih..sebab aritu kononnye nak buat bekal gi sekolah, kasi extra energy untuk hari yang super duper sibuk..last2 lupe pulak nak minum..bz le sangat i kan.. :p)

10) Syiling yang bermacam2 saiz (pemberat beg)

11) Brooch dan Jarum Tudung (akhir2 ni selalu on-the-go..ke hulu ke hilir..jadi bawak siap2 yang pelbagai jenis. Kalo rosak satu, ada lagi yang lain)

12) 3 botol Perfume berlainan bau 

13) Panty liner (buat bekalan je..kita orang perempuan kena standby sokmo,,kalo tak untuk kegunaan sendiri, jadi rezeki orang lain yang emergency)

14) Sampul duit raya (duit jual shaklee, jual kek lapis, jual acar ikan masin, duit Aisyah Madihah..terkini, semua sampul dah kosong..tapi masih bertapa dalam beg..haha)

15) Buku Akaun Tabung Haji 

16) Resit2 shoping, beli buku, fotostat latihan budak, etc

17) Business card Kedai Nasi Arab Al Fateh ~ baru pegi makan last 2 weeks

18) Kalkulator, pen merah dan hitam (WAJIB)

19) Henfon Nokia (boleh buat baling2..tak rosak pun..haha)

20) Tag nama 


Haa...tu diaaaa... Kalau tengok ni mesti anda boleh teka saya keje apa kan? haha.. Siap ada pen merah, pen hitam, kalkulator dan name tag! Siap 2 name tag lagi tu... Patut la selama ni cari tak jumpa, bertapa dalam handbag rupanya dua2 name tag tu. Satu nama penuh (baru buat tu), satu lagi nama pendek je..boleh pakai kat uniform.

Ok, uolls dah teka apa pekerjaan saya? Yes, I am a Math Teacher! Specifically bidang saya memang Matematik lah.. Mengajar subjek Matematik Tambahan. Pen merah banyak2 tu sebab baru2 ni baru je lepas musim menanda kertas Peperiksaan Percubaan SPM dan Ujian Setara September. Kalkulator tu memang WAJIB ada sokmo dalam beg ni sebab nak tunjuk contoh kat pelajar la katakan..hehe.. Walhal kadang2 bila mengajar kat kelas takde pun guna sangat..sebab saya suka explain kat depan, tulis jalan pengiraan tapi paksa budak2 yang kirakan..haha. Cikgu kena la bagi latihan mengira tu kat pelajar..buat ape pulun buat sorang2 kan?? Haa...gitteww..

Hm, itulah 20 barang dalam handbag saya.. Yang pastinya beberapa barang di antaranya adalah item2 yang sentiasa ada, dan ada yang sentiasa silih berganti..
NewerStories OlderStories Home

4 comments:

  1. HP nokia pun ada lagi?hebatttt!

    ReplyDelete
  2. 3 botol perfume??? hahahahaha.. 3 sesi lain-lain bau yer..hehehe

    ReplyDelete
  3. Mama @Dilla Jalil..HP nokia tu baterinya tahan 3 hari tanpa caj, haruslah simpan..haha

    ReplyDelete
  4. @Gedung Sinar Sihat...1 untuk baby Aisyah, 1 untuk Umminya, 1 untuk ayahnya..ngehehe :))

    ReplyDelete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...