Aisyah..kaulah anugerah terindah dalam hidup ummi. Lahirmu tanggal 10 Mac 2014..jam 8:55 malam. Tangisan pertamamu sama2 ayah dan ummi syukuri..dengan rasa penuh terharu.
Trimester 1 : Tempoh Awal Kehamilan
Sakit Pinggang Melampau
Aisyah..mengandungkan Aisyah tidak mudah bagi Ummi. Walaupun penantian Ummi dan ayah cuma selama 6 bulan, tapi seawal trimester pertama kehadiranmu dalam rahim Ummi sangat mendebarkan.
Seawal 2 minggu, Ummi sakit dipinggang yang teramat kuat..seakan akan mahu lumpuh rasanya. Apabila berbaring sukarnya nak membalikkan badan. Jika duduk pula..Ummi tak mampu bangun tanpa berpaut. Alhamdulillah beberapa hari selepas itu ianya beransur hilang. Kemudian muncul pula debaran lain.
Disyaki Blighted Ovum
Perasaan teruja dengan kehadiranmu membawa Ummi ke klinik untuk scan. Kali pertama scan, langsung tak nampak apa2..Doktor bimbang andainya kandungan luar rahim. Ummi diberi surat referal, tapi Ummi endahkan saja..kerana takutkan risiko keguguran jika dibuat vaginal scan.
Sebulan kemudian scan lagi..nampak kantung kecil..tapi..kata doktor..kantung kecil dalam rahim Ummi ketika itu disyaki blighted ovum. Kantungnya ada tapi kelihatan kosong. Sedihnya Ummi tapi dalam masa yang sama masih ingin fikir positif. Naluri Ummi kuat mengatakan ada, cuma Allah masih hijabkan. Tiap2 malam Ummi doa agar berita itu tak benar. Tak sanggup untuk kehilanganmu seperti kakak Ummi, Che Ngah yang beberapa bulan sebelumnya telah mengalami keguguran kerana blighted ovum.
Ummi buat keputusan untuk lambatkan tarikh scan seterusnya..sambil berikhtiar dengan mengamalkan vitamin2 shaklee iaitu BComplex, Vitalea, Vita C SR, Oste..akhirnya dengan izin Allah janin kecil itu kelihatan jua. Alhamdulillah..
Trimester Kedua & Ketiga: Morning Sickness Yang Normal, Kaki Edema, Tapi Tak Pernah Cramp Kaki
Sepanjang mengandungkan Aisyah, Ummi hanya mengalami alahan yang ringan sahaja. Mual2 dan pening diwaktu pagi (morning sickness), sesekali akan muntah apabila makan. Tapi masalah angin dalam badan agak mengganggu Ummi. Asyik sendawa je.. Kaki pula sembap (edema) agak awal iaitu memasuki usia kandungan 20 minggu hingga bersalin. Sentak mengkarung @ cramp kaki memang tak pernah..alhamdulillah..mungkin sebab kalsium dalam badan mencukupi..hihi.
Overdue 8 Hari
Menghitung hari akhirnya cukup 40 minggu kehamilan tapi Aisyah belum tunjuk tanda nak keluar. Debaran kian terasa bila doktor bagi surat untuk serah diri ke hospital jika dalam masa seminggu lagi Aisyah belum keluar juga. Seminggu berlalu akhirnya kena serah diri juga. Masa ni paling ditakuti kot2 kena induce ke..ceaser ke..adui..takut sungguh. Tapi mujur selamat dari keduanya sebab masa serah diri rupanya jalan dah terbuka 3cm tanpa ada rasa sakit/ turun tanda. Sempatlah ummi bermalam di hospital menanti progress bukaan. Malam tu (Ahad, 9 Mac 2014), relax je rehat kat hospital. Sempat sembang2 dengan kawan2 baru dari katil2 berhampiran.
Pagi keesokkan harinya, awal2 pagi lagi dah kena beratur untuk doktor cek bukaan. Sebab tiada progress (masih 3cm), doktor buat bukaan sket. Masa tu la baru mula rasa sakit ala2 senggugut nak period. Mula rasa tak selesa dan macam lenguh2 pinggang je..tapi tanda turun air atau darah.
Menjelang tengahari, sakit tu makin kuat. Dalam hati berkata, agaknya nilah sakit contraction bersalin. Masa tok datang melawat (mak Ummi), tok suruh paksa diri untuk makan juga tengahari tu..kemudian cepat2 solat.
Rasanya dekat setengah jam baru selesai solat..slow2 je sebab sambil menahan sakit contraction. Bila datang rasa tu gigil rasa seluruh badan.
Jam 5.30 petang makin ramai pelawat membanjiri wad. Nenek dan Che Ngah temankan Ummi. Ayah Aisyah tunggu kat luar je sebab dua orang je yang boleh masuk. Contraction makin kuat. Ummi dah tak kuat nak jalan ke Bilik Pemeriksaan untuk cek bukaan. Nenek suruh Che Ngah panggilkan Nurse ke katil Ummi. Rupanya dah 5 cm. Dah boleh tolak ke Labour Room. Tapi Nurse cakap sabar dulu sebab LR penuh. Sejam lepas tu..rasa dah tak tahan sangat sakitnya. Makin kerap. Sekali lagi Nurse cek bukaan..rupanya dah 8cm! Apa lagi kelam kabutlah masa tu.. Jam 7 petang barulah ditolak ke LR.
Masa berlalu dengan pantas waktu tu. Kejap je Ummi kat LR tu.. Tepat jam 8.55 malam, Aisyah selamat dilahirkan disaksikan oleh Ayah Aisyah di sisi Ummi. Alhamdulillah..comel sangat baby Ummi. Mata tepat pandang Ummi dan dah pandai senyum!
0 comments:
Post a Comment
Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...