SAYA & BISNES SHAKLEE

(Awas!! Post ni sangat panjang!)

SAYA & NATURAL HEALING
Masa kecik2 dulu memang Homeopati la yang kami sekeluarga guna sebab ayah ada belajar Homeopati tu. Memang dari kecik tak dibiasakan dengan ubat ubatan. Kalau sakit tu memang cari ubat Homeopati je. Sampaikan memang dah hafal nama2 ubat Homeopati dan tujuan2 asas dia.

Contohnya:
Arnica, Brainic, Kali Bich, Fer Phos, Gels, Arsenic, Nat Phos , China Off, Bryonia, Ant. Tart, Rhux Tox dll..banyak sangat kot kalau nak list..hihi. Ubat ni untuk sakit @ tujuan apa pun semua dah dalam kepala.

Percaya tak, kali pertama saya makan ubat gastrik (bentuk tablet tak tau nama apa..haha) masa Darjah 6, sebab sakit gastrik teruk kat sekolah. Tapi pastu semua saya muntah..sebab saya tak biasa dengan rasa dia. Rasa fobia dah nak telan ubat gitu. Pastu kali kedua, makan paracetamol masa Tingkatan Empat. Sebab saya demam kat asrama. Ubat batuk pun sekali dua je kot pernah makan. Pastu start paling banyak terlibat dengan ubat ubatan ni masa sakit Bell's Palsy..makan Prednisolon, Mecobalamin. Ada la dalam 3 bulan makan dua ni. Selera bertambah2..sampai berat badan naik melebihi 50kg. Sebelum tu makan la banyak pun maintain aje bawah 50kg. Bermula episod berat badan naik sampai pernah cecah 60kg.

MULA RASA TAK SIHAT
Start dari sini saya perasan banyak juga masalah kesihatan saya selain berat badan tu. Salah satunya sukar nak membuang. Kebas2 kat kaki yang tak tau apa punca. Pastu bila musim hujan atau keadaan sejuk je mesti ibu jari kaki saya kebas sampai tak terasa wujud jari tu. Selalu cramp kaki.

Post operation ACDF (pasang implan kes slipped disc) makan Arcoxia, PCM, dan ada satu ubat gastrik besar gabak..lupa dah nama apa. Kesnya gara2 ambil Arcoxia, perut saya tak tahan..dan gastrik saya kembali..dengan lebih teruk. Huhu. Nak tinggal Arcoxia tak boleh sebab tu je yang mampu redakan sakit kesan operation tu. Penyakit baru post operation ialah kerap demam urat. Asal demam urat pergi klinik minta pain killer la jawabnya. Try amal Habatus Sauda (Baraqa) tak menjadi dengan saya. Madu, susu kambing memang ambil juga. Madu sampai sekarang pun masih amal. Tapi saya rasa macam something masih kurang.

SAJE TRY TEST SHAKLEE
Pastu saya cuba shaklee. Masa saya mula2 cuba vitamin Shaklee dulu memang takde terfikir pun nak terlibat dalam bisnes ni. Memang cuma untuk makan saja. Tak tau pun setakat mana keberkesanan produk shaklee ni. Cuba pun sebab saya dengar2 orang kata ok. Kebetulan jugak terasa macam diri ni banyak sangat je masalah kesihatan..rasa sangat2 perlukan supplement untuk membantu. So, yang pertama saya cuba ialah set kesihatan asas..beli dari kakak saya Siti Norlida Ismail

Rasa ok..masalah sukar membuang tu dpat diatasi. Sebab ambil Ostematrix. Lepas tu try pulak set kurus shaklee (lecithin, Cinch). Lepas kawin masa TTC cuba pula Set Hamil. Lepas satu2 saya cuba. Pelik juga..rasa nak cuba tu bukan atas paksaan dari kakak saya. Tapi sebab dah rasa kesan best kan. Sampailah saya perasan saya rupanya dah cuba hampir semua jenis vitamin shaklee (kecuali yang mahal2 macam Vivix, Collagen Powder). Yang lucunya belum jadi ahli pun lagi. Sampailah ketika saya mengandungkan Aisyah barulah saya daftar jadi ahli dengan kakak saya juga Siti Raihana Ismail. Baru tau betapa ruginya saya sebelum tu sebab bila jadi ahli ni macam2 promosi extra best yang kita boleh dapat! Rugi sangat!

ACAH2 NAK BISNES & HIDUP ZON SELESA
Masa dah jadi ahli tu, langsung takde niat nak bisnes sebab saya rasa gaji saya dan suami dah cukup. Tiap2 bulan dah boleh bagi kat mak ayah (dari bujang lagi memang dah bagi kat mak ayah, tolong bayar sebuah kereta mak lagi). Boleh bagi kat adik2 juga bila2 mereka perlu. Boleh honeymoon kat Korea Selatan. Takde rasa kurang. Semua cukup malah boleh saving juga bulan2. Hinggalah pada 2014, suami saya dah stop buat freelance yang masyuk tu. Menganggur kejap. Mula terasa sebab simpanan dia makin kurang. Impian nak buat rumah macam mustahil je suami saya kata.

Bermulalah episod nak cuba2 bisnes Shaklee. Tapi pemalu yang amat nak promote. Actually sampai sekarang pun masih lagi tebal perasaan malu tu..tapi cuba atasi sikit2. Pastu ade macam2 isu Shaklee timbul..tergugat juga. Masa tu memang takde pendirian teguh la. Tak nekad pun. Buat blog tapi tak update berkurun. Haha. Sales pun kadang ada kadang2 tidak. Tapi still lagi istiqamah consume Shaklee.

