Showing posts with label milk booster. Show all posts
Showing posts with label milk booster. Show all posts
Assalamualaikum.. Mari kita berkenalan dengan Alfalfa, atau nama saintifiknya Medicago Sativa. Alfalfa adalah dari keluarga kekacang dan dikatakan memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Untuk pengetahuan anda, alfalfa ni sememangnya dah lama digunakan sejak 2500 tahun yang lalu dan alfalfa telah dikenal pasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. 


Alfalfa Complex Shaklee yang sangat bermutu, juga dijamin halal!

Bayangkanlah tumbuhan sekecil alfalfa tu dapat membekalkan nutrisi yang memang payah kita nak jumpa sehebat alfalfa ni dalam mana2 buah-buahan atau sayuran. Antara nutrisi yang terkandung dalam alfalfa ialah 

  • protein
  • asid amino
  • klorofil
  • serat
  • 15 zat galian
  • vitamin-vitamin seperti

  1. vitamin A
  2. thiamin (vitamin B1)
  3. riboflavin (vitamin B2)
  4. niacin (vitamin B3)
  5. vitamin B5
  6. vitamin B6
  7. vitamin C
  8. vitamin K
  9. asid folik 

  • 8 enzim penting iaitu: (sumber:SINI)

  1. Amylase - which breaks down starch
  2. Coagulase - which clots blood
  3. Emulsin - which acts on sugar
  4. Invertase - catalyzes the hydrolysis of sucrose into glucose and fructose
  5. Lipase - which breaks down fat
  6. Pectinase - which breaks down pectin
  7.  Peroxidase - catalyzes the oxidation of substances by peroxide
  8. Protease - which digests protein 
  • fitokimia 

Maka, tak hairanlah jika Alfalfa dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" kan? Subhanallah!


Kenapa Pilih Alfalfa Complex Shaklee?

Memang banyak sangat produk dari jenama lain yang turut menawarkan produk berasaskan alfalfa. Tapi kenapa saya suka nak beritahu anda bahawa Alfalfa Complex Shaklee adalah yang terbaik?


Fakta #1 : Formula Shaklee Signature

Haa..istimewanya Alfalfa Complex Shaklee kerana ia merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee sendiri pada tahun 1950an. Sebab tu la siap ada tandatangan Dr. Shaklee kat botol Alfalfa Complex ni..hehe

Fakta #2 : Mutu Terjamin & Halal

Shaklee hanya menggunakan Alfalfa yang ditanam secara organik di California. Proses penanamannya bebas dari sebarang pestisid, herbasid dan hanya menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Proses penghasilannya juga telah dikawal dengan ketat dari proses penanaman hinggalah tablet alfalfa complex terhasil! Alfalfa Complex Shaklee juga telah diperakui halal oleh ISA (Islamic Services of Amerika), iaitu sebuah badan yang diperakui oleh JAKIM. Mencari yang halal itu kan adalah fardhu buat kita yang bergelar Muslim ;)


Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014


Fakta #3 : Dihasilkan Daripada Alfalfa Matang

Selain itu alfalfa yang digunakan Shaklee untuk membuat Alfalfa Complex dipastikan membesar dengan sempurna sebelum dituai. Bukan sekejap tau nak tunggu..tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun diperlukan untuk memastikan tumbuhan Alfalfa dapat membesar dengan sempurna. Ini bagi memastikan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 

Bagi memastikan hanya yang terbaik untuk pengguna Alfalfa Complex Shaklee, daun alfalfa tadi hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Sebab itulah daun alfalfa yang digunakan sangat kaya dengan klorofil. Proses pengeringan pula dilakukan secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi di tahap maksimum.

Fakta #4 : Diambil Bahagian Daun SAHAJA!

Hanya bahagian daun yang bermutu sahaja akan diambil untuk diproses manakala bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan itu akan dijadikan serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tablet Alfalfa Complex Shaklee mengandungi 300mg alfalfa.

Menurut wiseGEEK, potensi dan keberkesanan alfalfa adalah berbeza antara jenama-jenama yang ada di pasaran. Ektrak alfalfa yang lebih murah adalah dari bahagian alfalfa yang kurang bernutrisi, termasuklah bijinya. Ektrak alfalfa yang paling berkesan adalah dari daunnya yang bernutrisi tinggi. 
Individuals should note that the potency and performance of supplements can vary between manufacturers; the least expensive form of alfalfa extract could be made from weaker parts of the plant and may include seeds. The most powerful alfalfa extract is made from the nutrient-rich leaves. - wiseGEEK


Alfalfa, si Raja Segala Tumbuhan...kecil tapi sangat berkhasiat!

Apakah kegunaan Alfalfa Complex Shaklee?

