3 Fakta Menarik Tentang Pemilik Blog Super Ummi | Cabaran Hari 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sedang menyahut Cabaran 7 Hari Entry dari super2 upline saya, Dilla Jalil. Inilah tugasan pertama saya.

Haa, jom berkenalan dengan saya. Jemput la baca.. ;)




Fakta 1: SAYA GURU IMTIAZ

Untuk pengetahuan pembaca semua Imtiaz ni adalah satu jenama sekolah yang dirintis oleh Datuk Idris Jusoh. Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, Imtiaz telah diambil alih oleh Yayasan Terengganu dan kekal hingga hari ini kebajikan Imtiaz masih dibawah Yayasan Terengganu walaupun telahpun bertaraf SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) yang diletakkan dibawah BPI, KPM (Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Terkini ada 5 buah Imtiaz di seluruh Terengganu iaitu SM Imtiaz Kuala Terengganu (tempat saya mengajar), SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kemaman, dan SM Imtiaz Kuala Berang. Bakal menyusul tak lama lagi ialah SM Imtiaz Kuala Nerus (daerah baru di Terengganu).

Specialnya Sekolah2 Imtiaz kerana para pelajarnya turut menghafaz Quran selain mengikuti kurikulum kebangsaan. Jadi, sebagai ahli akademik di Imtiaz, kami juga special sebab waktu bekerja kami yang agak rare berbanding guru2 lain di aliran perdana. 

Di Imtiaz saya diberi tanggungjawab besar sebagai guru Matematik Tambahan SPM yang sememangnya subjek killer yang digeruni oleh pelajar dan sentiasa mendapat tekanan dan perhatian juga oleh pentadbir sekolah. Puan Pengetua selalu tekankan yang gred purata sekolah sangat bergantung kepada pencapaian Matematik Tambahan (fuh, stress gak dengar..terus nak telan b complex!). Tambahan pula sekolah saya kini diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Satu pengiktirafan paling tinggi bagi sekolah2 di Malaysia. Maka, menjaga prestasi sekolah sangatlah penting dan paling utama untuk memastikan kualiti sentiasa terjamin..chewwah.. :P


Saya sendiri macam tak percaya jugak pada mulanya apabila diberi peluang mengajar di Imtiaz sebab sebelum tu 3 tahun saya bertugas di Sarawak. Masa tu masih bujang. Tapi dapat jugak balik ke negeri sendiri, dan dapat pula sekolah yang sangat la dekat dengan rumah mak, 10 minit je..melalui jalan kampung.. Wah, memang bertuah orang kata! Tak sia2 merantau jauh..akhirnya dapat balik berkhidmat di negeri sendiri. Dan inilah akhirnya yang membuka jalan kepada saya untuk memiliki fakta kedua saya. Hehe..


Fakta 2: SAYA ADALAH ISTERI KEPADA ENCIK ALIFFADILLAH DAN UMMI KEPADA AISYAH MADIHAH

Alhamdulillah, saya telahpun dipertemukan jodoh dengan suami yang amat menyayangi dan prihatin dengan tugas saya. Hebatnya suami saya ini kerana dia sentiasa ada di sisi..ketika saya perlu bertugas warden dia temankan, saya perlu ke kelas tambahan atau kem2 yang jauh dari sekolah pun dia hantarkan, tolong jagakan anak. Di waktu saya keletihan bebanan tugas di sekolah dan menjaga menyusu anak, dia tolong masakkan..menolong saya dengan kerja2 rumah jika dia lapang..dan banyak lagi..huhu, terharunya saya dengan semua itu.. Dia juga banyak mengajar saya untuk hidup bersederhana dan jangan pedulikan sangat dengan kata2 orang. Orang memang sentiasa akan menilai kita katanya. 


