Restoran Kegemaran Saya di Kuala Terengganu | Day 6

Alahai..topik ni susah sikit sebab jarang benor snap gambar kat restoran kegemaran tu. Apabila saya ceritakan tentang topik entri ini pada encik suami terus dia tanya..restoran kegemaran kita yang mana?? Adoi..pulak dah!

Tapi lepas fikir2kan untuk diklasifikasikan sebagai kegemaran tentulah yang paling kerap dikunjungi kan..jadi inilah dia..siap Google Earth lagi tu.. Ada 2 tempat yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian.


1) Warung Sup Gear Box, Durian Burung, Kuala Terengganu.

Waktu malam akan meriah dengan lampu


Lokasinya di Kampung Durian Durian Burung. Restoran ni tutup di siang hari dan hanya buka waktu malam je. Memang senang sangat nak cari. Restoran ni bersebelahan dengan Kedai Barang & Alatan Perkahwinan D'Nur Aisyah. Biasanya saya gunakan Stesyen Minyak Caltex yang berada bertentangan sebagai panduan. Dah nampak Caltex maksudnya sila perlahankan kereta. Ruang parking kereta memang banyak kat tepi jalan.


Kedai yang selalu kami jadikan landmark untuk cari, selain Caltex yang juga menandakan dah hampir sampai


Hm, sebenarnya saya pun tak tahu apa nama restoran kegemaran saya tu..hahaha [aci ke gitu?]. Sebabnya kitorang selalu drive je ke situ, sampai, cari tempat duduk, order, makan, siap bayar...blah..haha. Tapi selalunya kami repeat order menu yang sama..SUP GEAR BOX! Sedap... Semangkuk besaaaaar! Biasanya saya dan suami berkongsi aje..sebab memang dah cukup untuk kami berdua.

Di sini ada pelbagai jenis menu iaitu aneka jenis sup (sup gear box, sup perut, sup daging, sup campur, sup tulang, sup belut, dll), aneka jenis makanan panas, masakan ala Thai (tomyam dia pun best..ade banyak yang saya tak pandai nak sebut), bakar2 (ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, dll), pelbagai jenis roti canai atau anda boleh juga request untuk masakan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, sotong celup tepung dan pelbagai lagi. Memang variety sangat. Sedap dan harganya berpatutan. Memang terbaikkk la!


2) Warung Norazila, Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Ok, yang ni pula letaknya di tempat yang biasa jadi tumpuan setiap pelancong yang datang melawat Terengganu iaitu Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai). Rasanya buka jugak siang hari tapi biasanya ke waktu petang sikit la..dan juga malam (sampai lewat malam juga..tapi tak pasti pukul berapa).

Google Earth je la..haha. Banyak tempat parking kat kedai ni.

Apa yang best kat sini? Saya suka masakan panasnya. Setakat yang pernah saya cuba semuanya memuaskan. Ada stesen2 kecil yang jual Western Food, Char Kuew Tiaw, Nasi Lemak, Burger, Kerang Bakar, Mini Pizza, Laksa Penang, Pau, dan macam2 lagi.. Kami memang suka pilih kedai makan yang macam ni sebab kadang2 selera tak menentu dan berbeza..hehe. Saya selalu order Char Kuew Tiaw (biasa dan special). Memang sedap! Kerangnya banyak sungguh! Yang biasa pun banyak kerang. Kalau yang special tu akan ada telur goreng separuh masak..Best! Murah pulak tu..bawah RM 5.00. Kat sini juga ada stesen jus dan jus yang paling digemari ialah jus buah naga dan jus mangga. Memang pure sangat!

Nah, layankan gambar ni dulu..Sedap jus ni!
(Gambar sumber Internet)

Hm, kalau anda datang melawat Terengganu jangan lupa singgahlah di dua2 warung ni ye..pasti puas hati ;)





Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail (962833)

 ✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat
 
 ✉ Email: sniar11@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 

 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam
NewerStories OlderStories Home

1 comment:

  1. untung ade google street view ni ye. kalau terlupa ambek gambo boleh rujuk kat situ. senang untuk sapa2 nak pergi tgk landmark2 yg ade

    ReplyDelete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...