Tahun 2015 suami dah dapat kerja tetap..kerja kerajaan pulak tu. Dah kembali takde desakan sangat nak bisnes. Isu GST pun takdelah tergugat sangat sebab konon bajet2 cukup makan lagi kan. Pasal rumah tu tunggu suami confirmlah pastu boleh apply loan perumahan yang gomen bagi kan. Saya pulak suka dengan kerja saya sekarang iaitu guru. Tak terfikir pun nak berhenti kerja walaupun tuntutan sebagai guru Imtiaz memang sangat menuntut komitmen masa yang banyak. Saya fikir normallah tu. Kerja makan gaji kan, takkan nak jadi cikgu goyang kaki je. Zon selesa. Selesa sangat2.

TERSEDAR DARI LAMUNAN. NAK KELUAR DARI COMFORT ZONE!
Tapi, masa NC 2016, ucapan Master Farihah betul2 buat saya terkesan. Beliau cerita bagaimana dengan adanya bisnes shaklee yang beliau usahakan sungguh2 ni beliau dan suami boleh jadi berhenti makan gaji dan balik kampung jaga parents ketika mereka sangat memerlukan. Tanpa ragu. Mereka bukan saja ada financial freedom, malah juga time freedom. Kebebasan mengatur masa sendiri.

Saya terfikir, kalaulah ahli keluarga saya sakit (mohon dijauhkan), dengan tuntutan kerja saya sekarang saya tak boleh nak ambil cuti sesuka hati. Cukuplah rasa masa anak2 sakit sekali sekala. Cikgu boleh apply cuti rehat 7 hari je setahun dengan ada cara nak ambil. Tak boleh pulun perabis sekaligus anytime je. Suami kerja jauh, kami PJJ. Confirm dah saya yang kena berkorban kan.

Saving? Banyak mana je pun saving..hutang lagi banyak kot. Rumah idaman lagi belum nampak gaya macam boleh bina tanpa membebankan keadaan kewangan kami berdua sekarang. Pernah duduk berbincang dengan suami..buat kira2..ish, kena tunggu lagi ni walaupun beliau dah pun confirm jawatan sekarang. Kenaikan tahunan gaji dalam RM200 je setahun. Ohh tidak..saya kena buat juga shaklee ni sungguh2 supaya saya ada Pelan B jika berlaku sesuatu yang menuntut komitmen masa & kewangan yang lebih tinggi.

Pastu suami saya pulak pernah cakap dia payah juga nak transfer balik Terengganu. Dalam hati saya, takkan selamanya kami nak PJJ..huhu. Dah tahun keempat kami kawin, baru setahun dapat hidup sebumbung. Tu pun, masa dia menganggur dulu. Sampai bila nak macam ni? Dia pun tak setuju saya pindah ke sana sebab bimbang kalau dia ditukarkan ke tempat lain pulak nanti saya pulak yang terkontang kanting seorang dengan anak2 kat perantauan. Sekurang2nya sekarang saya masih dekat dengan keluarga saya dan mertua. Cuma dia yang jauh.

Untuk saya berhenti kerja sekarang saya tak sanggup. Saya pun ada hutang2 yang perlu ditanggung. Saya nak terus bagi duit kat mak ayah, adik2. Nak beli barang2 yang saya suka tanpa bebankan suami. Kalau berhenti kerja pun, saya nak ada income lain.

Jadi semangat nak bershaklee sungguh2 tu tiba2 je ada dalam diri. Biarlah apa orang nak cakap. Saya bukannya minta duit diorang. Diorang pun boleh tolong simpati je kalau berlaku pape kat saya atau keluarga. Saya cuba atasi malu. Saya cuba belajar tulis post pasal shaklee..tak mau terus share post orang je sebab saya nak pergi jauh dengan shaklee ni. Wajib! Saya cuba follow (see first) master2 shaklee @ leader yang saya kagumi sebagai inspirasi. Saya cuba cari masa update blog. Paksa diri. Mesti keluar dari comfort zone.

Setakat ni bonus shaklee saya baru 3 angka. Doakan saya terus berjaya dalam bisnes ni. Banyak lagi yang saya kena belajar. Saya tau banyak peluang bisnes shaklee ni yang boleh saya capai jika serius dan sungguh.

Kalau nak order shaklee jangan lupa kontek saya tau. Sebab saya ada banyak pengalaman makan @ guna produk shaklee. Dari supplement, produk cuci Get Clean, produk kesihatan wajah Nutriwhite, penapis air dll. Pendek kata semua lah..hehe. Saya boleh bantu anda untuk cari produk yang sesuai dengan masalah anda.


Nantikan part 2 SAYA & BISNES SHAKLEE. 
Saya nak cerita kenapa saya pilih untuk serius dengan Shaklee dan bukan biz lain.

Nak order dengan saya? Jom! 
 Anda inginkan penjimatan extra? 
Jom daftar keahlian dan anda bakal menikmati penjimatan sebanyak 15% - 25% bagi setiap pembelian. 

 Hubungi saya di talian 019-7000 938 (Nadiah) 

 Nak Kurus? Nak Cantik? Nak Sihat?
 Nak Bersih? Nak Yang Selamat? Nak Yang Berkesan? 
SEMESTINYA SHAKLEE! 
NAK SHAKLEE CARILAH SAYA! 

 Untuk sebarang pertanyaan tentang produk atau ingin menjadi ahli SHAKLEE, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 
 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail 
 ✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat 
 ✉ Email: sniar11@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 019-7000938 
➲ COD Area: (WEEKDAYS): Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall & Giant Padang Hiliran. 
 (WEEKENDS): Gong Datuk, UMT, UNISZA, Manir, Batu Enam
NewerStories OlderStories Home

2 comments:

  1. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  2. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...