Sebagai Ummi kepada si kecil yang bernama Aisyah pula, saya menjadi seorang yang lebih sabar dan tidak mudah berputus asa. Aisyah bf sepenuhnya, tanpa susu formula. Bermacam dugaan telah kami lalui sepanjang hampir 7 bulan menyusu. Semuanya menjadikan saya seorang yang lebih tegar dan percaya kepada kekuatan diri. Benarlah kata2..Allah takkan menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

Kalau dulu saya akan mudah sakit kepala bila tidur tak lena dan asyik terjaga..kini dah terbiasa. Aisyah kerap terjaga di waktu malam(1 - 2 jam sekali) dan akan menyusu lama tapi selalu dengan bermain2..iaitu hisap, kemudian tarik dan menjauh, kemudian datang menghisap lagi..begitulah berulang2 kali hingga dia puas kekenyangan. Lucu jugak melihat ekspresinya yang nak bergurau dan bermain2 dengan Ummi..cuma tak kena masa..sebab waktu Ummi nak berehat..hehe.


Fakta 3: SAYA ADA 'TULANG BESI' DAN SEJAK ITULAH SAYA KENAL SHAKLEE!

Haha..rasa macam Robocop la pulak bila cakap ada tulang besi.. Tapi saya tak tipu k..

Pada 23 Ogos 2011 saya telahpun selamat menjalani satu pembedahanACDF (Anterior Cervical Distectomy & Fusion) di bahagian tulang cervical (leher) level c4-c5 untuk menggantikan bahagian disc tulang yang rosak. Satu2nya pembedahan paling besar yang pernah saya lalui dan ianya memakan masa lebih kurang 3 jam kot kalo tak silap. Pembedahan ni dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu Kelantan dibawah seliaan pakar ortopedik Mr. Ahmad Sabri.


Ada jugak sekeping gambar ni buat kenangan.. Sesungguhnya kematian itu sangat dekat

Kerana pembedahan ini saya telah mendapat cuti sakit lebih 3 bulan, kemudian disambung lagi dengan cuti akhir tahun 2011 (total cuti lebih 5bulan). Pembedahan inilah juga yang menjadi asbab pertukaran saya dari Sarawak ke Terengganu diluluskan. Di Sarawak saya telah bertugas di SMKA Igan, Mukah.

Ramai juga yang tanya kenapa perlu lalui pembedahan ni..apa penyakitnya...apa puncanya? Sukar jugak nak jelaskan sebab dah lama saya menanggung kesakitan yang saya sendiri tak pandai nak ceritakan. Sakit saraf. Adakalanya tak merasa apa2..adakalanya sangat mencucuk2 macam terkena karen eletrik. Mulanya hanya di sebelah kaki..dan menjadi semakin parah bila saya banyak mengangkat barang berat sepanjang tinggal bujang di Sarawak. Sengal menjadi2..dan itulah yang mendorong saya membuat pemeriksaan..seterusnya menjalani pembedahan ini.

Ketika proses penyembuhan setelah pembedahan inilah waktunya saya kenali Shaklee. Pengedar Shaklee saya ketika itu ialah kakak saya sendiri iaitu Ida ( http://mamalutfi.blogspot.com). Supplement shaklee la yang membantu saya sembuh (dengan kehendak Allah jua). Saya juga mengambil Shaklee kerana perlu cergas selepas lama bercuti untuk memenuhi amanah besar yang digalas. Bukan senang nak jadi aktif semula ketika itu sebab terlebih aktif saya akan demam urat. Nak tau supplement apa yang saya ambil? Nantikan entry seterusnya dari saya ya!

Bagi yang berminat nak order shaklee atau COD shaklee sekitar Kuala Terengganu dan Bukit Payong, Marang...jangan segan2 call no ni tau! 0197000938..(nadiah) senang je nak ingat! 










NewerStories OlderStories Home

2 comments:

  1. nak tanye..bila dh letak besi tu..kalau waktu hujan atau sejuk..ada rasa macam sengal2 atau ngilu ke..alahaiii..getar lutut ni baca pasal besi tu..huhu....

    ReplyDelete
  2. owh..itu mmg FAQ. hehe.. at the beginning dulu yes, ada rasa macam tu..tapi once tulang dah bercantum dan menyeliputi implan tu bereh la..rasa macam normal je. :)

    ReplyDelete

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...