Pertama kali buat akhir tahun 2013, masa tu tengah pregnant, mengidam sangat tengok gambarnya, nak tempah tak tahu sapa yang ambil tempahan..lagi satu makanan macam ni memang mahal kalau nak dibeli..saya memang suka makanan yang cheesy2 macam ni. Haihh..mana puas kalau dapat makan sikit2 je..hihi. Jadi langkah terbaik ialah kita cuba buat sendiri. [peringatan: makanan ini tinggi kalori].
Resepi asal saya ambil dari Cik Epal. Tapi yang ni saya dah ubah resepinya ikut selera saya..haha. First time buat rushing2 siapkan dalam masa 2 jam sebab adik saya mengejar masa nak naik bas. Mujur sempat siapkan untuk makan sama2 dengan dia sebelum dia naik bas.
![]() |
Limpahan sos keju yang memikat....fuh, rase nak buat lagi bila teringat |
Jom, kita tinjau dulu bahan2nya..
![]() |
Dari atas, ikut pusingan jam: Bahan A untuk intinya, Bahan B untuk sos putih yang cheezy lazat, Keju Pizza Plus untuk topping, dan paling penting pasta untuk kulit Lasagne |
1) Kulit Pasta Lasagne:
Saya guna brand Agnesi, celur dalam air mendidih sampai lembut macam kita rebus spageti atau pasta yang seangkatan dengannya. Masukkan minyak masak@olive oil dan sedikit garam masa nak merebus tu. Kalau ikut panduan selama 25 minit, tapi pandai2lah cek ye..jangan sampai terlajak lembik..nanti terjejas kelazatan..hehe.
ni la rupa Lasagne sheet yang belum rebus. Leceh jugak nak merebus sebab tak mahu melekat2, nanti koyak pulak |
2) Bahan A: Inti Daging
- 1 labu bawang besar - dicincang halus
- 6 ulas bawang putih - dicincang halus juga
- 1 tin sos pasta Prego (nak guna yang tin hijau pun boleh. Resepi asal guna tomato puree, tapi saya tak suka sebab kadang2 masam sangat jadi saya tukar guna sos Pasta.)
- 1 tin cendawan butang - dihiris, (cincang pun boleh..terpulanglah)
- 400 gram daging kisar - (saya suka guna jenama Ramly..dijamin halalan toyyiban,,hehe)
- 2 sudu besar Sos Cili
- sedikit Oregano (resepi asal ada serbuk lada hitam juga tapi saya tak masukkan sebab ayah saya alah dengan lada hitam)
- garam secukup rasa
- sedikit minyak masak@olive oil untuk menumis
3) Bahan B: Sos Putih Cheezy
- Keju Cheddar - guna setengah ketul sahaja
- Mentega Buttercup - setengah ketul
- 600 ml susu segar
- 3 sudu besar tepung gandum, untuk pekatkan tekstur sos
- garam secukup rasa
- Saya suka guna campuran keju parut dari 3 jenis keju iaitu Mozarella (yang ni kita selalu guna untuk topping pizza juga, kasi boleh tarik2 macam dalam iklan pizza tu), Cheddar, dan Parmesan. Hasilnya memang wow! Korang cari je Pizza Plus jenama Perfect Italiano tu..dah siap parut, kita buka terus tabur je. Senang kalau takde pemarut. Jimat masa dan tenaga kat situ.
disturb me please... [baca: sila kacau saya] :p |
![]() |
Saya suka tabur cheese banyak2 macam ni.. |
![]() |
Owh..dah start bau yang semerbak dah kalau macam ni..tak sabar nak ngapp! |
![]() |
saiz loyang 8 x 8. Boleh makan puas2 |
![]() |
Lelehan keju yang sangat memikat. Kita lupakan kalorinya...hahaha (gelak jahat) |
Yang ni pulak versi lain, buat bersama2 adik ipar. Anda boleh pelbagaikan lasagna anda dengan mencuba inti ayam atau ikan atau sayur2an. Lasagna memang sedap bila dipasangkan bersama salad segar.. Nak resepi salad? Tanya pakcik google. Hahaha [Lain kali i buat entrynya].
Selamat mencuba!
![]() |
Ngapp sekali pasti nak lagi! |
- Phytocol-St - sekat lebihan kolestero dari makanan anda daripada memasuki salur darah.
- Omega Guard - akan menyingkirkan kolesterol jahat (LDL) yang baru atau dah lama terenap dalam saluran darah anda. InsyaAllah tercegahlah dari tersumbatnya salur darah. Juga untuk menjaga salur darah dari inflamasi.
- Alfalfa - detox. Memastikan lemak2 tadi dapat keluar dari usus anda.. Jangan biarkan ia terperap di dalam usus sahaja..Bahaya..
- Herblax - untuk detoks usus yang lebih powerr! Kesan dapat dirasai seawal 6 jam selepas pengambilan
terliur wehhh
ReplyDelete