  • merendahkan paras kolestrol jahat (LDL)
  • detoksifikasi hati
  • merendahkan paras gula dalam darah
  • menyihatkan sistem pencernaan
  • melegakan dan mengurangkan inflamasi sendi bagi pesakit arthritis
  • mencegah strok
  • membersihkan darah
  • sebagai pelawas kencing (natural diuretic), mencegah 'water retention'
  • meransang pergerakan usus yang normal
  • melegakan gastrik
  • membantu buah pinggang membuang cecair berlebihan dalam badan


Nak tau lebih lanjut kegunaan dan manfaat Alfalfa Complex Shaklee? Klik SINI


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 

 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail

✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat 

 ✉ Email: sniar11@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 

 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam
Bismillah..

Resepi ni diinspirasikan dari Mangoesteen Energizer yang telah dikongsikan di FB Shaklee Malaysia. Terliur benor dah melihat jus dalam gelas tu jadi cepat2 saya ajak encik suami ke Sabasun 2 Hypermarket sebab nak cari jus manggis. Buah manggis di luar musim..kita pakai jus ready made dah la ye.. Saya pilih jus Manggis jenama Fruit Tree sebab kandungan gula yang kurang berbanding jenama Marigold. Tapi yang Fruit Tree ni ada campuran delima..Marigold memang hanya jus Manggis.

jana idea dari gambar ni le..meleleh2 air liur mengidam nak minum ni tau.. [hyperbolic statement je tu..hehe]

Balik umah je terus capai shaker tudung hijau ni..mix2 bahan2 dalam gambar tu..pastu kocak2..siap! Dari pengalaman ini baru saya tau rupanya ESP dan Meal shakes boleh larut dengan mudah dengan air sejuk.. Selama ni saya ingatkan kena guna air suam je..huhu [padah kerana kurang membaca!]

Bancuhan yang saya suka macam ni caranya:

200ml jus Manggis & Delima Fruit Tree
100ml air sejuk2 dari peti ais
2 sudu besar Meal Shakes
1 sudu besar ESP

Saya suka keharuman vanilla dari Meal Shakes..jadi, saya add on Meal Shakes jugak..best! 

Bagi yang masih mencari macam mana nak dapatkan bancuhan ESP yang digemari, bolehlah cuba resepi ini!


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Siti Nadiah Ismail
✐ Blog: Jom Sihat ✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras
Keterangan Produk:

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


ESP ~ RM 150.00 per canister


Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormone semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.




Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
 ✍ PM: Siti Nadiah Ismail
 ✐ Blog: Super Ummi
 ✉ Email: sni.jomsihat@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 / 013-7599938
 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA
Assalamualaikum.. entri kali ni saya nak cerita tentang Set Menyusu Shaklee pilihan saya.
Alhamdulillah, setakat hari ni saya masih berjaya meneruskan misi penyusuan susu ibu untuk Aisyah Madihah. 7 hari lagi (10/09/2014) Aisyah genap berusia 6 bulan. Dah boleh mula makan..  (ummi dah tak sabar, dah start buat apple puree utk Aisyah..hehe)
Saya cuma mengamalkan set asas menyusu secara konsisten...iaitu ESP, Alfalfa Complex, Ostematrix.. Selain itu, saya tambah nilai (baca: add on) dengan Omega Guard Shaklee dan Vitamin C (jenis chewable @ Sustained released).

ESP :
# membantu mengawal selera makan. Memang ketara perbezaan pada hari2 yang saya ambil ESP dan tidak mengambilnya.
# membantu memberi tenaga dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.. (sbb tu la boleh kawal selera)
# susu kelihatan lebih pekat..menjadikan bayi lebih cepat kenyang..
# membekalkan protein yang diperlukan badan saya.

Alfalfa Complex
# agen detoks - Membantu merangsang pembuangan sisa2 yang tak diperlukan badan..badan pun slim bila diamalkan..lawas tu sangat la..
# membantu merangsang penghasilan susu

Ostematrix
# membekalkan sumber kalsium yang diperlukan badan bagi menggantikan kalsium yang hilang menerusi proses penyusuan
# membantu mengatasi masalah kekejangan otot

Vitamin C
# saya makan jenis Chewable bila malas nak cari air utk telan..biasanya memang saya telan Vit C berasingan dengan yang lain2.
# sustained released bila rajin cari air..haha..
# vit C membantu menaikkan seri wajah..jadi glowing gitu..hehe
Ingin saya tekankan di sini..sebenarnya milk booster apa2 pun yang kita amalkan sebenarnya utk membantu badan kita menghasilkan susu sahaja. Ia mestilah disertai dengan usaha utk kerap menyusu dan mengepam..sebab konsepnya lagi kerap rangsangan (menyusu/mengepam) , maka lagi banyak susu yang bakal terhasil.
Buat masa sekarang saya try set yang boleh kata bajet jugak la..nanti kita tambah lagi..hehe


Ni la hasil yang saya dapat setiap kali sesi mengepam ~ 12 oz 

OlderStories Home